Oleh: Wawa Najwa
TIDAK dinafikan ada di kalangan kita yang menghadapi masalah keguguran rambut dan ini amat membimbangkan yang empunya diri. Justeru ada di antara mereka yang terpaksa melakukan proses tanam rambut yang memerlukan kos agak besar.
Namun jangan risau ada cara yang boleh mengurangkan kos untuk mengatasi masalah tersebut kerana Noir Health & Beauty ada rangkaian produk penjagaan rambut terbaharu iaitu Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask.
Produk tersebut diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah keguguran rambut dan memperbaiki rambut yang rosak. Pemilik produk kecantikan Noir Health & Beauty, Eriyca Baiduri Abd Rashid atau Madammu, 34, ada cara untuk membantu anda mengatasi masalah tersebut.
Menurut Madammu, produk yang dihasilkan itu adalah kolaborasi eksklusif dengan hairstylist dan pemilik salon tersohor, RidzOkumura yang telah memberi sentuhan profesional dan inovatif dalam formulasi produk tersebut.
Rangkaian Produk Rambut Noir x RidzOkumura: Inovasi dan Kesempurnaan untuk Rambut Anda Rangkaian syampu dan masker rambut ini menggabungkan kelebihan bahan semula jadi seperti Biotin, Ginseng Korea dan Minyak Essential Oren dalam syampu serta campuran Minyak Pelembap, Ekstrak Akar Angelica Korea dan Squalene dalam masker rambut.
Kombinasi ini berfungsi untuk menguatkan rambut dari akar hingga hujung, mengurangkan keguguran rambut, serta memberi kelembapan dan kelembutan maksimum untuk rambut yang lebih sihat dan berkilau.
“Kerjasama dengan RidzOkumura ini adalah langkah yang sangat bermakna bagi saya. Dengan kepakaran Ridz dalam penjagaan rambut profesional dan komitmen Noir terhadap inovasi kecantikan, saya yakin produk ini dapat memberi penyelesaian holistik untuk masalah rambut gugur dan kerosakan rambut yang sering dialami oleh ramai individu,” ujar Madammu yang pernah menerima “Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024” oleh Malaysian Direct Distribution Association (MDDA).
Sementara itu, Ridzuan RidzOkumura atau nama sebenarnya, Ridzuan Abdul Mutalib menyatakan rasa syukur kerana pengasas Noir sudi bekerjasama dengan pihaknya.
“Saya sangat teruja dengan hasil kolaborasi ini. Gabungan bahan semula jadi dan teknologi moden dalam produk ini adalah sesuatu yang luar biasa.
“Saya percaya produk ini dapat memberikan hasil yang ketara kepada para pengguna yang mencari penyelesaian untuk rambut yang lebih kuat, sihat dan cantik,” kata pemilik rangkaian salon terkemuka tanah air, RidzOkumura.
Produk-produk dalam rangkaian ini dihasilkan di fasiliti yang diperakui Halal oleh JAKIM dan KKM, serta menggunakan lebih 70% bahan semula jadi. Formulasi ini juga bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti sulfat, paraben, formaldehid dan pewarna tiruan, menjadikannya selamat digunakan untuk semua jenis rambut, termasuk rambut yang diwarnakan atau dirawat secara kimia.
Wawa Najwa adalah seorang wartawan hiburan dan kini penulis undangan di Ladybosz.