Oleh : Nafsiah Jani

Mungkin anda nak tahu bagaimana cef di Restoran Rasa Rosz menyediakan Nasi Goreng Daging yang begitu enak dan lazat sekali. Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz.

Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Manakala pilihan air juga kini telah dipelbagaikan dengan sajian Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan. Selain Air Batu Campur (ABC) ini, terdapat juga air-air yang sedap untuk dinikmati iaitu Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Bagi yang ingin menikmati hidangan ini, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tidak lama lagi cawangan kedua Restoran Rasa Rosz akan dibuka di IOI City Mall Putrajaya pada 11 November ini.

Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

NASI GORENG DAGING

Bahan-bahannya :-
1 mangkuk kecil nasi putih
2 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit daging
2 butir telor
Sambal belacan rasa rosz
Sedikit sos tiram
Perasa Lazzat
2 tangkai sawi
2 batang kacang panjang (potong kecil)

Untuk hiasan:-
Salad
Timun
Tomato ataupun keropok

Cara Penyediaannya : –
1. Tumis daging bersama bawang putih cincang. Goreng hingga kekuningan.
2. Pecahkan dua butir telur dan goreng seketika.
3. Masukkan nasi dan gaul rata kesemuanya.
4. Kemudian perasakan dengan sambal belacan rasa rosz dan perasa Lazzat.
5. Bila dah sebati baru masukkan sayur kacang panjang dan sawi.
6. Bagi rasa yang lebih enak, masukkan sedikit sos tiram dan gaul hingga nasi tersebut sebati. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal belacan dan keropok ataupun ulam seperti timun, tomato dan salad.

@rasaroszresto Menu lunch POPULAR dekat Restoran ni?🤔 macam sedap jom try Nasi Goreng Daging!🥩🍚 📍Location: Aeon Big Wangsa Maju Lot G-05, 6, Section 5 Jalan 8/27a, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur ⏰Operation hour: 10 am – 10 pm #rasarosz #ratutumis #ratutumissambal #rasaroszresto #wangsamaju ♬ original sound – Rasa Rosz Resto

Previous articleSarimah sentiasa terkenang “Madu Tiga” dan “Ibu Mertuaku”
Next article“Pendam Rasa” Evanatie penentu kerjaya seni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here