Oleh : Nafsiah Jani
Mungkin anda inginkan menu simple, sedap dan menyelerakan. Jangan risau Rasa Rosz Resto, Wangsa Maju ada menyediakan pelbagai hidangan ringkas dan enak iaitu Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
Selain Wangsa Maju, cawangan kedua Rasa Rosz Resto juga akan dibuka di IOI City Mall Putrajaya pada 11 November ini.
Pemilik Rasa Rosz Resto, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata,“Di IOI City Mall Putrajaya nanti, saya turut menambah lebih 13 jenis menu baru iaitu pemakanan sihat dan makanan berasaskan sayuran. Makanan sihat ini nanti sesuai untuk mereka yang nak berdiet dan ia akan dihidangkan sepertimana hidangan dirumah. Ada rezeki, outlet ketiga mungkin di KLCC dan keempat juga akan menyusul selepas ini.”
Antara makanan sihat yang bakal ada di cawangan baru ini nanti termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi.
Mungkin anda nak tahu bagaimana cef di Rasa Rosz Resto menyediakan Chicken Wing yang begitu enak dan lazat sekali. Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz.
Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Antara menu terkini Rasa Rosz Resto ialah Mi Racun Tulang dan Fettucini Rendang Daging yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia
Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer dan Cucur Kakiage
Selain menu-menu baru, Rasa Rosz Resto masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Manakala pilihan air juga kini telah dipelbagaikan dengan sajian Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan. Selain Air Batu Campur (ABC) ini, terdapat juga air-air yang sedap untuk dinikmati iaitu Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate.
Rasa Rosz Resto dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz Resto juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Bagi yang ingin menikmati hidangan ini, silalah berkunjung ke Rasa Rosz Resto terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).
Resipi “Chicken Wing”
Bahan-bahannya:
4 ketul Chicken Wing
Pes Ratu Tumis Gulai
Tepung bestari
Madu
Sedikit bijan
Sedikit daun bawang
Sos buttermilk
Cara penyediaan:
1. Perap empat ketul Chicken Wing bersama ratu tumis gulai. Biarkan seketika selama 20 minit.
2. Ambil empat ketul Chicken Wing dan salutkan dengan tepung bestari dan goreng hingga kekuningan. Asingkan dan setelah tos minyaknya hidangkan dua ketul ayam tadi bersama sos buttermilk.
3. Manakala hidangan Chicken Wing kedua pula masakkan Ratu Tumis Sambal dan madu seketika. Kemudian golek-golekkan Chicken Wing tersebut dan gaul sebati.
4. Taburkan sedikit bijan dan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan Chicken Wing sambal madu.
@rasaroszresto Kick off your meal with our irresistible chicken wings! Choose between the sweet heat of honey sambal or the creamy goodness of buttermilk. Perfectly crafted for a flavor explosion! 📍Location: Aeon Big Wangsa Maju Lot G-05, 6, Section 5 Jalan 8/27a, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur ⏰Operation hour: 10 am – 10 pm #rasarosz #ratutumis #ratutumissambal #rasaroszresto #wangsamaju ♬ original sound – Rasa Rosz Resto
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.