Tiga sambal keluaran Rasa Rose yang enak

Oleh : Nafsiah Jani

Bagi peminat sambal Rasa Rosz yang ingin membeli pada harga promosi sila berkunjung ke program KL International Beauty Week di Exhibition Centre Level 3, booth FB 1 dan FB 2 dari 22 hingga 24 November ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Eksekutif Pemasaran Restoran Rasa Rosz, Mohammad Faris Firdaus Sabri berkata, mereka yang datang bakal menikmati potongan harga yang tidak diduga.

“Kami ada menjual produk Sambal Rasa Rosz yg terdiri daripada Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang Kering dan juga Sambal Cendawan Shitake, Promosi pada hari terakhir, Ahad ini, harga jatuh pada RM11.99 (NP RM13.90) dan Ratu Tumis pula beli dua pada tanda harga RM12.00 (NP setiap satu RM7.99).

Jenama sambal Rasa Rosz mendapat pengiktirafan sebagai Best cooking ingredients – ASIA HALAL BRAND AWARDS 2019.

“Booth kami berdekatan dengan pintu masuk. Bagi pelanggan baru yang ingin mencuba sambal, mereka juga akan diberikan sampel untuk merasa sendiri kesedapan dan keenakan sambal keluaran Rasa Rosz.

“Bagi jalinan hubungan jangka panjang, kami juga meminta mereka yang berkunjung ke booth untuk meninggalkan kad perniagaan dan menerima kad bisnes bagi kami hubungi selepas ini. Marilah beramai-ramai kita meriahkan event ni bersama-sama.”

Pengunjung booth Rasa Rosz diberi merasai keenakan sampel sambal.

Mohammad Faris menambah, selain mencuba sambal kami di program ini, pengunjung juga boleh berkunjung ke Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju bagi merasai sendiri keenakan Ratu Tumis yang kami gunakan dalam masakan.

“Di sana kami turut menyajikan hidangan Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali.

“Jadi kalau nak rasa ala-ala berada di negara tersebut, datanglah ke Rasa Rosz. Restoran kami ada menyediakan pelbagai menu baru untuk dinikmati pelanggan setia kami. Cubalah makan Mi Racun Tulang dan Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu. Sekali rasa pasti anda nak datang dan makan lagi kerana kedua-dua menu ini merupakan `hot selling’ kami.

Booth Rasa Rosz menawarkan harga promosi harga murah bagi pelbagai jenis sambal yang sedia untuk dimakan.

“Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang kami ketengahkan selain Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging. Untuk set nasi pula kami ada sediakan Nasi Gulai Kawah Tulang.”

Menurut Mohammad Faris lagi, “Bagi mereka yang nak makan, hidangan ringan bolehlah cuba Kantonis Kuey Teow, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.”

“Disamping menu-menu baru ini, kami juga masih mengekalkan dan menyediakan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.”

Pengunjung begitu gembira dapat membeli sambal Rasa Rosz pada harga promosi.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Restoran yang terletak di dalam AEON Big ini menawarkan suasana yang tenang, sejuk dan dingin untuk pelanggan bersantai-santai sambil menjamu selera. Selepas makan menu yang berat, pelanggan juga boleh memilih untuk hidangan pencuci mulut yang cukup menyelerakan.

Bagi yang ingin mengetahui hidangan unik dan sedap ini cuba ikuti Instagram @rasarosezresto dan tiktok RasaRosz. Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

@ratutumis Jom guys, jemput datang ke booth kami di Event KL INTERNATIONAL BEAUTY WEEK event at Mid Valley (Exhibition Centre) Ada harga promosi Sambal Rasa Rosz kami boleh dibeli pada tanda harga RM 11.90 🔥(NP: RM 13.90) Ratu Tumis pula beli 2 pada tanda harga RM 12 (NP for one: RM 7.99) Kami juga ada handing out samples, so jom beramai-ramai kita meriahkan event ni bersama-sama!!! #klibw #rasarosz #ratutumissambal #ratutumis #masak ♬ original sound – Ratu Tumis

Previous articleIngin Cemerlang!
Next articleGebyar Nusantara rai seni, warisan dan pelancongan Indonesia di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here