Gebyar Nusantara, festival untuk meraikan kekayaan seni, keunikan warisan dan keindahan pelancongan Indonesia.

Oleh: Khadijah Ibrahim

PADA ada 30 November dan 1 Disember ini bertempat di Raintree Plaza, Tun Razak Exchange (TRX) akan berlangsungnya Gebyar Nusantara, sebuah festival untuk meraikan kekayaan seni, keunikan warisan dan keindahan pelancongan Indonesia.

Festival anjuran Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur itu menjanjikan pengalaman unik kepada rakyat Malaysia untuk meneroka destinasi pelancongan mengagumkan, menikmati hidangan autentik dan hiburan penuh warna dari Indonesia di bawah satu tempat.

Penganjuran Gebyar Nusantara (gebyar bermaksud gemerlap) yang pertama kali diadakan di Kuala Lumpur itu juga bertujuan meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan Indonesia yang ke-79, sekali gus mengukuhkan lagi persahabatan yang sudah lama terjalin antara Indonesia dan Malaysia.

Allen Anderson bakal menghibur pengunjung Gebyar Nusantara.

Duta Republik Indonesia ke Malaysia, Dato’ Indera Hermono, berkata selain mengukuhkan persahabatan, Gebyar Nusantara juga menjadi pentas menambah baik dan memperkuatkan lagi hubungan perdagangan, pelancongan dan rakyat di kedua-dua negara.

“Festival ini tidak hanya menonjolkan kekayaan seni dan warisan Indonesia, malah memperkasakan lagi hubungan perdagangan, pelancongan dan rakyat antara dua negara menerusi pelbagai aktiviti yang disusun,” katanya.

Acara yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu dijangka menarik lebih 15,000 pengunjung dan masuk adalah percuma.

Sepanjang dua hari festival, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat eksklusif dan promosi pelancongan istimewa di destinasi menarik seperti Bali, Bandung, Lombok dan Kalimantan menerusi pameran dari Kementerian Pelancongan Republik Indonesia.

Maria Theodore, pelakon drama Zon Merah.

Selain itu, festival ini juga menawarkan aneka juadah Nusantara yang menonjolkan cita rasa unik setiap wilayah di Indonesia seperti Nasi Padang Ampera Raya, Soto Banjar Bang Suhai, Ayam Gepuk Top Global, Mama Medan, Betawi Indonesian Cuisine, selain pilihan variasi kopi popular dari negara tersebut.

Antara tarikan utama adalah Nasi Padang Ampera Raya, yang terkenal dengan rasa rempah yang kaya dan autentik, Soto Banjar Bang Suhai, sup berempah dari Kalimantan Selatan serta Ayam Gepuk Top Global yang menawarkan ayam pedas dengan sensasi “meletup” yang kini menjadi kegemaran ramai.

Festival ini juga menyajikan hiburan tanpa henti menerusi persembahan muzik tradisional dan kontemporari dari artis terkenal Indonesia yang membawa semangat seni Nusantara terus ke pentas.

Antara tarikan adalah pengunjung berpeluang merasai pengalaman mengujakan di terowong interaktif Zona Merah, malah dapat bertemu secara langsung pelakon utama drama popular Indonesia itu iaitu Devano dan Maria Theodore pada sesi istimewa bersama peminat.

Peminat Devano Danendra jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengannya di Gebyar Nusantara.

Gebyar Nusantara dimeriahkan lagi dengan kemunculan penyanyi yang sedang mencipta nama di sini, Allen Anderson, selain persembahan lagu-lagu galau daripada Kureiji dan Patriot. Turut menyerikan segmen persembahan Erul Samah dan JZ Vibes.

“Gabungan insan seni berbakat besar ini secara tidak langsung meningkatkan lagi pemahaman dan apresiasi seni antara warga kedua-dua negara,” kata Indera.

Gebyar Nusantara juga membuka ruang kepada pengunjung meneroka hasil seni dan kraftangan Indonesia, selain mengambil bahagian dan berinteraksi dengan pengkarya yang terlibat.

“Festival ini tidak hanya mempromosikan pelancongan Indonesia, tetapi juga meraikan hubungan erat antara pelaku industri pelancongan kedua-dua negara.

Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang Gebyar Nusantara berlangsung.

“Gebyar Nusantara menjadi platform mempertemukan pemain industri pelancongan, pengusaha kecil dan sederhana (UMKM) dan masyarakat umum dari Malaysia dan Indonesia untuk menjalin kerjasama strategik,” tambah Indera.

Apa yang penting tegasnya, Gebyar Nusantara membuka ruang kepada pengunjung meneroka hasil seni dan kraftangan Indonesia, selain mengambil bahagian dan berinteraksi dengan pengkarya yang terlibat.

“Festival ini tidak hanya mempromosikan pelancongan Indonesia, tetapi juga meraikan hubungan erat antara pelaku industri pelancongan kedua-dua negara.

“Gebyar Nusantara menjadi platform mempertemukan pemain industri pelancongan, pengusaha kecil dan sederhana (UMKM) dan masyarakat umum dari Malaysia dan Indonesia untuk menjalin kerjasama strategik,” ujar Indera.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Kedutaan Besar Republik Indonesia, https://www.facebook.com/IndonesianEmbassyKualaLumpur.

Previous articleJangan Lepaskan Peluang Promosi Sambal Rasa Rosz Yang Enak Di Exhibition Centre Mid Valley!
Next article“Rindu Hatiku Rindu” versi Ezad Lazim mendapat sambutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here