Jadual penggambaran filem Sam sudah penuh hingga tahun 2025.

Oleh: Nafsiah Jani
Foto: Ehsan Shaheizy Sam

Pelakon popular, Shaheizy Sam telah menunjukkan komitmen luar biasa terhadap kerjayanya dengan menaikkan berat badannya lebih 20 kilogram untuk melakonkan watak dalam filem lakonannya. Dalam usaha ini, Sam mengambil masa empat bulan untuk menambah berat badannya dari 70kg ke lebih 90kg. Begitu juga mudah baginya untuk menurunkan semula berat badannya.

Bagi mereka yang menghadapi masalah untuk menurunkan berat badan jangan risau kerana anda boleh mencapai matlamat ini dengan bantuan pelakon, Shaheizy Sam.

Filem “Kongsi” berjaya menyerlahkan lagi kehebatan lakonan Sam.

Ini semua berdasarkan pengalaman Shaheizy Sam Abdul Samad, 42, sendiri yang berjaya membuat dirinya gemuk dan kurus semata-mata untuk memenuhi tuntutan watak-watak lakonannya.

“Sekarang fokus saya pada bidang perniagaan… buat produk untuk bantu mereka yang tidak pernah berjaya turunkan berat badan. Minat nak buat produk ni timbul dari tahun 2014 dekat 10 tahun saya telah berjaya naikkan berat badan untuk sesuatu watak itu dan turunkan berat badan demi sesuatu watak lakonan yang lain pula.

Artis serba boleh..Sam ketika membintangi filem “Bini-Biniku Gangster” bersama Intan Ladyana (kiri) dan Yana Samsudin (kanan).

“Ini yang saya nak share dengan orang diluar sana. Saya nak ajar cara asas tentang makanan agar seseorang itu boleh turun berat badannya dengan cara yang betul dan join sekali program anjuran saya iaitu program 21 hari kuruskan badan.

“Sepanjang program 21 hari secara online ini, saya akan ajar tentang kalori, tentang fat, fitness, cara pemakanan, exercise. Mereka yang berminat boleh ikuti chanel saya Sam di telegram channel, Shaheizy Sam fitness. Setelah semuanya okay peserta dikenakan bayaran tak sampai RM300.” kata Shaheizy Sam lagi.

Demi filem “Polis Evo”, Sam sanggup kurus demi menjayakan wataknya.

Shahiezy menambah lagi,“Sebulan sekali, memang saya anjurkan program online sebegini untuk memberi ilmu cara kurus badan secara sihat pada mereka yang berminat. Masuk tahun ini sudah 12 kali kami anjurkan program sebegini dan selalunya lebih 100 penyertaan yang kami terima.

“Program online saya ini akan dikendalikan jurulatih kesihatan bertauliah Sepanjang 21 hari itu peserta akan diberi penerangan dari pagi, tengah hari, petang hinggalah ke malam, kelas tetap ada. Sebenarnya mudah nak kurus tapi orang tak tahu caranya. Itulah yang kami nak ajar peserta-peserta program kami.

“Produk saya gunakan bahan-bahan natural, ada KKM dan tanda Halal dari JAKIM. Saya juga baru lancarkan produk untuk menurunkan berat badan dan pastinya penting untuk saya kembali kepada berat badan asal untuk meyakinkan orang. Kurus atau gemuk bukan masalah asalkan berdisiplin untuk kekal kepada gaya hidup sihat semula,” katanya untuk kurus kena ada kekuatan mental, misi dan semangat untuk berjaya mencapai matlamat.

Gambar kenangan …Sam dihari bahagia bersama isteri tercinta, Syatilla Melvin pada 8 Februari 2016.

Selain berbadan besar, Sam juga terpaksa kurus untuk menjayakan watak dalam filem Pinjamkan Hati, dan kembali ‘sado’ untuk filem Polis Evo. Untuk menjayakan peranannya, beliau terpaksa mengurangkan berat badan sebanyak 8kg dalam tempoh dua bulan. Begitu juga untuk filem Indera.

Menyentuh mengenai perkembangan terbarunya dalam industri perfileman, Sam yang memulakan kerjaya muziknya pada 1998 berkata, dia baru saja selesai menjalani penggambaran filem terbarunya bertajuk Badak

“Ceritanya berkisar mengenai seorang bapa tunggal yang ada anak. Nak tahu cerita selanjutnya tunggu tahun hadapan. Januari ini saya dah mula sibuk dengan penggambaran filem baru yang berkisar sejarah tahun 80-an. Buat masa ini, biarlah saya rahsiakan dulu tajuk ceritanya.

Lakonan mantap Sam dalam filem “Interchange”

“Alhamdulillah tahun depan, jadual saya dah penuh dengan tiga buah filem. Ini masanya untuk saya fokus pada dunia lakonan, itu sebabnya saya tak mahu ambil banyak-banyak tawaran berbanding sebelum ini.

“Sekarang saya nak fokus. Dulu saya fokus berlakon sebab nak cari duit masa zaman MIG dulu. Tetapi sekarang ini, saya sedar…duit sampai bila-bila pun tak akan cukup. Sekarang saya lebih buat kerja kearah untuk kepuasan diri dan juga sudah boleh memilih watak yang bagus dan best.

“Peluang untuk memilih watak lakonan ini datangnya setelah 32 tahun saya berada dalam industri perfileman. Jadi sekarang bolehlah saya memilih watak yang saya sukai berbanding sebelum ini saya tidak memilih sebab saya bekerja mencari duit.”

Keluarga seni Samheizy bersama ibu tercinta, Mommy Khaty dan adik beradik.

Sam anak bongsu daripada empat orang adik-beradik kepada pelakon dan dramatis, Khaty Fudziah Musa bersama bekas Timbalan Ketua Polis Selangor, Allahyarham Abdul Samad Jaaman. Tiga lagi adik-beradiknya yang turut terlibat dalam bidang seni ialah Ahmad Shah Al-Jeffry A to Z, kakaknya, pelakon Zizie Ezette dan Samzy Fuzette kini aktif dalam bidang perniagaan

Shahiezy menurut jejak langkah dengan adik-beradiknya apabila muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Sama Tak Serupa ketika berusia 12 tahun. Selepas tamat menduduki peperiksaan PMR pada tahun 1998 Sam muncul dalam drama TV berjudul Pa’e arahan Saian Salimon.

Bakat Sam benar-benar terserlah apabila diberi peluang membawakan watak remaja yang kurang kasih sayang hingga melayakkan drama itu menerima 2 pencalonan di Anugerah Skrin 1998.Selepas itu Sam menyepikan diri seketika dan berjinak-jinak untuk jadi penyanyi dengan menyertai kumpulan M.O.B

Sam dan isteri bersama ibu tercinta, Mommy Khaty.

Agak lama menyepi dan tenggelam timbul dalam bidang lakonan, ketika berusia 24 tahun Sam memilih untuk terus aktif dalam bidang lakonan. Sam yang tidak suka menghadiri uji bakat lebih gemar menerima tawaran berlakon daripada rakan-rakan dalam industri.

Bintangnya kembali menyinar bila Sam memegang watak antagonis dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof. Lakonan mantapnya membuatkan Sam tercalon untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23 pada 2009. Namun Sam tewas ditangan pelakon Shafie Naswip.

Antara Anugerah Blokbusters ke-2 beliau menang lagu tema Terhebat bersama Yana Samsuddin menerusi lagu Beginilah Caranya- Aku Ada, Kau Ada ???, Manakala dalam Festival Filem Malaysia ke 23, Sam dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift 2, Anugerah Skrin ke-14 , Sam juga dipilih menerima Anugerah Yasmin Ahmad dan menang anugerah Bintang paling Popular dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke -23 sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular. Festival Filem Malaysia ke-24, menang Anugerah Pelakon Terbaik, Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan iaitu Anugerah Selebriti Kegemaran.

Keluarga bahagia, Sam bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Beliau juga dipilih sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (filem) menerusi drama SAM: Saya Amat Mencintaimu dalam Anugerah Skrin ke-17. Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Songlap di Anugerah Festival Filem Antarabanga ASEAN 2013, Sam menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi filem Interchange di Festival Filem Malaysia ke 29, 2014 Sam memenangi Anugerah Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27. Sam menang Pelakon Lelaki Terbaik Filem bertajuk Pinjamkan Hatiku di Anugerah Skrin 2018.

Kehebatan Sam beraksi dengan pelbagai watak, tidak hairanlah beberapa tahun penglibatannya dalam industeri perfileman, puluhan drama dan filem yang telah dibintanginya antaranya, Sama Tak Serupa, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Syurga Cinta, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Semp-It, Niyang Rapik, Evolusi KL Drift 2, Ngangkung, Kongsi, Sekali Lagi, Bini-Biniku Gangster.

Penampilan terkini Sam tampak sihat dan tampan
ketika menghadiri Festival Filem Asia Pasifik ke 61 mewakili filem Indera.

Sam juga turut membintangi filem, Aku Bukan Tomboy, Songlap, Adan Sempit 2, Nongkrong, Aku Ada, Kau Ada???, 8 Jam, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Dua Kalimah, Adnan Sempit 3, Kisah Paling Gangster, Adnan Sempit Sawadikap, Mamak Cupcake, Kaki Kitai, Manisnya Cinta di Cappadoccia, Kasutku Kusut, Rembat, Polis EVO, Mat Moto, Interchange, Pinjamkan Hatiku, Polis EVO 2, Edge Of The World, Zombitopia, Tiger Stripes, Polis EVO 3, Sofyank X Polis Evo 3, Malbatt: MIsi Bakara, La Luna, SyurgaKu, Abnormal: Buas. Indera, The Original Gangster, Mak Cun The Movie, Serangan Subuh dan Badak

Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iatu Syeriv Samheizy, dan Sarima Samheizy dan Salama Samheizy

 

Previous articleGebyar Nusantara 2024 rai persahabatan anak seni dua negara
Next articleItulah Dirimu!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here