Oleh : Asmat Fikri
Perut buncit kadang jadi penghalang kepada banyak perkara. Tambahan pula menjelang Hari Raya, tentunya keadaan perut buncit boleh menyebabkan seseorang itu merendah diri untuk berjumpa dengan ramai orang. Bukan itu sahaja, rugi juga baju-baju raya yang cantik itu tidak dapat dipakai kerana takut perut yang menonjol?
Justeru, bagi sesiapa yang menghadapi masalah perut buncit, di sini ingin dikongsikan beberapa tips untuk kempiskan perut secara klinikal dan juga secara semulajadi menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja. Jadi, ia terpulang kepada anda untuk mengamalkan yang mana satu untuk kempiskan perut.
Berikut ada beberapa kaedah yang boleh dicuba dengan pendekatan klinikal yang boleh dibuat di klinik dan juga pusat rawatan yang berkenaan.
- Rawatan Sedut Lemak (Liposuction)
Liposuction adalah prosedur di mana lemak di kawasan tertentu, termasuk perut, disedut keluar menggunakan tiub khas. Prosedur ini cepat dan memberikan hasil segera, namun memerlukan pemulihan beberapa minggu. - Pembedahan Bariatrik
Bariatrik seperti gastric bypass atau gastric sleeve dilakukan untuk membantu individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Prosedur ini mengurangkan saiz perut dan mengawal selera makan. Biasanya disarankan untuk mereka yang mengalami obesiti melampau dan gagal menurunkan berat badan melalui kaedah semula jadi. - Rawatan Non-Invasif
Rawatan seperti CoolSculpting menggunakan teknologi pembekuan untuk menghancurkan sel-sel lemak tanpa pembedahan.
Rawatan ini selamat dan tidak memerlukan masa pemulihan yang lama. - Mesoterapi
Prosedur ini melibatkan suntikan bahan tertentu ke dalam lapisan lemak untuk menguraikan lemak.
Ia membantu mengurangkan saiz kawasan tertentu seperti perut dengan cepat. - Pembedahan Tummy Tuck.
Tummy tuck atau abdominoplasty adalah pembedahan untuk membuang kulit dan lemak berlebihan di perut.
Prosedur ini juga mengencangkan otot perut untuk memberikan penampilan yang lebih rata.

Selain kaedah-kaedah di atas, anda juga boleh cuba kempiskan perut dengan menggunakan kaedah semulajadi menggunakan bahan-bahan alami yang ada di sekeliling anda.
- Minum air lemon suam. Caranya minum setiap pagi ketika perut kosong kerana ia boleh bantu detoks dan juga meningkatkan metobolisma dalam badan.
- Minum air rebusan halia. Halia terkenal sebagai bahan yang boleh bantu bakar lemak, lancarkan pencernaan dan kempiskan perut. Boleh tambah madu juga dalam air rebusan tersebut untuk beri rasa manis dan mengambil khasiat madu juga.
- Kunyit dan asam. Orang dulu-dulu menggelarkan ia sebagai jamu kunyit asam. Caranya adalah campurkan kunyit dan asam jawa dan gaul sebati. Ia dapat bantu kurangkan lemak di bahagian perut.
- Teh hijau. Amalkan pengambilan teh hijau kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi bagi membantu tingkatkan metabolisma serta kurangkan lemak.
- Air rebusan kayu manis dan madu. Air rebusan ini mampu bantu bakar lemak dan kurangkan selera mengambil makanan.
Antara cara lain juga, ia seperti mana dikongsikan pandangan Dr Rizal Abu Bakar berkenaan permasalahan ini seperti yang ditulis beliau menerusi laman rasmi media sosialnya. Antara saranan Dr Rizal Abu Bakar cara mudah kempiskan perut adalah:
- Ambil makanan kaya protein. Protein ini akan lepaskan hormon PYY. Iaitu hormon yang akan hantar isyarat ke otak untuk hentikan makan jika berlebihan.
- Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.” Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni.
- Ambil lemak ikan – Jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda. Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.
- Ambil makanan tinggi serat – serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel disaluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini. Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.
- Urus stres dengan bijaksana. Stres sebabkan hormon kortisol mengalir laju. Hormon ini suka kumpulkan lemak.
- Senaman – angkat berat, aerobik dapat segerakan misi kempiskan perut.
- Tidur – kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak dibahagian perut berbanding dengan wanita tidur selama 7 jam. Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup?
Penutup
Justeru, melihat kepada cara dan kaedah yang dikongsikan di atas, rasanya ia tidak mustahil untuk tampil kempis pada Hari Raya 2025 nanti? Mulai sekarang, jom kita buat beberapa kaedah yang bersesuaian agar dapat ‘say no to perut buncit’. Ingat, apa yang dilakukan sekali pun, sikit tidak mengapa, yang penting perlu konsisten dan istiqamah. Barulah apa yang dilakukan itu menunjukkan hasil yang baik. Mudah-mudahan.

ASMA Fikri ialah bekas wartawan Majalah Al-Islam.