Zehra Zambri akan terus berjuang dalam bidang yang diminatinya.

Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Ehsan Zehra Zambri/Koleksi Syed Wafa

Hanya mendapat tempat kelima dalam pertandingan Gegar Vaganza ke-11 (GV11) yang cukup berprestij, namun bagi penyanyi Zehra Zambri inilah merupakan tanda dirinya akan kembali aktif menyanyi setelah sekian lama menyepikan diri

Dalam pertandingan tersebut, gelaran juara disandang Liza Aziz, Ning Baizura (Naib Juara), Sheila Abdul (tempat ketiga) dan keempat Dadali Dyrga. Manakala Zehra dengan lagu, Berpaut Didahan Cinta turut Berjaya mendapat tempat ke 5.

Album pertama Zehra Zambri yang mendapat sambutan

“Saya tidak pernah menyangka akan menyertai pertandingan GV11 kerana selama ini saya percaya ‘hayat’ saya dalam bidang seni sudah berakhir. Takdir Allah 2024 saya diberi peluang untuk sertai GV11. Sesuatu diluar fikiran saya dan mendapat tempat kelima juga merupakan suatu kedudukan yang membanggakan.

“Dengan kemenangan tersebut memberi lebih semangat kepada saya untuk terus berada dalam bidang ini. Sekarang saya akan fokus dan kembali meneriahkan industri seni. Ada rezeki saya nak tampil dengan single terbaru dan ada rezeki mungkin akan buat mini album pula,’’ kata penyanyi yang popular dengan lagu Semalakama ciptaan Pak Ngah ini.

Zehra Zambri merupakan seorang penyanyi dan wartawan penyiaran di Malaysia, beliau lahir pada tahun (lahir 14 Jun 1987) Zehra mencipta nama dalam Anugerah Juara Lagu ke-21 menerusi lagu etnik, “Semalakama, ciptaan Pak Ngah
Zehra dengan albumnya Mari Bersama pada tahun 2006

Zehra Zamri atau nama glamournya Zehra Zambri menambah, pentas GV memberikan harapan baru untuknya meneruskan perjuangan dalam dunia seni suara.
“Dulu saya memang pernah berputus asa dengan dunia nyanyian yang semenangnya saya minati sejak kecil lagi. Masa tu saya rasa macam dah tak cantik, dah tak ada tempat saya dalam bidang hiburan dan macam-macam lagi.

“Namun tawaran menyertai GV seakan membuka lembaran baru buat diri saya untuk meneruskan perjuangan bidang yang sememangnya merupakan jiwa saya. Itu sebabnya masa pertandingan tersebut saya buat `all out’ agar peminat nampak dan kenal siapa itu Zehra Zambri.

Zehra sewaktu bertugas membaca berita untuk Berita Wilayah RTM.

“Syukur pada Allah. masa musim ke 10 saya berjaya tempatkan diri untuk tempat pertama… dapat sanding ovation lagi dengan lagu Selamat Jalan Romeo dan Peronda Jaket Biru. Bila dapat komen-komen positif daripada juri, buat saya rasa macam tak percaya sebab saya dah banyak lalui fasa-fasa kejatuhan. Nampaknya GV ini adalah satu petunjuk untuk saya teruskan perjuangan dalam dunia seni ini.”

Nama Zehra Zambri tidak hanya sinonim dengan irama pop malah juga popular dengan lagu-lagu irama tradisional. Sebelum menyertai GV, Zehra pernah tampil dengan album Zehra Zambri (2005) Mari Bersama (berentak Free Pop, 2006) dan single Tari Sahara (2010). Antara lagu-lagunya ialah Semalakama, Gelisah Berbisik, Cinta Seluruh Dunia, Malam Yang Ganjil, Tak Berubah dan Satukan Jiwa.

Zehra pernah melalui fasa kecewa dalam bidang seni
Zehra Zambri kelihatan anggun dalam apa saja busana yang digayakan.

Pada tahun 2016, Zehra menyertai program realiti Ikon Siarawan musim ketiga terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan bersaing dengan 13 peserta lain bagi mengejar impian sebagai figura siarawan.

Ditanya mengenai ‘kehilangannya’ selama ini, jelas Zehra bintang GV ini, “Bukan saya hilang tapi selepas tamat program Ikon Siarawan, saya minat nak cuba bidang baru pula. Saya memulakan kerjaya dengan RTM sebagai wartawan penyiaran, pengacara rancangan pagi ikonik, Selamat Pagi Malaysia (SPM), dan pembaca berita.”

Zehra Zambri akan terus berjuang dalam bidang yang diminatinya.

13 November 2024 setelah hampir lapan tahun berkhdmat dengan RTM, Zehra mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dengan menyertai GV11. Tawaran ini dianggapnya sebagai kesempatan yang amat jarang dan peluang untuknya kembali aktif dalam dunia hiburan.

Zehra memulakan langkah pertamanya di pentas seni pada tahun 1998 setelah terpilih ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan Bintang Kecil RTM mewakili Zon Semenanjung. Pada 2004, Zehra menyertai pula pertandingan realiti Malaysian Idol musim pertama dan berjaya hingga peringkat Top 33 dimana juaranya adalah Jaclyn Victor.

Zehra Zambri semakin yakin dengan diri sendiri.

Pada tahun 2006 Zehra juga berjaya menempatkan namanya apabila terpilih untuk bersaing menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL ke-20) bagi kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Semalakama ciptaan Pak Ngah.

Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada Oktober 2017 dan bercerai pada April 2018. Zehra menemui kebahagian kali kedua pada November 2021 dan berkahwin dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin dan bahagia dengan kehadiran anaknya, Zahiyah Iqleela, 3 tahun.

Previous articlePhewitt! Amy Search bakal bukti kebolehan diri
Next articleKeyakinan Diri!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here