MEMILIKI seraut wajah yang jelita dan bakat lakonan yang hebat…tidak hairanlah Siput Sarawak muncul sebagai Seniwati popular dan diminati pada dunia filem era 1940-an sehingga 1950-an.

Oleh: SYED WAFA
Foto: KOLEKSI SYED WAFA

APABILA bercakap mengenai Seniwati hebat, Siput Sarawak pasti terbayang diminda anda watak-watak antogonis yang berjaya dijiwai dalam filem-filem lakonannya.

Siapa sangka daripada seorang pelakon yang tidak pandai membaca dan menulis, akhirnya beliau membuktikan dengan izin-Nya tidak ada sesuatu yang mustahil jika kita mempunyai keyakinan dan semangat juang yang tinggi.

FILEM “Rachun Dunia” menggabungkan seniwati dan seniman hebat antaranya Kasma Booty, Osman Gumanti, Siput Sarawak dan P. Ramlee.

Begitulah dengan Siput Sarawak yang memulakan kerjaya seni pada umur 11 tahun di pentas bangsawan bermula dengan “Siput Kuyung” bersama bapanya, Mohammad Sulaiman atau lebih dikenali, Seniman Dollah Sarawak.

Semenjak itu, Siput Sarawak atau nama sebenarnya Ramlah Mohammad yang sentiasa memberikan yang terbaik setiap watak yang ditawarkan bukan sahaja di pentas bangsawan malah dalam filem “Singapura Di Waktu Malam.” Filem terbitan tahun 1947 arahan B.S Rajhans turut dibintangi Bakhtiar Affendi dan Siti Tanjung Perak.

SIPUT Sarawak…hadir dalam dunia perfileman bukan sahaja ‘berbekalkan’ wajah jelitanya malah bakat lakonan yang hebat.

Walaupun Siput Sarawak tidak boleh membaca namun filem pertama itu bukanlah yang terakhir buat beliau kerana di sebalik kekurangannya tidak boleh membaca beliau terus mendapat tawaran berlakon filem.

Benarlah kata orang setiap manusia yang hidup di muka bumi ini mempunyai kelemahan dan keistimewaan tersendiri kerana semua itu ketentuan-Nya.

PENGGAMBARAN filem Hollywood “Singapore” terbitan tahun 1947 dibintangi aktor Fred MacMurray dan aktres Ava Gardner banyak dilakukan di Singapura.
Pada tahun yang sama Shaw Brothers menerbitkan filem “Singapura Di Waktu Malam” lakonan Siput Sarawak.

Begitulah dengan Siput Sarawak kerana selepas filem berkenaan beliau terus mendapat undangan berlakon kerana walaupun ‘buta huruf’ tetapi beliau seorang yang terang hati.

Kelemahan beliau tidak boleh membaca tetapi ingatan beliau memang hebat kerana hanya sekali skrip filem lakonannya dibacakan oleh seseorang, Siput Sarawak boleh menghafal dialog skrip filem lakonannya itu.

FILEM “Chinta” bukan sahaja telah menemukan Siput Sarawak dan S. Roomai Noor sebagai pelakon utama malah filem arahan B.S Rajhans terbitan tahun 1948 akhirnya telah mengikat mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah pada gahun 1951!
FILEM “Chinta” terbitan tahun 1951, bukan sahaja menemukan Siput Sarawak dan S. Roomai Noor sebagai pasangan kekasih malah dua tahun kemudian mereka sah menjadi suami isteri.

Realitinya, Siput Sarawak tidak meletakkan kekurangan dirinya menjadi penghalang untuk beliau meniti kejayaan dan meraih kecemerlangannya sebagai Seniwati hebat para zaman itu.

Sejak itu, satu demi satu tawaran berlakon diterimanya dan sepanjang 28 tahun ‘bergelar’ Seniwati, Siput Sarawak telah membintangi lebih 40 filem terbitan Malay Film Production (Shaw Brothers/ Studio Jalan Ampas), Cathay Keris, Studio Merdeka dengan filem terakhirnya “Layar Lara” arahan Shuhaimi Baba terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd.

FILEM “Korban Fitnah” menemukan Siput Sarawak dengan pelakon hebat dari Indonesia, Sukarno M. Nor.

“Layar Lara” skrip oleh Fatimah Abu Bakar terbitan tahun 1997, menampilkan Siput Sarawak sebagai ibu Aunty Zai (Allahyarham Azean Irdawaty). Turut berlakon dalam filem ini ialah Allahyarham Seniman Aziz Jaafar, Allahyarham Seniman Datuk Mahmud June, Allahyarham Seniman Datuk Aziz Sattar, Allahyarham Seniman Omar Suwita, Allahyarham Seniwati Normadiah dan Seniwati Hashimah Yon.

Bagi Siput Sarawak walaupun hampir 40 filem lakonannya meletakkan dirinya sebagai ‘Primadona’ filem Melayu paling cemerlang namun dua filem melekat dan mencengkam hatinya.

SELAIN berbakat sebagai pelakon, Siput Sarawak juga seorang penari yang hebat!

Pertama apabila Siput Sarawak ditawarkan berlakon filem “Chinta” berpasangan dengan Allahyarham Seniman Datuk S. Roomai Nor arahan B.S Rajhans terbitan Malay Film Productions pada tahun 1948.

Dalam filem itu, Siput Sarawak sebagai ‘Chinta’ bukan sahaja telah menampilkan lakonan yang hebat malah realitinya beliau dan Seniman S. Roomai Noor yang melakonkan watak Raja Kanchi benar-benar saling menyintai.

FILEM “Mata Shaitan” idea Siput Sarawak yang sepatutnya diarahkannya tidak kesampaian.
Semuanya kerana sifat dengki Kesatuan Pekerja Cathay Keris Film yang akhirnya memusnahkan impian Siput Sarawak untuk menjadi Pengarah Filem Melayu Wanita Pertama!
Filem ini diarahkan oleh Hussein Haniff.
SIPUT Sarawak dan Seniman Yusof Latiff dalam satu babak filem “Mata Shaitan.”
Disebabkan sifat dengki Kesatuan Pekerja Cathay Keris Film akhirnya musnahlah impian Siput Sarawak untuk menjadi Pengarah Filem Melayu Wanita Pertama dengan skrip idea beliau.
Filem ini diarahkan oleh Hussein Haniff.

Selepas filem tersebut Siput Sarawak dan S. Roomai Noor berkahwin pada tahun 1951 dan bercerai pada tahun 1953. Melalui perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak yang diberi nama Ithnaini yang dikenali sebagai Anita Sarawak, penyanyi bertaraf antarabangsa yang cukup popular.

Disebabkan kehebatan Siput Sarawak menjiwai watak antogonis lakonannya serta popularitinya pada era filem Melayu 1940-an sehingga 1950-an, ia telah menarik perhatian Pengarah Urusan Cathay Keris, Tom Hodge dengan memberinya peluang mengarah filem.

SELAIN Seniman M. Amin dan Siput Sarawak, filem “Raden Mas” turut dibintangi Seniman Nordin Ahmad.
SIPUT Sarawak bersama Seniman Nordin Ahmad, M. Amin dan Ghazali Sumantri dalam satu babak filem “Hang Jebat”

Siput Sarawak yang tahu mengenai perancangan Tom Hodge telah menggunakan duitnya membayar seorang jurutaip menaip skrip karya pertamanya “Mata Shaitan.”

Melalui perbincangan Tom Hodge dengan penulis skrip Cathay Keris, Allahyarham Hamzah Hussein bersetuju Siput Sarawak mengarah filem berkenaan. Malah beliau telah mengeluarkan kenyataan rasmi Siput Sarawak dilantik sebagai pengarah baharu di Cathay Keris.

“LAYAR Lara” arahan Shuhaimi Baba terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd. pada tahun 1997 adalah filem terakhir lakonan Siput Sarawak.

Sayangnya, Kesatuan Pekerja Cathay Keris Film yang bernaung di bawah Persatuan Sayang Kiri dan berpengaruh menolak perlantikan itu kerana menganggap tidak layak kerana kekurangan yang dimiliki iaitu tidak boleh membaca!

Disebabkan sikap dengki mereka, musnahlah impian Siput Sarawak untuk menjadi Pengarah Filem Melayu Wanita Pertama!

SIPUT Sarawak menerima Anugerah Artis Veteran pada Festival Malaysia ke-9 (FFM9) daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib pada 2 Jun 1991 sambil diperhatikan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin

Skrip berkenaan diserahkan kepada Pengarah Hussein Haniff yang berjaya mencatatkan kutipan box-office melalui dua filem arahannya iaitu “Hang Jebat” (1961) dan “Dang Anom” (1962).

Meskipun Siput Sarawak diundang berlakon dalam filem berkenaan namun beliau terkilan kerana idea asalnya yang menggambarkan seorang wanita yang lemah lembut ditukar menjadi wanita kejam!

Penulis bergambar kenangan bersama seniwati legenda Siput Sarawak.

Siput Sarawak yang dilahirkan di Kuching, Sarawak pada tahun 1921 menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun di rumahnya di Kempas Road, Singapura pada 3 Jun 1999. Jenazah Allahyarham disemadikan di Pusara Abadi, di Lim Chu Kang, Singapura.

Kami di Ladybosz mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman…Amin.

Previous articleImpian Soma untuk miliki lagu raya sendiri terlaksana
Next articleExists, Slam kongsi kisah perjalanan seni di konsert

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here