SALOMA bukan sahaja memiliki suara yang tidak jemu didengar malah beliau adalah antara biduanita cantik dan diminati ramai.

Oleh: SYED WAFA
Foto: Koleksi Syed Wafa

Selamat Hari Raya

Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramadan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari Raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di Hari Raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati Hari Raya
Mintak mak, kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramadan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari Raya disambut dengan gembira

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat Hari Raya

Komposer & Lirik: Ahamd Jaafar

ALBUM “Selamat Hari Raya” pasangan suami isteri, Saloma dan P. Ramlee.
PASANGAN romantis…Saloma dan P. Ramlee.

SEMALAM 25 April genap 42 tahun Biduanita Negara, Puan Sri Saloma menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun akibat kegagalan fungsi hati, di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Setelah pemergian Allahyarham, ternyata setiap kali menghayati bait-bait lirik lagu “Selamat Hari Raya” dendangannya yang diputarkan di radio dan menggambarkan kegembiraan umat Islam dalam menyambut hari raya benar-benar menyentuh hati dan jiwa setiap kali mendengarkannya.

SALOMA bukan sahaja memiliki suara yang lunak dan sedap didengar malah beliau digelar “Ikon Fesyen,”
Ini adalah antara koleksi baju raya beliau.
BAJU raya…Saloma bergaya di hari raya dengan kebaya pendek.

Begitulah dekatnya Allahyarham di hati para peminatnya kerana dianggap sentiasa menghiburkan mereka di saat suka dan duka.

“Selamat Hari Raya”’ciptaan dan lirik Allahyarham Ahmad Jaafar dikatakan benar-benar membawa para pendengar yang juga para peminatnya larut dalam perasaan gembira, sayu dan hiba.

Lagu tersebut adalah satu diantara 71 lagu raya yang diabadikan dalam album Raya Syarikat Rakaman EMI yang diterbitkan pada tahun 1959 sehingga 1988.

POPULARITI Saloma membuatkan beliau sering menjadi pilihan untuk menghiasi muka depan antaranya Majalah Filem.

Begitulah hebatnya apabila lagu yang dicipta penuh rasa dan jiwa sehingga menyentuh hati siapa sahaja yang mendengarnya.

Walaupun populariti lagu raya nyanyian Saloma itu bertahan hampir 8 dekad dan masih boleh diterima sehingga hari ini kerana mampu menyentuh jiwa para pendengarnya, tetapi tahukah anda lagu tersebut dikatakan pernah diharamkan oleh kerajaan Singapura pada tahun 1972!

MERAKAMKAN memori 1968…BIDUANITA Negara, SALOMA bersama Biduan Datuk Ahmad Jais.

Pengharaman lagu tersebut dikatakan gara-gara lirik berbunyi;

Dam Dam Dum bunyi mercun,
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam Dam Dun mercun berdentum,
Semaraklah hari raya ini tahun.

Adalah difahamkan lirik tersebut bertentangan dengan dasar pemerintah pada ketika itu yang mengharamkan segala penggunaan perkataan dan permainan mercun.

SALOMA sering dipilih menghiasi muka depan majalah.
PASANGAN bahagia…Saloma dan P. Ramlee.

Sebelum Saloma, lagu “Selamat Hari Raya” ciptaan Ahmad Jaafar ini pernah dirakamkan oleh Allahyarham Nona Asiah.

Bagaimanapun rakaman semula nyanyian Saloma dikatakan lebih terkenal dan mendapat sambutan hebat daripada para peminat lagu-lagu raya.

SALOMA bukan sahaja memiliki suara yang lunak didengar malah beliau juga berbakat mencantikkan pakaiannya dengan menambah labuci agar kelihatan cantik dan bergaya.

Jenazah Allahyarham Saloma diabadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang bersebelah dengan pusara suaminya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Kami di Ladybosz sentiass mendoakan semogs roh Allahyarham Biduanita Negara, Puan Sri Saloma sentiasa dicucuri rahmat…Amin.

PUSARA Allahyarham Saloma di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.
Previous articleSyawal Yang Penuh Barakah!
Next articleRasa Rosz bakal lancar 40 pes segera

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here