Datuk Sri Rozita (dua dari kiri) bersama penyanyi Azura Aziz dan Amy Mastura selepas majlis sambutan Hari Raya dan pelancaran 40 pes Rasa Rosz di Restoran Rasa Rosz, IOI City Mall Putrajaya.

Oleh: Nafsiah Jani

Selepas pengeluaran produk pes Ratu Tumis, Sambal Ready To Eat dan perencah serbaguna Lazzat, kini Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. bakal mengeluarkan lebih 40 pes tidak lama lagi.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, kini jenama pes keluarannya bersedia untuk berkembang lebih jauh.

Datuk Sri Rozita ( tudung merah) bersama Amy Mastura sedang menerangkan tentang pes-pes Rasa Rosz kepada wartawan.

“Buat masa ini kami mempunyai 40 produk termasuk untuk pasaran hotel dan restoran. Manakala untuk pengguna, terdapat tujuh produk pes serbaguna sudah berada di pasaran seperti di AEON Big. Antaranya termasuk pes nasi ayam, pes nasi pandan, pes nasi lemak, sambal belacan sedia di makan, pes rendang dan pes gulai dan masak lemak cili api.

“Sambal belacan pula dijangka memasuki pasaran menjelang hujung tahun ini, bersama tiga jenis pembungkusan berbeza mengikut keperluan pengguna. Bukan itu sahaja, saya juga dalam perancangan untuk memasuki rangkaian 7-Eleven dengan produk sambal sedia di makan, dan pes serbaguna baharu dalam saiz yang lebih kecil, sesuai untuk golongan bujang dan pelajar.

Pelakon Riz Amin (duduk kanan sekali) begitu khusyuk.menikmati hidangan Hari Raya Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya.

“Kami hasilkan pes yang multipurpose. Contohnya, untuk nasi goreng, pengguna tak perlu cari bawang merah atau bawang putih lagi,semua dah ada dalam satu pek. Ini akan memudahkan pembeli,” tambah Rozita.

Rozita menambah, pihaknya dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan restoran mereka selepas kejayaan outlet terbaharu.

Datuk Sri Rozita (dua dari kanan) bersama Amy Mastura (lima dari kanan) bersama tetamu yang hadir.

“Baru sahaja empat bulan kami buka outlet ini. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kami akan tambah satu lagi tahun ini, dan dua lagi cawangan tahun depan. Outlet terkini mereka yang dilengkapi dengan peralatan dapur yang canggih memberikan kebebasan untuk menyediakan pelbagai menu kreatif dan sihat seperti burger, ayam panggang, salad, serta Ikan Siakap bersama cauliflower rice, yang cukup popular dalam kalangan golongan muda.

“Di Wangsa Maju suasananya lebih tenang, sesuai untuk pelanggan yang lebih berusia. Di IOI City Mall Putrajaya pula, kami fokus kepada generasi muda yang mahukan makanan yang berunsurkan gabungan lokal dan barat ,” ujar Datuk Seri Rozita ketika ditemui selepas majlis sambutan Hari Raya Restoran Rasa Rosz dan mengumumkan perlantikan Amy Mastura sebagai duta produk keluaran Rasa Rosz.

Pelakon Riz Amin (kanan sekali), Amy Mastura, Datuk Sri Rozita, Azura Aziz dan Cheb Ali Masrawi turut hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Restoran Rasa Rosz, IOI City Mall Putrajaya.

Pemilihan selebriti popular dan sentiasa tampil bersahaja, Amy Mastura sebagai duta rasmi kepada produk keluaran Rasa Rosz sebagai wajah jenama dilihat seiring dengan nilai yang ingin ditonjolkan iaitu mesra, sihat, ringkas dan sesuai untuk seisi keluarga.

Bagi Amy Mastura, kolaborasi bersama Datuk Seri Rozita bukan hanya soal bisnes, tetapi berlandaskan kepercayaan dan keserasian.

Datuk Sri Rozita memberi bonus raya kepada krew Restoran Rasa Rosz IOI City Mall Putrajaya.

“Saya selesa sangat bekerja dengan Datuk Seri. Tahun lepas kami berehat sebab saya ke tanah suci, dan beliau juga kurang sihat. Tahun ini, kami kembali dengan semangat baharu,” kata Amy yang turut menyumbangkan beberapa resipi dalam menu mereka termasuk resepi Nasi Daging.

Namun begitu, Amy sempat juga berseloroh bahawa kebanyakan ramuan datang dari ilmu turun-temurun Datuk Seri Rozita. “Resipi saya jangan ikut, saya pun ikut orang. Tapi kami olah semuanya ikut cita rasa sendiri,” katanya sambil ketawa.

Datuk Sri Rozita bergambar kenangan bersama staff Restoran Rasa Rosz selepas menyampaikan bonus raya kepada mereka.

Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa Restoran Rasa Rosz cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan boleh hubungi Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (013-8082772 -call / whatsapp) dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level East Wing (hubungi 012-8217714) yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Previous articleLagu raya Saloma menyentuh jiwa!
Next articleAdakah “Takkan Melayu hilang di dunia” lenyap di bumi sendiri?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here