Hamidah Wahab masih anggun bergaya dalam usia meniti lewat 60-an.

Oleh: Nafsiah Jani
Foto: Ehsan Hamidah Wahab/Koleksi Syed Wafa

Bermula dari tahun 1974 sejak pembabitan pelakon dan model, Hamidah Wahab, 69, dalam industri hiburan, Hamidah cukup berhati-hati menjaga namanya agar bersih sepanjang masa. Namun di saat kemuncaknya ada juga insan yang dengki dan cemburu sehingga membabitkan nama dan keluarganya sekali yang dituduh sebagai `scammer’.

“Tuduhan itu terlalu kejam untuk Kak Midah. Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki tersebut Kak Midah terpaksa menanggung malu dan reputasi juga turut tercalar. Lelaki itu (Muhammad Zahid Arifin) menuduh Kak Midah berkomplot, menipu dan mengambil wang RM100,000 daripadanya.

Hamidah (dua dari kiri) wakil Singapura ke Paris ketika menerima trofi dan selempang selepas memenangi gelaran Miss Young International 1976.

“Kak Midah sedih sebab belum pernah seumur hidup, nama tercemar sebegini teruk. Tuduhan ‘scammer’ bukan kecil, boleh dibawa ke mahkamah dan Kak Midah takkan berdiam diri. Kak Midah akan buat saman malu dan juga saman fitnah selagi dia tak datang meminta maaf. Kak Midah nak dia ‘bersihkan’ nama Kak Midah dan dia perlu akui apa yang dilakukannya adalah fitnah dan pembohongan.

“Kak Midah juga nak dia datang jumpa kami sekeluarga dan berterus-terang terhadap tindakannya. Kalau ikutkan hati, nak saja Kak Midah dedahkan wajahnya. Kak Midah ada simpan semua bukti tuduhan dia dan kalau betul Kak Midah menipu wang sebanyak itu, tunjuklah segala bukti penyata bank atau apa. Dia ingat senang-senang bank luluskan amaun sebanyak itu?,” kata Hamidah Wahab yang lebih senang membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Midah sewaktu ditemui baru-baru ini.

Hamidah Wahab (kanan sekali) ketika beraksi di pentas peragaan.

Menurut pelakon veteran Hamidah yang kini popular sebagai pelakon Tanah Kubur, dia sudah membuat dua laporan polis terhadap lelaki terbabit.

“Kak Midah tak tahu apa motif sebenar individu berkenaan yang sengaja mahu menjatuhkan nama Kak Midah dan keluarga. Kenal rapat dengan dia pun tidak. Kak Midah rasa dia ini jadi kambing hitam. Dia sendiri pernah cakap dia ada Datin, dia ada polis tolong dia. Negara kita ada undang-undang dan Kak Midah percaya kalau dia salah, tetap akan dikenakan tindakan.

Gaya professional Hamidah sebagai seorang model.

“Kak Midah benar-benar berharap agar nama dapat dibersihkan daripada tuduhan itu kerana ia juga memberi kesan kepada emosi Kak Midah. Gara-gara dituduh `scammer’ ini…bohong kata jiwa Kak Midah tak terganggu. Kalau nak tahu, orang yang kena ini silap-silap boleh kena anxiety,mental problem, sakit jantung disebabkan cyber buli ini.

“Kak Midah bersyukur kerana Allah bersama dan sentiasa lindungi Kak Midah. Sekarang ini niat Kak Midah nak bersihkan nama dan keluarga. Takut kalau tak bersihkan nama kami daripada tuduhan viral yang tidak berasas ini, nanti orang anggap betullah kami sekeluarga ini `scammer’.

Kejelitaan Hamidah yang sungguh mempersonakan dan memjadi model terkenal ketika itu.

Hamidah Wahab menambah, Ramai yang hubunginya minta kepastian kerana mereka tidak percaya dengan tuduhan tersebut.

“Ya…ya ampun… tak pernah seumur Kak Midah hadapi dan dapat benda-benda macam ni…nama yang kotor macam ini. Selama ini hubungan Kak Midah dengan peminat, produser… Alhamdulillah tak ada yang datangkan mudarat, keburukan atau fitnah.

Hamidah Wahab seniwati berbakat besar.

“Mereka lebih mengenali dan selama ini Kak Midah bangga kerana dapat menjaga nama baik dan alih-alih tercemar kerana hal ini. Kalau boleh Kak Midah `nak pergi’ dengan nama yang baik dan bukannya dengan nama buruk.

“Bila dituduh scammer, Kak Midah rasa tergugat…sebab Kak Midah tidak seharusnya terima fitnah-fitnah sebegini yang melampui batas. Kak Midah hairan, mengapa baru sekarang perkara sebegini terjadi, seolah-olah nak jatuhkan nama Kak Midah. Apa sebabnya…bukannya Kak Midah ada buat salah dengan si empunya diri… Kak Midah pun tak tahu bagaimana nama boleh terpalit bila ia berkaitan dengan keluarganya.”

Hamidah (kanan) bergandingan dengan Zizie Ezette dalam drama Emil Emilda.

Jelas anak kelahiran Bukit Serindit, Melaka ini lagi, Mungkin disebabkan dia tak boleh nak jatuhkan nama anak-anak buah dan adiknya, jadi dia kaitkan namanya sekali.

“Dia salah orang sebenarnya…bila kait nama artis…tetap ada undang-undang. Hairan bagaimana nama Kak Midah terpalit sekali sedangkan Kak Midah bukan campur orang ramai. Selain berlakon, Kak Midah banyak habiskan masa di rumah dan pergi belajar agama. Dah berumur ini tak ada masa nak buang masa lagi

Drama Tanah Kubur berjaya mempopularkan kembali nama Hamidah Wahab bersama Nasir Bilal Khan.

“Insiden tuduhan tidak berasas ini sebenarnya cukup memalukan Kak Midah sekeluarga. Juriah tu adik Kak Midah, satu emak lain bapak. Sejak kecil bapa Juriah yang bertugas sebagai polis di Singapura yang memelihara Kak Midah. Kak Midah anak polis… jadi jangan nak main-main dengan anak polis dan dia memang salah orang.”

Terdahulu, tular di media sosial video yang mendakwa Hamidah dan adik perempuannya, Juriah Abd Hamid dan anak-anak saudaranya, Muhammad Afique Ab Mahat, Dr Diyana Mahat dan Mardiah Ab Mahat turut menjadi mangsa tuduhan individu terbabit yang mendakwa mereka sekeluarga sebagai `scammer’.
Tak ada istilah berhenti berlakon- Hamidah Wahab

Lakonan mantap Hamidah dalam drama Tok Adi.

Walaupun usianya sudah melewati 60-an namun pelakon tersohor Hamidah Wahab tetap menyatakan hasratnya akan terus berlakon selagi kudratnya ada.

“Selagi ada kudrat dan masih lagi boleh berfikir dan otak Kak Midah masih berjalan apa salahnya Kak Midah terus berlakon. Buat masa ini, tak ada istilah nak berhenti berlakon. Berlakon ini asalkan Kak Midah dapat jaga maruah, tatasusila kita dan kalau boleh Kak Midah nak habiskan sisa hidup dengan kerja berlakon dan jadi pegawai jaga jemaah yang mengerjakan umrah di Mekah dan Madinah.

“Kini selain berlakon, Kak Midah bertugas sebagai ‘pegawai bebas’. Siapa nak pergi umrah bolehlah jumpa Kak Midah dan Kak Midah akan uruskan semuanya hingga selesai. Kak Midah dah buat kerja freelance sebagai pegawai umrah ini sejak tahun 1990 lagi.

Kenangan lalu…Hamidah bersama rakan-rakan artis ketika mengerjakan umrah.

“Dulu buat untuk suka-suka dan dapat pergi menunaikan umrah berkali-kali. Bila umur dah meningkat dan tawaran berlakon drama semakin berkurangan, Kak Midah mula tumpu buat kerja-kerja jadi pegawai umrah ini.”

Hamidah, ibu kepada Muhammad Faizal, 50, Muhammad Syahbani ,44, dan Nur Syahidah, 43, sering berulang- alik dari Kuala Lumpur ke Singapura melawat anak-anaknya dan cucunya seramai 10 orang yang menetap di Singapura.

Menyentuh mengenai teman hidup, ujar Hamidah Wahab lagi,”Kak Midah tak pernah rasa sunyi sebab masa Kak Midah sentiasa terisi dengan pelbagai aktiviti. Buat masa sekarang Kak Midah senang hidup sendirian dan tak tahulah dimasa-masa akan datang. Sebenarnya ramai juga yang pernah `melamar’ tapi Kak Midah menolak kerana nak tumpu pada hidup dengan beribadat kerana nyawa pun dah hujung-hujung ni.

Hamidah Wahab (tiga dari kiri) bersama adiknya Juriah dua dari kiri bersama anak-anak buahnya ketika menunjukkan laporan polis yang telah dibuat.

“Kalau ada izin Allah bagi teman yang baik, Insya-Allah, Kak Midah terima. Sebenarnya bila kita sukakan seseorang…tapi orang itu tak suka kita. Kadang dapat orang yang tak boleh nak tanggung kita, kadang suami orang… Kak Midah berserah pada Allah… keputusan Allah adalah yang terbaik.”

Hamidah Wahab memulakan kariernya sebagai seorang model dan aktif dengan dunia peragaan sejak berumur 18 tahun ketika menetap di Singapura. Tawaran berlakon dalam filem Gila-Gila Dari Sabah Film Production telah menimbulkan minat Hamidah untuk terus bergelar pelakon. Selepas itu bermulalah karier barunya sebagai anak seni selain modelling.

Selain berlakon, ketika bergelar model, Hamidah Wahab juga pernah memenangi anugerah Miss Young International 1976 ketika mewakili pertandingan Ratu Cantik Singapura ke Paris.

Hamidah kini seronok menjadi Pegawai bagi syarikat mengendalikan ibadah umrah.

Sepanjang pembabitannya sebagai pelakon, Hamidah pernah membintangi lebih 10 buah filem dan puluhan buah drama. Antara filem lakonannya ialah Gila-Gila (1978), Anak Tunggal (1980), Syahadat, Abang 92’, Antara Gadis, Perempuan, Isteri &…?, Bisikan Cinta, Seri Dewi Malam, Iskandar, Black Maria, Maut dan Dendam Orang Mati.

Manakala drama yang pernah dibintanginya ialah Mat Despatch (1998-2002), Astana Idaman, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur, Cinta Madinah, Emil Emilda, Susuk, Matahari, Keliwon (musim 1 &2), Qalesya, Cinta Balqis, Adamaya, Laila Asyikin, Epilog Syurga Cinta, Ahmad Durrah, Dia Bukan Maryam, Haryati, Minah Meenachi, Pondok Buruk, Tiga Dara Pingitan. Bila Embun Merintih dan lain-lain lagi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here