Primadona filem Melayu, Datuk Dr. Hajah Sarimah Ahmad sentiasa dirindui.

Foto KOLEKSI SYED WAFA

SEBELUM ini setiap kali saya berjumpa Seniwati Datuk Dr. Hajjah Sarimah Ahmad, beliau kelihatan gembira dan senyuman sentiasa menghiasi wajah cantiknya itu.

Tetapi baru-baru ini ketika kami berjumpa di sebuah hotel di Subang Jaya, Sarimah yang hadir dengan ditemani anak sulungnya, Norhayati Zulkifli dan anak keduanya, Farahwahida, sebelum mula berbicara, saya terkesima seketika apabila melihat satu demi satu air matanya gugur.

Sarimah mula diperkenalkan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.
P. RAMLEE memberi arahan kepada Seniwati Normadiah sebagai Aloyah dalam satu babak filem “Ali Baba Bujang Lapok.”
Berdiri kiri: Sarimah sebagai Marjina dalam filem tersebut.

Air matanya gugur bukanlah mengenangkan babak-babak dari filem lakonannya, tetapi airmatanya gugur apabila mengenangkan Perang Israel – Palestin yang telah berlaku hampir dua tahun sejak 7 Oktober 2023.

“Setiap kali apabila berita di televisyen atau akhbar memaparkan perang yang berlaku di Palestin angkara Israel, saya tak dapat menahan airmata ini gugur satu demi satu.

SENIWATI yang membintangi filem “Madu Tiga” – Mislia, Sarimah, Zaharah Agus dan Jah Mahadi diperkenalkan dengan Penolong Pengarah filem berkenaan, S. Sudarmaji selepas taklimat sebelum penggambaran filem itu dimulakan.
“TIGA Abdul” terbitan Studio Jalan Ampas pada tahun 1964 adalah filem terakhir arahan P. Ramlee sebelum berhijrah ke Studio Merdeka, Kuala Lumpur.
Selain P. Ramlee turut membintangi filem ini adalah Haji Mahadi, S. Kadarisman, Ahmad Nesfu, Sarimah, Mariani, Dayang Sofia dan Salleh Kamil.

“Hati saya sayu dan hiba melihat kekejaman Israel yang telah mengorbankan banyak nyawa yang tak berdosa termasuk orang-orang tua dan kanak-kanak.

“Saya bersama Yati pernah berkunjung ke Palestin pada Mac 2023. Saya amat bersyukur kerana Allah SWT kabulkan hasrat saya untuk solat di Masjid Al-Aqsa, di Palestin.

SARIMAH yang mula diperkenalkan melalui filem “Ali Baba Bujang Lapok” pada tahun 1961, terus mencipta nama dan muncul sebagai seniwati popular dan diminati.
Pada usianya 24 tahun, Sarimah telah membintangi 19 filem dan antara yang cukup popular adalah “Ibu Mertuaku,” “Madu Tiga” dan “Tiga Abdul.”
SARIMAH dan Roseyatimah…dua seniwati yang meraih populariti setelah membintangi filem arahan P. Ramlee.
Sarimah mula dikenali setelah membintangi filem “ Ali Baba Bujang Lapok” (1961).
Sementara Roseyatimah
sinonim dengan filem “Pendekar Bujang Lapok” diterbitkan pada tahun 1959.

“Ketika itu hanya Allah SWT yang tahu betapa bersyukurnya saya kerana dapat bersujud di Masjid Al-Aqsa kiblat pertama di bumi Ambiya. Perasaan sayang, tenang dan sayu bercampur baur apabila setiap kali bersujud di masjid berkenaan.

“Saya masih ingat saat itu pada usia saya 82 tahun apabila askar tidak membenarkan ‘buggy’ masuk ke pintu gerbang untuk ke Masjid Al-Aqsa, dengan izin-Nya, saya mampu berjalan dan melangkah masuk ke masjid untuk menunaikan solat.

POPULARITI yang diraihnya dengan membintangi filem-filem arahan P. Ramlee membuat Sarimah sering dipilih untuk menghiasi muka depan majalah hiburan salah satu adalah Majalah Berita Filem yang diterbitkan pada tahun 1966 dan dijual pada harga 50 sen.
SHOW sempena Hari Raya pada zaman kegemilangan filem Melayu pada tahun 1960-an memang hebat.
Sebabnya seniman dan seniwati dari Studio Jalan Ampas berkongsi satu pentas menghiburkan para peminat mereka.

“Pertama kali bersujud di masjid berkenaan tanpa sedar airmata saya jatuh satu demi satu. Ketika itu hanya Allah yang tahu betapa bersyukur, tenang dan damainya hati ini dapat bersujud di masjid berkenaan walaupun di luar ramai pemuda Palestine tidak dibenarkan masuk,” cerita Sarimah dalam suara yang tersekat-sekat kerana sedih dan sayu mengenangkan kekejaman Israel!

Menurut Sarimah, air matanya tumpah tanpa sedar dan hatinya bagai dikoyak-koyak apabila melihat berita di TV yang mana askar-askar Israel menyeksa, sepak terajang orang yang sedang solat.

Kenangan Saraimah dan Yusof Haslam menjadi cover majalah Utusan Filem & Fesyen.
WALAUPUN menempuh pelbagai dugaan tetapi Sarimah ketika tahun 1981 masih berdiri teguh dalam dunia filem walaupun selepas 20 tahun melalui hidup sebagai ‘anak wayang.’

“Melihat kekejaman mereka tanpa sedar saya menangis tanpa henti kerana masih segar dalam ingatan di situlah bukan sahaja saya pernah solat dan bersujud malah masih terbayang-bayang betapa tenang dan damainya ketika itu,” cerita Sarimah sambil menyeka airmatanya yang tidak henti-henti mengalir apabila kenangan indah dan bermakna dapat bersolat di Masjid Al-Aqsa!

Menurut Sarimah, melihat kekejaman dan penyeksaan yang dilakukan askar-askar Israel hatinya meronta-ronta mahu membantu tetapi apakan daya kemampuannya tidak ada.

SARIMAH bersama anak sulungnya, Norhayati yang turut bersama beliau ketika ke Palestin pada Mac 2023.
SARIMAH dan Norhayati mengabadikan kenangan di hadapan Dome Of The Rock, Palestin.

Disebabkan itu, katanya, beliau bangga apabila anak keduanya, Farahwahida sanggup ‘turun padang’ bersama Geng Usrah Setiawangsa (GUS/NGO) menjalankan kerja-kerja amal bagi membantu rakyat Palestin.

“Sebagai ibu, saya bersyukur dan bangga Farawahida dan sahabat-sahabatnya sanggup melaksanakan kerja-kerja amal demi membantu rakyat Palestin yang amat memerlukan.

“Bagi saya apa yang GUS lakukan bukan mengejar kekayaan dunia tetapi membantu mereka yang sangat memerlukan. Saya harap ramai yang boleh tolong dengan menyalurkan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

KENANGAN yang tidak mungkin dilupakan…Sarimah (kiri) bersyukur kerana hajatnya untuk solat di Masjid Al-Aqsa tercapai ketika berkunjung ke Palestin pada Mac 2023.

“Bagi saya kita sesama Islam adalah bersaudara dan diharap sama-sama membantu demi melawan kekejaman Israel. Tolonglah Palestin kerana kita sesama Islam adalah bersaudara,” ujar Sarimah penuh harapan.

Sementara itu, Farawahida Zulkifli selaku Sukarelawan Bantu Palestin dari Geng Usrah Setiawangsa (GUS) berharap usaha dan sumbangan mereka dapat merengankan beban dan penderitaan yang dilalui penduduk Palestin.

PENULIS, Syed Wafa (berdiri kanan sekali) mengabadikan kenangan dengan Seniwati Sarimah (duduk) ketika diinterbiu mengenai pengalaman seniwati berkenaan berkunjung dan bersolat di Masjid Al-Aqsa, di Palestin pada Mac 2023.
Berdiri dari kiri: Farawahida, Norhayati dan Yasmin.

“Apa yang terjadi di Palestin memang angkara kekejaman Israel dan pada waktu yang sama saya bersyukur ia terjadi selepas Mak dan Kak Yati balik dari menunaikan hasrat untuk bersujud di Masjid Al-Aqsa.

“Alhamdulillah Mak dan Kak Yati balik ke Malaysia Mac 2023 dan pada 7 Oktober 2023 tercetus genosid. Walaupun genocid hampir dua tahun tetapi Israel sebenarnya telah menzalimi rakyat Palestin sudah terlalu lama…76 tahun sejak 1948!

“Saya berharap sumbangan orangramai dapat membantu merengankan beban dan penderitaan rakyat Palestin,” kata Fara

SYED Wafa bersama Seniwati pujaannya, Sarimah.

Segala sumbangan anda berbentuk kewangan boleh disalurkan ke Akaun Khas Gaza Bank Islam, Rohana Mokhtar. REF: HELP GAZA.

Setiap salinan resit Derma Anda boleh dikirimkan ke nombor telefon berikut;

Fara@ 019 2334100
Ana@ 019 2223885
Ima@ 012 2297880

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here