JUNAIDAH Harris seniwati legenda berbakat besar.

Oleh: Syed Wafa
Foto: Koleksi Syed Wafa

HIDUP berumahtangga tidak semudah membilang 1, 2 dan 3. Sebabnya selain perasaan kasih dan sayang, kejujuran serta saling mempercayai amat penting demi membina sebuah rumahtangga yang aman dan bahagia.

Bukan itu sahaja, malah yang paling penting perasaan cemburu buta harus dibuang jauh-jauh bagi mengelak rumahtangga berantakan.

SENIMAN terkenal Daeng Harris merupakan ayah kepada seniwati Junaidah Harris.
A. RAHIM bersama isterinya, Junainah Harris, adik kepada Junaidah Harris.

Namun jika perasaan cemburu menguasai diri kebahagiaan yang diimpikan mungkin akan tinggal kenangan apabila perpisahan menjadi pilihan.

Begitulah kehidupan rumahtangga yang dilalui oleh Seniwati Junaidah Harris dengan P. Ramlee setelah melayari hidup sebagai suami isteri apabila mereka bernikah pada tahun 1950.

JUNE Hariss atau Junaidah Harris membintangi filem “Angin Berpesan.”
JUNAIDAH Harris bersama seniman Ahmad Shah dalam filem “Angin Berpesan”.

Perkahwinan antara P. Ramlee dengan Junaidah dikatakan terjalin ketika namanya masih baru dalam bidang lakonan. Semuanya gara-gara beliau yang baru menceburi bidang lakonan dan sering digandingkan dengan Seniman dan pelawak, D. Harris yang baru mengikat kontrak dengan Shaw Brothers pada 1947. D. Harris atau Daeng Harris merupakan ayah Junaidah yang dikatakan banyak memberi tunjukajar kepada beliau.

Walaupun Allahyarham Seniwati Junaidah Harris, merupakan isteri pertama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang dinikahi kerana terpikat dengan sifat kewanitaannya yang begitu menebal sehingga beliau melamarnya, namun sifat cemburu buta Junaidah dan kesibukan P. Ramlee di lokasi penggambaran menyebabkan rumahtangga yang dibina hancur berderai!

JUNAIDAH Harris bersama seniwati Nurainimuti dalam filem “Angin Berpesan”.
GAYA dan kejelitaan seorang seniwati Junaidah Harris berjaya memikat P. Ramlee melamar beliau sebagai isteri.

Perkahwinan P. Ramlee dengan Junaidah, ibu tunggal yang punya seorang anak berlangsug ketika nama P. Ramlee belum terkenal sebagai pelakon. Melalui perkahwinan ituu pasangan ini dianugerahkan seorang anak yang diberi nama Nasir. Nama tersebut diberi sempena watak P. Ramlee sebagai Nasir dalam filem “Bakti” dan merupakan kali pertama beliau menjadi hero! Bagaimanapun ianya terlerai setelah tiga tahun hidup sebagai suami isteri!

Khabarnya perceraian itu berpunca dari sifat cemburu yang menebal di jiwa Junaidah dan kesibukan P. Ramlee di lokasi penggambaran.

P. RAMLEE bersama isteri pertamanya, Junaidah Harris.
JUNAIDAH Haris turut membintangi filem “Permata Di Perlimpahan” (1953) arahan Haji Mahadi.
Selain Maria Menado dan Nordin Ahmad

Junaidah seorang bintang filem Melayu pada zaman hitam putih adalah anak sulung daripada dua beradik dengan yang bungsu bernama Junainah yang berkahwin dengan Seniman A. Rahim.

Adalah difahamkan perceraian itu berpunca dari sifat cemburu Junaidah apabila pada suatu hari waktu makan tengahari, P. Ramlee dari studio yang pulang ke rumah untuk makan tengahari dengan wajah riang sambil bersiulan.

JUNAIDAH Harris antara seniwati awal filem Melayu.
PASANGAN bahagia
P. Ramlee bersama isteri Junaidah Harris.

Siulan P. Ramlee itu menyebabkan beliau cemburu dan mengesyakki sesuatu apalagi bila melihat wajah P. Ramlee yang ceria ketika bersiulan telah menimbulkan rasa curiga di hati Junaidah sambil menyindir dengan mengatakan P. Ramlee ada perempuan lain.

Bukan itu sahaja, malah kesibukan P. Ramlee di lokasi telah menyebabkan Junaidah sanggup mengupah Kassim Masdor menjadi ‘spy’ untuk mengintip segala pergerakan P. Ramlee.

JUNAIDAH Harris sering menjadi ‘cover girl’ majalah terkenal ketika itu antaranya Majalah Mutiara.
TURUT berlakon dalam filem “Seniati”lakonan AR Tompel dan Normadiah serta ayah beliau, Daeng Harris.

Disebabkan sifat cemburunya tidak boleh dibendung, akhirnya P. Ramlee dan Junaidah bercerai. Bagi menzahirkan rasa kecewanya diatas perceraian itu, P. Ramlee telah mencipta sebuah lagu “Hujan Di Tengah Hari” yang diabadikan dalam filem “Perjodohan” dengan lirik oleh H.M Rohaizad.

Setelah bercerai dengan P. Ramlee pada 1953, Junaidah yang terkenal sebagai pelakon dalam filem-filem terbitan Malay Film Productions (MFP) pada tahun 1950, membawa diri dengan menyertai syarikat penerbitan Nusantara Films dan membintangi empat buah filem.

JUNAIDAH Harris dan P. Ramlee bersama anak-anak mereka menjadi cover Majalah Bintang keluaran 10 Jun 1953 sempena Hari Raya Aidilfitri.
FILEM “pachar Putih” PACHAR PUTIH (1953), dalam filem ini seniwati Normadiah & seniwati Junaidah menjadi pasangan kekasih. Filem terakhir keluaran Nusantara Film Company yang diarahkan oleh Pengarah dari Indonesia iaitu Nas Achnas.
Bintang utama filem ini adalah S.Kadarisman, Normadiah, Junaidah, Daeng Idris & A.Rahim. Ia merupakan filem ketiga Normadiah bersama Nusantara Films selain dari DIAN dan SENIATI. Dalam filem ini ,dikatakan Normadiah menyamar sebagai lelaki di dalam filem berlatar belakangkan sejarah. Ini juga filem ketiga arahan Nas Achnas yang dianggap bercirikan kemelayuan, terkeluar dari unsur unsur Hindustan.
Pachar bermaksud kekasih, mungkin filem ini berkisar tentang cinta terlarang?

Selepas itu, beliau yang pernah membintangi filem “Angin Berpesan,” “Aladdin,” “Dian,” “Permata Di Perlimbahan” dan “Rayuan Sukma” mendapat tawaran daripada United Malays Artistes dan berlakon dalam filem “Angin Berpesan” terbitan tahun 1954. Filem tersebut adalah lakonannya yang terakhir yang mana selepas itu, beliau membawa hati yang kecewa dengan mengikut ayahnya, D. Harris pulang ke Jakarta.

Kepulangan Junaidah ke Indonesia telah memberinya peluang berlakon dalam filem “Churiga” berpasangan dengan pelakon, pengarah dan penyanyi Abdillah Harris atau dikenali dengan nama A. Harris.

JUNAIDAH bersama suaminya, Abdillah Harris atau dikenali dengan nama A. Harris
TIADA kata yang dapat menzahirkan perasaan setelah 30 tahun, akhirnya…seorang anak, Nasir P. Ramlee apabila dapat berjumpa ibunya, Junaidah Harris di Jakarta.

Akhirnya pada tahun 1955, Junaidah mendirikan rumahtangga dengan A. Harris dan dikurniakan lima orang anak yang mana pada tahun 1984 usia mereka – Arfan, 27, Afwan, 22, Hilda, 21, Dahwira, 18 dan Dahwirna berumur enam setengah tahun.

Sementara P. Ramlee pula hidup membujang sehingga bertemu jodoh dengan Noorizan Mohd. Nor bekas Permaisuri Sultan Perak pada tahun 1955.

NASIR P. Ramlee bersama ibunya, Junaidah Harris dan saudara-mara di Jakarta.

Pada tahun 1992, Junaidah datang ke Kuala Lumpur dan dibawa melawat sebatang jalan yang diberi nama Jalan P. Ramlee sebelum ini dikenali sebagai Parry Road.

Siapa sangka setelah berpisah selama 30 tahun, pada 21 Januari 1984, Nasir P. Ramlee dapat berjumpa ibunya, Junaidah D. Harris yang datang ke Kuala Lumpur sempena tahun baru 1984.

NASIR P. Ramlee bersama ibunya, Junaidah Harris ketika menziarah ibunya di Jakarta.

Pada kunjungan itu, Junaidah menziarahi pusara Allahyarham P. Ramlee, di Tanah Perkuburan Ampang.

Junaidah Harris telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun pada 1 April 1998.

PADA tahun 1992, Junaidah Harris yang datang ke Kuala Lumpur dibawa melawat sebatang jalan yang dulunya dikenali Parry Road yang diberi nama Jalan P. Ramlee

Kami di Ladybosz sentiasa mendoakan semoga roh Allahyarham Junaidah Harris, Allahyarham P. Ramlee sentiasa dicucuri rahmat…Amin.

SYED Wafa (Penulis) berdiri paling kiri bersama keluarga terdekat ziarah pusara P. Ramlee…Al-Fatihah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here