Cerita ini mengisahkan Awin lakonan Shafie Naswip, seorang khunsa yang sensitif dan introvert, yang sejak kecil hidup dalam penderitaan. Dia melarikan diri dari asrama anak yatim akibat didera dan dibuli yang meninggalkan luka batin mendalam.

Oleh: Syed Wafa

“Hello Bam Bam” bukan sekadar drama, tetapi sebuah inisiatif seni untuk membuka mata
masyarakat terhadap isu kesihatan mental, trauma kanak-kanak, dan kehidupan insan
terpinggir.

Drama ini adalah satu inisiatif dari penerbit Amy Mazurah dengan kerjasama MFI Group
dalam menyediakan sebuah konten drama inspirasi yang penuh dengan mesej positif bagi tontonan masyarakat, terutamanya remaja yang berdepan dengan tekanan hidup, buli,
bunuh diri, identiti krisis dan kezaliman sosial.

Sebagai projek CSR, Hello Bam Bam menekankan mesej bahawa… “ Hidup Itu Struggle.. Tapi Kami Tak Give Up!”.

Penonton juga berpeluang memilih pengakhiran cerita ini, sama ada inginkan “Gembira”
atau “Sedih”, (Interactive Ending)

Hidupnya diselamatkan oleh Deddy
lakonan hebat Diva AA, seorang pendandan rambut flamboyan yang memberinya sinar harapan untuk
bermula semula hidup baru.

Drama ini juga memberi ruang kepada pempengaruh, artis tempatan, penaja dan rakan strategik untuk bersama-sama menyuarakan isu kesedaran mental melalui medium digital
iaitu Tik Tok yang dekat dengan masyarakat hari ini.

Projek ini disokong oleh Tourism Johor dan beberapa penaja seperti Win Win Food Industries (JB), Presgo Gateways (JB), Tiger Base Camp (Johor) , Berjaya Waterfront Hotel (JB). Majalah Santai Travel dan Restoran
KOPIHUT.

Selain itu, drama ini juga mengangkat seniman “legend” 90’an iaiti Ady Wow dalam
menyumbangkan sebuah lagu baru bertajuk “LUAHAN” sebagai OST Drama Hello Bam Bam.

“HELLO BAM BAM” – Sebuah Drama TikTok Tentang Harapan, Trauma, dan “Kasih Sayang Yang Tidak Pernah Mati”.

Takdir kemudian menemukan Awin dengan Jojo (Hello Angah), seorang tomboy lantang
yang menyembunyikan kesedihan di balik gelak tawa. Jojo, yang pernah hampir
menamatkan riwayat hidupnya sendiri kerana putus harapan, diselamatkan oleh Kak Sha
lakonan Sharina Richie dan Awin. Sejak itu, Jojo dan Awin menjadi sahabat dan membantu satu sama lain.
Namun hidup mereka sekali lagi diuji apabila bertemu Bam Bam (Bang Aji), seorang
kanak-kanak terbiar yang hampir menjadi mangsa sindiket minta sedekah oleh ayahnya
sendiri lakonan Sofi Jikan.

Sebuah drama TikTok yang sarat emosi, mengangkat kisah tentang tiga jiwa yang terpinggir, bertarung dengan trauma silam, depresi, serta kekejaman masyarakat, namun memilih untuk melawan dengan kasih sayang.

Cerita ini mengisahkan Awin lakonan Shafie Naswip, seorang khunsa yang sensitif dan introvert, yang sejak kecil hidup dalam penderitaan. Dia melarikan diri dari asrama anak yatim akibat didera dan dibuli yang meninggalkan luka batin mendalam.

Hidupnya diselamatkan oleh Deddy lakonan hebat Diva AA, seorang pendandan rambut flamboyan yang memberinya sinar harapan untuk bermula semula hidup baru.

Di samping itu, mereka turut berdepan dengan kezaliman Cik
Wawa lakonan mantal Maria Farida, tuan rumah kaya yang tamak dan tidak berperikemanusiaan.

Takdir kemudian menemukan Awin dengan Jojo (Hello Angah), seorang tomboy lantang
yang menyembunyikan kesedihan di balik gelak tawa. Jojo, yang pernah hampir
menamatkan riwayat hidupnya sendiri kerana putus harapan, diselamatkan oleh Kak Sha
lakonan Sharina Richie dan Awin. Sejak itu, Jojo dan Awin menjadi sahabat dan membantu satu sama lain.

Namun hidup mereka sekali lagi diuji apabila bertemu Bam Bam (Bang Aji), seorang
kanak-kanak terbiar yang hampir menjadi mangsa sindiket minta sedekah oleh ayahnya
sendiri lakonan Sofi Jikan.

Dalam keadaan serba kekurangan, Awin dan Jojo memilih untuk menjadi “ibu” dan “ayah” kepada Bam Bam, satu keputusan yang mengubah seluruh perjalanan hidup mereka.

Selain itu, drama ini juga mengangkat seniman “legend” 90’an iaiti Ady Wow dalam
menyumbangkan sebuah lagu baru bertajuk “LUAHAN” sebagai OST Drama Hello Bam Bam.

Menghadapi hidup miskin bandar kais pagi makan pagi, mereka berusaha keras memberi
kehidupan lebih baik buat Bam Bam. Awin bekerja sebagai tukang masak sementara Jojo
mencari rezeki sebagai mekanik motor. Namun, trauma silam, tekanan hidup, serta
ancaman dari orang sekeliling terus menghantui.

Black lakonan Kodi Rasheed, majikan lama Jojo yang menyimpan dendam kerana cintanya ditolak, menjadi musuh utama yang cuba memusnahkan kebahagiaan mereka.

Dari sabotaj, fitnah hingga ugutan untuk melaporkan Bam Bam sebagai “anak culik,” hidup Awin dan Jojo menjadi semakin terhimpit.

Di samping itu, mereka turut berdepan dengan kezaliman Cik Wawa lakonan mantal Maria Farida, tuan rumah kaya yang tamak dan tidak berperikemanusiaan.

Drama ini adalah satu inisiatif dari penerbit Amy Mazurah dengan kerjasama MFI Group
dalam menyediakan sebuah konten drama inspirasi yang penuh dengan mesej positif bagi tontonan masyarakat, terutamanya remaja yang berdepan dengan tekanan hidup, buli,
bunuh diri, identiti krisis dan kezaliman sosial.

Namun dalam kesempitan, mereka tidak menyerah. Awin mula berniaga makanan melalui
TikTok Live, manakala Jojo mendapat pekerjaan baharu di bengkel milik Kak Sha.

Sokongan rakan-rakan serta kekuatan kasih sayang terhadap Bam Bam menjadikan mereka berani bangkit, meskipun setiap langkah diselubungi ancaman.

Hello Bam Bam bukan sekadar drama hiburan, tetapi sebuah karya yang menyentuh realiti depresi, trauma, kemiskinan, dan ketabahan insan terpinggir. Ia mengingatkan kita bahawa kasih sayang, meskipun hadir daripada insan yang tidak sempurna tetapi mampu
menyelamatkan jiwa dan memberi harapan baru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here