Oleh: Nafsiah Jani

MINYAK zaitun sering dianggap sebagai minyak yang cukup berharga dalam dunia pemakanan sihat kerana harganya yang mahal dan kesannya yang cukup menakjubkan. Jadi tidak hairanlah, jika minyak zaitun ini telah digunakan sejak berabad-abad lamanya dalam bidang perubatan dan kecantikan.

Ia bukan sekadar bahan dapur, malah telah menjadi simbol gaya hidup sihat, terutama dalam diet Mediterranean yang terkenal di seluruh dunia. Minyak zaitun juga mengandungi bahan aktif baik semulajadi

Namun begitu, tidak semua minyak zaitun dicipta sama.Pemilihan jenis minyak zaitun yang tepat, asli serta berkualiti tinggi adalah kunci untuk mendapatkan manfaat kesihatan sebenar seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran serta disokong penuh oleh kajian saintifik.

Kajian menunjukkan bahawa minyak zaitun ekstra virgin yang berkualiti tinggi, khususnya yang diperoleh daripada tuaian awal (early harvest), mempunyai pelbagai manfaat kesihatan kerana kandungan antioksidan dan nutrisinya.

Pengambilan minyak zaitun ekstra virgin secara konsisten dan berterusan, disertai dengan diet yang seimbang serta gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan risiko pengulangan kepada penyakit kardiovaskular. Malah ia juga membantu meningkatkan paras HDL (high-density lipoprotein) yang baik untuk kesihatan serta dapat membantu mengawal paras LDL (low density lipoprotein) dan juga trigliserida.

Manfaat minyak zaitun ekstra virgin sangat luas, bukan hanya menangani masalah sindrom metabolik tetapi ia juga baik untuk kesihatan. Namun, untuk memperoleh manfaat kesihatan secara maksimum, sebagai pengguna perlu memastikan minyak zaitun yang diambil benar-benar tulen dan berkualiti tinggi.

Sebagai pengguna pilihlah minyak zaitun yang betul-betul tulen dan bukannya yang tidak bermutu. Antara minyak zaitun yang bagus untuk kesihatan antaranya Zouitina Prestige yang merupakan minyak zaitun perahan dara / extra virgin olive oil (EVOO) dari variasi tuaian muda / early harvest yang dipasarkan Olive Jardin Sdn Bhd.

Biasakan mengambil minyak zaitun 2 sudu makan setiap hari sebelum tidur . Setelah minum minyak zaitun biarkan seketika hingga minyak itu larut di dalam badan dan jangan sesekali minum air selepas mengambilnya. Jika dilakukan secara konsisten dengan penjagaan makan dan gaya hidup sihat, pasti tubuh anda akan sihat dan kulit juga akan kelihatan cantik bersih dan gebu.

Dibawah ini dipaparkan beberapa kebaikan dan manfaat minyak zaitun pada kesihatan dan kecantikan seseorang.

1. Minum minyak zaitun sebelum tidur juga dapat menurunkan tekanan darah agar kembali normal. Seperti diketahui tekanan darah yang terlalu tinggi jika dibiarkan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan seperti aterosklerosis, masalah buah pinggang, masalah penglihatan, jantung dan lain-lain lagi.

2. Ia juga membantu membersihkan muka selepas bermekap walaupun seseorang itu menggunakan mekap yang waterproof. Sapu minyak zaitun ke serata wajah dan biarkan seketika, Kemudian ambil tuala muka yang direndam air panas dan lapkan muka dengan perlahan. Setelah itu basuh semula muka dengan pembersih muka. Anda pasti teruja dengan hasilnya.

3. Kandungan antioksidan, vitamin E, dan lemak sehat dalam minyak zaitun membantu seseorang untuk menjaga kesihatan kulit dan rambut. Selain membantu menjaga kelembapan kulit, minyak zaitun juga dapat melindungi seseorang dari radikal bebas, meningkatkan produksi kolagen dan membantu mengurangi tanda-tanda penuaan

4. Kandungan lemak dalam minyak zaitun juga dapat membantu mengawal kadar kolesterol dalam darah. Kolesterol yang berlebihan amat berbahaya. Secara tidak langsung ia juga membantu untuk menghindari seseorang daripada terkena strok, jantung koroner dan serangan jantung.

5.Minyak zaitun juga boleh dijadikan masker dengan campurkannya bersama madu, yogurt dan lemon. Selain melembapkan kulit wajah ia juga membantu mencerahkan wajah.

6. Minyak zaitun juga membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh ke otak serta memperkuatkan pembuluh darah. Secara langsung ia membantu seseorang dari terkena serangan strok.

7. Minyak zaitun juga dapat membantu proses penyembuhan luka, Kandungan antioksidan, antibakteri, antiradang dan antivirus yang dimilikinya menyebabkan ia mudah mempercepatkan proses penyembuhan kulit.

8. Tumpukan lemak di pembuluh darah juga menyebabkan tersumbatnya aliran darah menuju jantung sehingga menyebabkan timbulnya penyakit jantung koroner. Namun jika anda konsisten minum minyak zaitun sebelum tidur, ia membantu aliran darah menuju jantung kembali lancar. Minyak zaitun juga dapat mempertebal pembuluh darah sehingga dapat bekerja lebih kuat untuk mengalirkan darah ke seluruh tubuh manusia.

9. Minyak zaitun baik untuk perkembangan sel otak. Seelok-eloknya amalkan pengambilannya sejak muda kerana ia membantu anda agar tidak menjadi pelupa di hari tua kerana kandungan omega-3 dan omega-6 yang terdapat di dalamnya.

10. Sebaik-baiknya amalkan minum minyak zaitun sebelum tidur. Selain melancarkan sistem pencernaan ia juga dapat mengelakkan daripada terkena penyakit kanser usus besar yang tergolong sebagai penyakit berbahaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here