Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memukau peserta yang hadir termasuk dari luar negara di forum "Global Islamic Business Leaders Dialogue 2025"

Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan MindHeart Mastery

Amat membanggakan Malaysia, tokoh negarawan ulung yang amat kita cintai Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memukau peserta yang hadir termasuk dari luar negara di forum “Global Islamic Business Leaders Dialogue 2025” yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Istimewanya forum ini merupakan sebuah wacana bersejarah yang menghimpunkan pemimpin dan tokoh perniagaan Islam dari pelbagai negara dalam berdailog serta mendengar pendangan hebat tokoh negarawan ulung terkemuka dunia iaitu Tun M.

Membariskan usahawan Islam terkemuka dari luar negara iaitu Mamadou Ndiaye yang merupakan CEO Wasabih dan Abd Elmohaimen CEO Elmangos.

Membariskan usahawan Islam terkemuka dari luar negara iaitu Mamadou Ndiaye yang merupakan CEO Wasabih dan Abd Elmohaimen CEO Elmangos. Majlis bersejarah ini dikemudi oleh Muniraa Abu Bakar yang juga Pengarah Organisasi Mindheart Mastery Sdn Bhd serta penulis buku “100 Pesan Tun” yang begitu mendapat sambutan.

Majlis ini bukan sekadar dialog, tetapi turut menyaksikan sesi Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam menerbitkan buku “100 Pesan Tun” ke peringkat antarabangsa semoga 100 Pesan Tun ini terus hidup dalam usaha membina keluarga, bangsa, dan ummah.

Majlis bersejarah ini dikemudi oleh Muniraa Abu Bakar yang juga Pengarah Organisasi Mindheart Mastery Sdn Bhd serta penulis buku “100 Pesan Tun” yang begitu mendapat sambutan.

Tun M telah mengangkat nilai kepimpinan beretika, jaringan perniagaan Islam dan warisan pemikiran beliau ke pentas dunia merupakan intipati forum tersebut.

Buku “100 Pesan Tun” terus melangkah, membawa mesej kepimpinan, agama, dan keluarga ke persada antarabangsa.

Amat membanggakan Malaysia, tokoh negarawan ulung yang amat kita cintai Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memukau peserta yang hadir termasuk dari luar negara di forum “Global Islamic Business Leaders Dialogue 2025” yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dari kepemimpinan ke perniagaan, dari pesanan ilmu ke tindakan nyata dan inilah kesinambungan legasi Tun M.

Hampir semua peserta forum yang hadir pada majlis tersebut terutama peserta dari luar negara begitu kagum dengan pandangan serta peranan Tun M dalam menjadikan Malaysia dari sebuah negara yang mundur sehingga menjadi sebuah negara yang begitu maju dan dikenali di mata dunia.

Majlis ini bukan sekadar dialog, tetapi turut menyaksikan sesi Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) dalam menerbitkan buku “100 Pesan Tun” ke peringkat antarabangsa semoga 100 Pesan Tun ini terus hidup dalam usaha membina keluarga, bangsa, dan ummah.
Buku “100 Pesan Tun” terus melangkah, membawa mesej kepimpinan, agama, dan keluarga ke persada antarabangsa.
Dari kepemimpinan ke perniagaan, dari pesanan ilmu ke tindakan nyata dan inilah kesinambungan legasi Tun M.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here