Pertandingan berprestij ini disertai oleh 12 peserta dari seluruh Malaysia yang mempunyai aura tersendiri.

Oleh : Syed Wafa

Sungguh gilang- gemilang “The Grand Finale Night of Mrs of Malaysia 2025” yang telah berlangsung 19 Julai yang lalu begitu sengit. Pertandingan berprestij ini disertai oleh 12 peserta dari seluruh Malaysia yang mempunyai aura tersendiri.

Pihak juri telah bertungkus-lumus memilih 5 pemenang serta memilih “Gelaran Utama Mrs Of Malaysia 2025”. Di bawah ini lima pemenang anugerah utama “Mrs Of Malaysia 2025”.

Pihak juri telah bertungkus-lumus
memilih 5 pemenang serta memilih “Gelaran Utama Mrs Of Malaysia 2025”.

Dato’ Dr Emma Ibrahim dari Sarawak telah dinobatkan sebagai Pemenang Utama, Anna Melissa memenangi Mrs National Universe Malaysia 2025, Yusnidar memenangi Mrs Global Malaysia 2025, Pressena memenangi Mrs National Globe Malaysia 2025 dan Jasvindar memenangi Mrs Tourism Malaysia 2025.

Menurut Cik Ayu Omar, Pengarah Mrs Of Malaysia 2025, pertandingan ini bertujuan meraikan pelbagai peranan wanita yang sudah mendirikan rumah tangga atau bergelar ibu tunggal di Malaysia yang berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya mereka.

Lima senarai pemenang utama Mrs Of Malaysia 2025,Dato’ Dr Emma Ibrahim dari Sarawak telah dinobatkan sebagai Pemenang Utama, Anna Melissa memenangi Mrs National Universe Malaysia 2025,
Yusnidar memenangi Mrs Global Malaysia 2025,
Pressena memenangi Mrs National Globe Malaysia 2025 dan Jasvindar memenangi Mrs Tourism Malaysia 2025.

“Kemenangan Dato’ Dr Emma Ibrahim, yang disifatkan sebagai usahawan anggun dari Sarawak kerana mempunyai kedua-dua ciri utama dalam pertandingan ini iaitu “kecantikan dan bijak” yang diperlukan untuk bergelar seorang wanita yang berjaya,” kata Ayu lagi.

Bagi Dato’ Dr Emma Ibrahim yang telah dinobatkan sebagai Pemenang Utama Mrs Of Malaysia 2025, beliau agak terkejut di atas kemenangan ini kerana sebelum pertandingan telah mengalami kemalangan jalan raya yang agak serius.

“Kemenangan Dato’ Dr Emma Ibrahim (Beediri dua dari kanan), yang disifatkan sebagai usahawan anggun dari Sarawak kerana mempunyai kedua-dua ciri utama dalam pertandingan ini iaitu “kecantikan dan bijak” yang diperlukan untuk bergelar seorang wanita yang berjaya,” kata Ayu.

“Tangan saya mengalami kecederaan dan beberapa jari saya patah, saya gagahkan diri untuk meneruskan pertandingan ini demi membuktikan kepada semua wanita, kita akan berjaya jika kekuatan itu datang dari diri kita sendiri,” ujar Dr. Emma bersungguh-sungguh.

Menurut Cik Ayu Omar, Pengasas serta Pengarah Mrs Of Malaysia 2025,
pertandingan ini bertujuan meraikan pelbagai peranan wanita yang sudah mendirikan rumah tangga atau bergelar ibu tunggal di Malaysia yang berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya mereka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here