Oleh : Asmat

Detox didengari seakan sesuatu yang ringan, mudah dan tidak membahayakan. Walhal, detox itu penting untuk sistem penghadaman kita. Jika sebelum ini kita banyak membincangkan tentang toksin dalam badan, disebabkan itulah kita perlu detox..!

Kali ini kita nak beri sedikit pengetahuan kepada semua berkenaan detox dengan cara natural tanpa perlu bergantung kepada produk tertentu. Ia kembali semula kepada tradisi nenek moyang kita dahulu di waktu itu tiada pengasas produk atau produk-produk yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan seperti hari ini.

Detox orang lama

Orang dulu-dulu (nenek moyang kita) tidak ada akses kepada produk moden seperti ‘detox tea’ atau suplemen, tapi mereka tetap mengamalkan cara hidup dan makanan yang secara semula jadi membantu proses detox (menyah toksin) dari badan. Cara-cara ini masih relevan hari ini dan lebih semula jadi. Berikut antara cara mereka detox:

1. Minuman Herba Tradisional

Orang dulu guna tumbuhan semula jadi untuk buat minuman yang bantu cuci darah dan organ dalaman:

  • Air rebusan daun sirih – untuk bersihkan dalaman wanita, antibakteria.
  • Air rebusan serai, halia & lengkuas – bertujuan untuk bantu penghadaman, buang angin, panaskan badan.
  • Air pegaga – boleh berfungsi untuk sejukkan badan, cuci darah, bagus untuk kulit.
  • Teh misai kucing – untuk buah pinggang dan melawaskan kencing.
  • Air kunyit + asam jawa – untuk hati dan rahim wanita, cuci darah.

2. Amalan Berbekam

  • Kaedah bekam (cupping) digunakan untuk keluarkan darah kotor. Ia dipercayai membantu melancarkan peredaran darah dan singkirkan toksin dari bawah kulit. Secara tidak langsung badan jadi lebih ringan dan segar.

3. Puasa Sunat

  • Orang Islam amalkan puasa Isnin & Khamis — ini sebenarnya beri rehat kepada sistem pencernaan. Bila sistem penghadaman berehat, badan tumpu pada proses ‘autophagy’ – iaitu pembaikan & pembersihan sel-sel mati.

4. Mandi Herba atau Mandi Bunga

  • Bukan sahaja bertujuan untuk ‘buang aura negatif’ tapi juga bantu dari segi fizikal. Kadang ia boleh menyebabkan peluh keluar, pori terbuka, dan bantu buang toksin. Contoh daun digunakan adalah daun limau purut, pandan, serai wangi, daun kunyit.

5. Makanan Semula Jadi Berserat Tinggi

  • Orang dulu makan banyak ulam-ulaman & sayur kampung seperti Ulam raja, petai, jering, pucuk paku, pegaga
  • Serat bantu buang toksin melalui najis.
  • Kurang makanan proses — tiada jajan, fast food, atau makanan tinggi gula.

6. Banyak Bergerak atau Berpeluh

  • Banyak aktiviti fizikal — kerja kebun, jalan kaki, angkat barang, semua ini galakkan peluh keluar. Apabila peluh keluar, ia salah satu cara tubuh buang toksin. Mandi selepas berpeluh juga penting untuk elak toksin yang keluar dari terserap semula.

7. Air Masak yang Cukup

  • Minum air kosong secukupnya untuk bantu buah pinggang tapis toksin. Air itu direndam dengan herba atau limau untuk tambah kesan.
Image by Freepik

Bahan bagus untuk detox

Jika merasakan amalan tradisi di atas berat untuk dilakukan, berikut kami kongsikan juga apa bahan dan amalan yang baik untuk detox secara semulajadi. Mulakan hari ini!

1. Minum air suam + lemon setiap pagi.
2. Tambah serat dalam diet: oat, sayur hijau, biji chia.
3. Elak makanan proses.
4. Tidur cukup & kurangkan stres – kerana badan detox semasa tidur.
5. Peluh secara aktif: senaman ringan, sauna, berjemur.

Wanita wajib jaga badan. Jangan biarkan bertoksin!

Sebagai seorang wanita, penting untuk kita menjaga kesihatan diri. Jangan biarkan badan penuh dengan toksin kerana ia boleh menganggu urusan seharian.

Berikut dikongsikan beberapa kesan kepada wanita jika ‘simpan’ toksin dalam badan banyak dan lama sangat.

Gangguan Emosi dan Mood Swing
•Mudah marah, sensitif, atau menangis tanpa sebab.
•Perasaan tertekan walaupun tiada masalah besar.
•Hilang semangat, rasa rendah diri, tiada motivasi.

Puncanya, toksin ganggu keseimbangan hormon (estrogen, progesteron, serotonin), yang penting untuk kestabilan emosi wanita.

Masalah Haid & Kesuburan
•Senggugut melampau, haid berketul, kitaran tidak tetap.
•Fibroid, cyst, PCOS.
•Sukar hamil atau keguguran berulang.

Hati adalah organ yang menapis segala hormon wanita. Bila hati ‘penuh’ toksin, hormon tidak dapat dikitar dengan betul hingga menyebabkan gangguan kitaran haid dan kesuburan.

Lesu & Hilang Tenaga
•Bangun pagi letih, tak bermaya sepanjang hari.
•Lemah tenaga batin.
•Malas, mudah mengantuk, atau terlalu bergantung kepada kafein.

Harus diingat, bila badan sibuk proses toksin, tenaga kita disedut oleh sistem dalaman. Badan tak dapat fokus kepada aktiviti luar.

Masalah Kulit yang Jejas Keyakinan Diri
•Jerawat di dagu atau hormon, pigmentasi, kulit kusam.
•Bau badan atau nafas busuk walaupun jaga kebersihan.

Ini boleh menyebabkan wanita rasa malu, tak yakin untuk bergaul, dan jadi pendiam. Ia boleh jejaskan kerja, perkahwinan, dan pergaulan sosial.

Brain Fog. Maksudnya mula lupa, dan tak fokus.
•Susah buat keputusan. Lupa barang, janji, atau apa yang nak dikatakan malah boleh hilang produktiviti dan rasa diri tak berguna.

Harus diakui ramai wanita rasa mereka bodoh atau gagal, sedangkan ia cuma simptom otak diselaputi toksin dan kurang nutrien.

Tidur Tak Lena / Insomnia
•Susah tidur malam, bangun lewat atau rasa tak puas tidur. Bangun tengah malam antara 1–3 pagi (waktu detox hati).

Bila tak cukup tidur, mood dan hormon makin huru-hara. Ini boleh jadi kitaran yang merosakkan kehidupan wanita secara diam-diam.

Berat Badan Naik dan Susah Turun
•Lemak perut degil, gemuk air, atau bengkak muka. Makan sikit pun berat naik.

Toksin disimpan dalam lemak menyebabkan badan enggan buang lemak kerana ia simpanan toksin. Maka wanita jadi kecewa walau dah diet atau bersenam.

Kesimpulan

Ingatlah, toksin yang tidak dibuang akan menjadi racun diam yang sabotaj kesihatan, emosi dan harga diri wanita. Ya, ia boleh menghuru-harakan kehidupan seorang wanita tanpa dia sedar puncanya dari dalam bukan sebab luaran, bukan sebab dia malas, tak bersyukur, atau lemah semangat. Kadang-kadang, badan yang kotor hasilkan emosi yang kelam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here