Barisan artis ‘bersuara emas’ yang akan menjayakan persembahan penuh nostalgia adalah Zalifah Ibrahim, Junainah M. Amin, Roslan Madun, J. Sham, Datuk Jefrydin, A. Rahman Onn, S. Mariam, Musly Ramlee, Dato’ Siti Fairus, Seri Sarimah, Helen Velu, Hairee Kool, Mariam Ahmad, Zaiton Sameon, A. Razak, Chef Zainal, Mat Over, A.R. Badul dan Abon sebagai Pengacara. Mereka akan diiringi oleh Kombo Briged Seni Melaka dan Band Warisan Legenda (The Sound of Sixties) di bawah pimpinan Abass Abu Bakar.

Oleh: Syed Wafa

Inilah saat yang ditunggukan oleh peminat biduan dan bidunita legenda tanah air, World Youth Foundation (WYF) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) akan menganjurkan program amal iaitu “Konsert Gema Suara Emas” pada 29 Ogos akan datang di Dewan World Youth Foundation, Ayer Keroh, Melaka, bersempena dengan sambutan Hari Ulangtahun ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

“Konsert Gema Suara Emas” pada 29 Ogos akan datang di Dewan World Youth Foundation, Ayer Keroh, Melaka,
bersempena dengan sambutan Hari Ulangtahun ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Menurut Sandakiah Azez, Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Selain daripada meraikan hari ulangtahun TYT Tun, ia membuka peluang kepada artis-artis veteran membuat persembahan dan menjana pendapatan, yang mana antaranya masih mampu dan bertenaga atas pentas, tetapi telah lama tidak menerima tawaran berkarya kerana terpaksa bersaing dengan artis-artis muda yang punyai lebih ramai ‘followers’.

Gaya tersendiri Datuk Jeffrydin sebagai seorang penyanyi yang diminati ramai peminat sehingga sekarang.
Penyanyi legenda J. Sham turut menjayakan konsert hebat ini.

Barisan artis ‘bersuara emas’ yang akan menjayakan persembahan penuh nostalgia adalah Zalifah Ibrahim, Junainah M. Amin, Roslan Madun, J. Sham, Datuk Jefrydin, A. Rahman Onn, S. Mariam, Musly Ramlee, Dato’ Siti Fairus, Seri Sarimah, Helen Velu, Hairee Kool, Mariam Ahmad, Zaiton Sameon, A. Razak, Chef Zainal, Mat Over, A.R. Badul dan Abon sebagai Pengacara. Mereka akan diiringi oleh Kombo Briged Seni Melaka dan Band Warisan Legenda (The Sound of Sixties) di bawah pimpinan Abass Abu Bakar.

PKAVM juga berhasrat untuk membawa konsep persembahan yang sama menjelajah ke seluruh Malaysia dan menyambut baik mana-mana pihak yang ingin bekerjasama. Berhibur sambil beramal.

Zalifah Ibrahim mula menyanyi sejak remaja kerana minatnya dalam bidang seni suara bakal memeriahkan lagi konsert ini.
Lagu hit “Menaruh Harapan” nyanyian Zaiton Sameon dinobatkan sebagai Juara pada Anugerah Juara Lagu 1987 bakal berkumandang malam konsert tersebut.

Kepada peminat-peminat yang rindu dengan lagu-lagu era 60’an, 70’an dan 80’an, jangan lepaskan peluang untuk saksikan penyanyi asal lagu-lagu hit nyanyian legenda ini di hadapan mata anda. Tempahan tiket berharga RM200.00 (Platinum), RM150.00(Gold) dan RM100.00 (Silver) boleh didapati di: https://orderlina.com/gemasuaraemas atau hubungi talian +6011 1752 4881 / +6019 593 3352 / +6013 351 0433 untukmaklumat lanjut.
# # #
Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia

Menurut Sandakiah Azez (Duduk paling kanan), Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM),
Selain daripada meraikan hari ulangtahun TYT Tun, ia membuka peluang kepada artis-artis veteran membuat persembahan dan menjana pendapatan, yang mana antaranya masih mampu dan bertenaga atas pentas, tetapi telah lama tidak menerima tawaran berkarya kerana terpaksa bersaing dengan artis-artis muda yang punyai lebih
ramai ‘followers’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here