Sogellizer, CC BY-SA 4.0 , via Wikimedia Commons

Oleh : Nafsiah Jani

Bila balik kampung, pasti terlihat di tepi-tepi jalan pokok senduduk yang bunganya berwarna biru keunguan dan kelihatan begitu cantik sekali. Namun tahukah anda pokok itu sebenarnya mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan manusia tak kira peringkat umur.

Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi selepas bersalin, selalunya selama tiga hari selepas melahirkan.

Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara kerana ia berupaya menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya:-

1. Bagi wanita yang baru lepas bersalin, keringkan akar senduduk kemudian rebus dan minum airnya sepanjang dalam pantang. Hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim

AditiB08, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons

2. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Tumbuk daunnya bersama air dan tapis. Tapisannya bila diminum dapat menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.

3. Air rebusan campuran daun dan pucuk senduduk yang dicampur dengan kulit manggis yang telah dibakar menjadi arang, mampu merawat masalah cirit-birit.

4. Pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan. Caranya dengan merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia. Air rebusan tadi bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari virgina.

5. Daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut kudis.

6. Untuk mengatasi masalah buasir, rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Jika terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Tahukah anda, daun senduduk boleh juga digunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat, sakit gigi dan tulang. Air rebusan dari akar, batang dan daun sesuai dibuat mandian. Badan akan terasa lebih segar, lenguh sendi tulang dan angin akan segera hilang.

9. Manakala gigi yang sakit, gunakan air rebusan untuk berkumur-kumur, InsyaAllah sakit gigi akan mereda.

10. Melegakan luka. Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here