Image by Freepik

Oleh: Nafsiah Jani

Buah pinggang merupakan salah satu organ penting di dalam tubuh setiap manusia dan jangan sekali-kali mengabaikannya. Ia berfungsi untuk menyingkir sisa buangan dan mengawal jumlah cecair dan menghantarnya keluar melalui pundi kencing. Tanpanya pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku apabila buah pinggang tidak lagi berupaya menapis darah dan menyebabkan bahan kotoran berkumpul di dalam badan. Keadaan kesihatan sebegini kerana kegagalan buah pinggang untuk berfungsi kerana penyakit buah pinggang adalah pembunuh senyap.

Buah pinggang akan memproses setiap makanan dan minuman yang diambil oleh individu. Itu termasuklah makanan yang tinggi lemak, garam dan gula. Untuk tempoh jangka masa panjang, pemakanan yang tidak sihat ini pastinya akan menyebabkan tekanan darah tinggi, obesiti dan diabetes.

Penjagaan buah pinggang melibatkan gaya hidup sihat seperti mengamalkan diet seimbang, bersenam, mengekalkan berat badan ideal, dan tidak merokok. Ia juga termasuk minum air secukupnya, mengehadkan pengambilan garam, gula, dan lemak, serta menguruskan diabetes dan tekanan darah tinggi.

Di Malaysia, penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) kini sangat membimbangkan. Lebih 9,000 pesakit dikenal pasti perlu menjalani rawatan dialisis setiap setahun. Jumlah individu yang berdepan masalah kegagalan buah pinggang dilaporkan meningkat sekitar 10,000 orang atau 30 peratus setiap tahun, sekali gus menyebabkan lebih ramai pesakit perlu mendapatkan rawatan dialisis.

Jadi untuk menjaga buah pinggang, perbanyakkan makan sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh serta kurangkan pengambilan makanan.

Buah pinggang rosak selalunya disebabkan pemakanan, gaya hidup, diabetes dan tekanan darah tinggi. Pengambilan diet yang seimbang dan bersenam secara kerap dapat membantu mengatasi masalah ini. Antara makanan yang terbaik adalah seperti berikut:

Image by Freepik

1. Kobis kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksidan yang boleh membantu menguruskan gula dalam darah dan mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang. Kajian di tahun 2021 mendapati bahawa kubis putih, hijau dan merah boleh membantu menguruskan gula dalam darah, mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang dan hati, tekanan oksidatif dan obesiti. Secawan kubis bulat yang dicincang mengandungi natrium, kalium, fosforus dan protein.

2. Ikan kaya dengan protein dan asid lemak tak tepu, yang berfungsi sebagai perisai pelindung untuk buah pinggang dan melindunginya daripada sebarang kerosakan.

3. Putih telur adalah sumber protein berkualiti tinggi dan mesra buah pinggang yang rendah fosforus. Putih telur adalah pilihan yang lebih baik daripada kuning telur bagi mereka yang menjalani diet buah pinggang. Hal ini kerana kuning telur tinggi dengan fosforus, natrium, kalium, dan protein.

4. Bawang putih adalah alternatif yang lazat kepada garam, menambah rasa pada hidangan sambil memberikan manfaat pemakanan. Ia merupakan sumber mineral penting dan vitamin B6 yang baik. Ia juga mengandungi sebatian sulfur dengan sifat anti-radang termasuk natrium, kalium, fosforus dan protein.

5. Mengurangkan garam dalam masakan adalah satu tindakan yang agak mencabar. Tetapi bawang adalah salah satu cara untuk menyediakan rasa bebas natrium kepada hidangan diet buah pinggang. Menumis bawang dengan bawang putih, minyak zaitun dan herba boleh menambah rasa pada hidangan tanpa menjejaskan kesihatan buah pinggang anda. Bawang mengandungi vitamin C, mineral, dan vitamin B, termasuk folat. Ia juga mengandungi gentian prebiotik yang membantu sistem pencernaan lancar.

6. Lada benggala kaya dengan vitamin A, C dan antioksidan lain tetapi rendah kalium. Nutrien ini penting untuk fungsi imun, iaitu berkait rapat dengan penyakit buah pinggang. Lada merah sederhana mengandungi natrium, kalium, fosforus dan protein.

7. Hadkan pengambilan cecair sepertu air membantu buah pinggang mengeluarkan bahan buangan daripada darah dan memastikan saluran darah terbuka supaya darah sampai ke buah pinggang. Jika ia kering, sistem penghantaran ini sukar untuk berfungsi malah boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan buah pinggang.

8. Senaman dapat mencegah masalah kesihatan seperti kencing manis dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Terlebih bersenam juga berisiko merosakkan buah pinggang jika ia tidak bersedia. Mulakan senaman secara perlahan-lahan, seperti 30 hingga 60 minit dalam tempoh lima kali seminggu. Jangan membebankan atau memaksa diri anda melakukan aktiviti fizikal yang berat. Jika anda mempunyai masalah kesihatan rujuk doktor sebelum melakukan senaman berat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here