Image credit to bellemeademed.com

Oleh : Asmat Fikri

Gout seperti yang kita tahu, berlaku bila asid urik terkumpul dalam darah. Biasanya berpunca daripada pengambilan makanan tinggi purine.

Antara yang perlu dielakkan atau dikurangkan oleh pesakit yang ada masalah gout Adalah seperti berikut:

Tinggi Purine (Perlu Elak)
•Daging organ: hati, limpa, paru, otak, perut.
•Makanan laut tertentu: ikan bilis, sardin, mackerel, kerang, udang, ketam, sotong.
•Daging merah: lembu, kambing.
•Minuman: arak, bir, minuman bergula tinggi fruktosa (contoh: air gas).
•Kekacang tertentu: kacang parang, kacang kuda.

Sederhana Purine (boleh ambil tapi dengan kawalan)
•Ayam, itik dan daging putih.
•Bayam, asparagus, cendawan, bunga kobis dan kacang panjang.
•Oat dan bijirin penuh.

Jadi bagi mereka yang ada penyakit gout, perlulah berhati-hati dalam pengambilan makanan. Kerana apabila sakit mula menyerang, habislah tubuh badan yang sihat selama ini.

Makanan yang dibolehkan

Namun begitu, di sini kami senaraikan juga makanan yang boleh diambil oleh pesakit gout. Tujuan utama ialah rendahkan paras asid urik dan kawal keradangan.

Antara makanan yang disyorkan adalah:
•Buah-buahan: ceri, strawberi, beri biru, epal, pisang, betik (antioksidan & bantu turunkan asid urik).
•Sayur-sayuran rendah purine: timun, lobak, kubis, salad, tomato.
•Protein rendah purine: telur, ayam tanpa kulit (secukupnya), ikan rendah purine (contoh: ikan salmon).
•Produk tenusu rendah lemak: susu skim, yogurt rendah lemak, keju rendah lemak.
•Karbohidrat kompleks: nasi, ubi keledek, oat (secukupnya).
•Air kosong: minum banyak (2–3 liter sehari) untuk bantu buang asid urik melalui air kencing.

Image by Freepik

Pengambilan makanan yang sihat sangat penting dan perlu diberi perhatian untuk pesakit gout. Namun, kawalan pemakanan itu perlu juga disokong dengan gaya hidup yang sihat juga bagi memastikan kesan penyakit dapat dikurangkan.

Antara gaya hidup yang boleh diamalkan adalah seperti mengawal berat badan. Ini kerana harus difahami obesiti boleh meningkatkan risiko serangan gout. Selain itu pengambilan gula juga mempengaruhi sakit gout menjadi lebih teruk. Jadi kawal atau tinggalkan terus pengambilan gula dan bagi yang bukan beragama Islam, elakkan mengambil alkohol.

Pastikan juga senaman ringan dibuat setiap hari serta konsisten mengawal kadar asid urik dalam badan. Lakukan pemeriksaan mengikut masa yang ditetapkan serta pastikan dapat rehat yang secukupnya.

Penutup

Sakit gout adalah penyakit yang boleh dikawal dengan gabungan ubat-ubatan, diet seimbang dan gaya hidup yang sihat. Apa yang utama buatkan semua yang doktor sarankan dan pastikan disiplin dalam mengawal penyakit.

Elakkan juga kepada menerima maklumat yang tidak betul atau mitos seperti tak boleh makan semua makanan laut, dan gout hanya menyerang orang kaya.

Walhal hakikatnya ikan salmon dan sardines rendah purine boleh dimakan secara sederhana dan gout berkaitan dengan diet serta genetik, bukan kerana status ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here