Seperti biasa, Datuk Siti Nurhaliza berjaya menunjukkan `taringnya’ dalam Konsert `Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023’ yang berlangsung 7 Ogos lalu di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Melalui lagu, The Power of Love dan All By Myself nyanyian asal Celine Dion, Siti Nurhaliza berjaya memukau lebih 3000 penonton dengan iringan muzik yang dimainkan bersama piano oleh komposer muzik terkemuka dunia, David Foster. David juga turut mengiringi persembahan Siti menyanyikan lagu Sehebat Matahari daripada album terbaharu Siti, SITISM
Konsert amal anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) ini menampilkan lebih 15 lagu karya David dalam konsert selama dua jam. Selain Siti Nurhaliza konsert berkenaan turut menampilkan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson , Loren Allref dan Katharine McPhee.


TEATER KOPI PANGKU & GAUN BAJU MELAYU
Peminat pelakon popular, Nasha Aziz jangan lepaskan peluang menonton lakonannya dalam Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu pada 18 hingga 20 Ogos ini di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Monodrama terbitan Persatuan Teater Malaysia (PTM) ini turut diarahkan Dr. Rosminah Tahir (Kopi Pangku) dan Gaun Baju Melayu (Sitiroy Tan) turut menampilkan Ewan Tahir. Tiket berharga RM30 dan RM50 boleh didapati dengan menghubungi 0178716060 atau 01112418801.

TEATER PURBAWARA BATU BELAH
Persatuan Teater Hidayah bakal mementaskan teater Purbawara : Batu Belah bermula 11 hingga 13 Ogos ini di Dewan Tunku Abdul Rahman, Matic. Batu Belah arahan Yusry Kamaruzzaman akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian gurindam, seni silat dan tarian tradisional.
Teater ini turut dibarisi pelakon popular, Datuk Jalaluddin Hassan, Kamarul AR, Panglima Aduka, Melissa Kelvin Dayang Norinah serta penampilan istimewa Roslan Madun dan Zack Kool, Lan Zailan dan Rosli Rahman Adam. Sebarang pertanyaan mengenai tiket berharga RM25 boleh hubungi Ika Angah 0125550170, IG teater_hidayah atau FB Teater Hidayah.

- Penulis, Nafsiah Jani adalah penyumbang tetap Lady Bosz. Beliau juga adalah juga bekas wartawan hiburan Utusan Malaysia.
Gambar: Ikhsan Datuk Siti Nurhaliza