Oleh Nafsiah Jani
BERTUAH pasangan bahagia, Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 43, dan isteri Linda Hashim yang dilantik menjadi jurucakap untuk kedai perabut Empire Reka.
“Dah rezeki kami. Tak sangka kami dipilih menjadi jurucakap Empire Reka ini. Tugas kami mempromosikan dan menjual perabut yang terdapat di sini. Seronok juga dapat pengalaman baru ini dan kami dapat berjumpa dengan pelbagai jenis orang,” kata Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim
Dalam kesibukan menjadi jurucakap Empire Reka dan berlakon, kini Linda dan Beego turut menumpukan perhatian kepada bisnes baharu menjual minyak wangi Ejo Perfumes mereka. Antara wangiannya yang mereka tawarkan, termasuk His – Lovely, Joyful, Adorable, Inspiring, Fabulous dan Her – Comfort, Deep, Versatile, Smart dan Attraction.
“Sebelum ini kami jual macam-macam barang dan sekarang baru kami fokus menjual minyak wangi pula. Bisnes ini kami mulakan sejak tahun lepas dan tahun ini barulah serius berniaga secara kecil-kecilan.
Tak sangka untuk batch pertama dalam masa dua bulan minyak wangi kami terjual sebanyak 500 botol.
“Walaupun jumlahnya tidak banyak namun saya bersyukur kerana tak sangka begitu hebat sambutan peminat dan pembeli terhadap minyak wangi ini. Buat masa ini selain Malaysia, minyak wangi kami juga telah memasuki Singapura dan Thailand. Kami juga sudah ada beberapa orang agen,” tambah Linda yang baharu tugas bagi penggambaran “Nak Dengar Cerita Hantu Tak.”
Bagi peminat Linda dan Beego yang ingin membeli 10 wangian minyak wangi ini bolehlah DM Linda di Instagram @Lindabeego.
Walaupun Linda dan Beego sibuk namun mereka turut dibantu rakan kongsi bagi menguruskan bisnes ini.
Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan kini mereka bahagia dengan kehadiran tiga cahaya mata, iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.