KEJAYAAN Konsert Transcendence 20 Tahun di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November 2019 membuat kumpulan Butterfingers terpanggil untuk mengadakan Konsert Malayneum 23 Butterfingers di lokasi yang sama pada 7 Oktober ini.

Konsert ini bertujuan membawa 8000 pengikut Butterfingers mengimbau kembali nostalgia kegemilangan muzik Butterfingers dalam era album ke-4 Malayneum.

Kata LoQue atau Khairil Ridzwan Annuar, idea mengadakan konsert ini sudah lama tersimpan dan tahun ini memang sesuai untuk diadakan. Kami percaya peminat sentiasa dahagakan persembahan kami secara ‘live’. Apabila kami berempat berentap di atas pentas, ia bakal menggamit nostalgia serta mengukir memori baru, baik kepada penonton dan juga kami.

Konsert Malayneum 23 ini bakal menyaksikan lagu-lagu yang akan dimainkan dalam perspektif yang berbeza di era yang berbeza. Album terbaru ini dikira sebagai janggal dan aneh dari album-album sebelumnya.

Malayneum adalah sebuah album yang paling unik. Album ini berada di antara grunge, alternatif dan indie rock. Album ini berada dalam kategori sendiri dalam “satu ruang” yang menarik, sukar untuk di kategorikan. Ibarat sebuah album yang terperangkap dalam transit antara 2 era, tidak berada dalam mana-mana acuan tertentu

Walaupun konsert ini untuk meraikan 2 dekad album Malayneum. Pada malam konsert nanti, peminat dijanjikan sebuah kelainan dimana Butterfingers akan menyajikan lagu-lagu dari awal kemunculan mereka.

Tiket konsert sudah mula dijual bermula pada harga RM99 (Ginseng), RM135 (Suddenly), RM199 (Pacific) dan RM249 (Mating Season). Bagi zon berdiri, tiket berharga RM169 (Malayneum).

Tambahan tempat duduk utama dengan harga RM499 (Malayneum Deluxe) untuk pembeli bergambar bersama (meet & greet) dan memiliki barangan rasmi (official merchandise).

Segala urusan pembelian tiket adalah menerusi www.ticket2u.com. Sebarang pertanyaan, hantarkan emel anda ke [email protected] atau hubungi 012-2032585 (Penerbitan Pancasona).

Previous article‘Dayang Sulu’ ilham Pak Kadar
Next article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here