Oleh Syed Wafa / Foto Ehsan Cik Wan
DODOL merupakan juadah yang begitu terkenal dalam masyarakat kita. Rasanya yang manis dan lemak sungguh menyelerakan untuk dijadikan kudapan di waktu pagi atau petang.
Untuk mendapatkan dodol yang enak dan mengikut cita rasa kita di pasaran agak sukar kini. Malah ramai yang merungut agak susah untuk mendapatkan makanan tradisional tersebut.
Pastinya bagi peminat dodol di sekitar Perlis tidak asing dengan Rumah Dodol Warisan Cik Wan yang terletak di Kampung Warna Warni, Kuala Perlis, Perlis.
Dodol Rumah Warisan Cik Wan ini begitu terkenal sejak dulu lagi dan diwarisi turun temurun.
“Hampir 60 tahun Rumah Dodol Warisan ini , Saya (Cik Wan) adalah merupakan generasi yang ke 3,” kata Cik Wan pemilik Rumah Dodol Warisan dengan bangga.
Menurut beliau lagi resipi dodol ini adalah resipi turun temurun dari arwah bapa saudara dan diturunkan kepada ibu beliau iaitu Mak Mah Binti Long pada tahun 1981, akhirnya Cik Wan warisi pada tahun 2005 sehingga sekarang.
Rumah Dodol Warisan Cik Wan begitu terkenal dalam kalangan pelancong luar negara yang datang berkunjung ke sini. Malah hampir setiap hari mendapat tempahan sekitar Perlis serta tempahan dari luar Perlis.
Di sini, selain dodol asli terdapat juga dodol pulut hitam dan dodol durian yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
Malah kerabat diraja Perlis juga merupakan pelanggan tetap Rumah Dodol Warisan Cik Wan ini.
Cik Wan berharap Rumah Dodol Warisan ini terus maju dan dikenali ramai oleh masyarakat di Malaysia dan luar negara.
Hubungi talian 017-5124776 (Cik Wan) jika ingin mencuba atau menempah dodol yang enak ini.
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.