Nani bersama anak,Ally Zulaikha yang mempunyai minat yang sama mengumpul barangan antik

Oleh Syed Wafa
Foto Ehsan Nani

Ramai kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai minat mengumpul barangan antik.
Pastinya hobi ini memerlukan kos yang tinggi,memandangkan nilai setiap barang lama atau antik kebanyakkannya mencecah harga ratusan hingga ribuan ringgit.

Bagi peminat antik di Malaysia,pastinya mereka tidak asing dengan NZ Antik Malaya yang merupakan penjual barangan antik yang begitu terkenal di kalangan peminat antik di negara ini.

Antara koleksi kain sarung lama yang sukar didapati

NZ Antik Malaya dimiliki oleh sorang usahawan wanita yang begitu gigih dan berani yang mahu dipanggil Nani sahaja di kalangan kenalan.Beliau mula aktif berniaga barangan antik sejak 10 tahun yang lalu.

“Sebenaranya pada awal saya cuma minat mengumpul barang lama seperti pinggang mangkuk ,kain sarung,songket serta banyak lagi untuk simpanan peribadi.

Nani juga suka mengumpul pinggan mangkuk lama

“Akhirnya ramai yang bertanyakan tentang barangan lama koleksi saya,malah ramai yang ingin membelinya dengan harga Yang tinggi.

“Dari situlah saya terpikir untuk menjadi sorang peniaga barangan antik sehingga sekarang”,kata Nani

Pelanggan beliau bukan sahaja di Malaysia malah terdapat dari luar negara antaranya dari Singapore, China, India, Brunei, England, Amerika Syarikat dan Banyak lagi yang datang berjumpa dengannya untuk membeli barangan antik dari NZ Antik Malaya.

Antara koleksi hiasan silver lama milik Nani

Nani juga akan sentiasa berniaga di pasar karat Amcorp Mall,Petaling Jaya setiap Hari Sabtu dan Ahad bersama anak perempuanya, Ally Zulaikha yang mempunyai minat yang sama.

“Sebenaranya dalam menjual barang antik peniaga perlu jujur dan pastikan barang yang dijual tulin dan bukannya tiruan.

“Ramai pembeli yang mengadu dengan saya mereka tertipu membeli barang antik yang tiruan seperti kain Limar dan Kain Cindai kerana banyak terdapat yang tiruan di luar sana”, jelas Nani

Koleksi manuskrip dalam tulisan Jawi yang berusia ratusan tahun

Paling istimewa Nani mempunyai koleksi manuskrip lama tulisan Jawi yang berusia ratusan tahun.

“Saya amat sayang manuskrip ini dan jika ada yang berminat boleh hubungi saya”, kata Nani.

Nani menunjukkan tekad lama warisan masyarakat Melayu

Bagi mereka yang ingin membeli barangan antik yang bermutu tinggi bolehlah layari di Facebook NZ Antik Malaya atau TikTok Nostalgia brg antik.

Seniwati legenda Zaiton Abdullah terharu melihat majalah lama cover wajah beliau yang dimiliki oleh Nani
Seniwati legenda Datuk Sri Maria Menado kagum dengan koleksi Nani
Previous articleSalam Maulidur Rasul 1445 Hijrah
Next articleKesabaran dalam berniaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here