Oleh Syed Wafa
PASTINYA para pengguna setia produk makanan dari Ratu Tumis Rasa Rosz ternanti-nanti pembukaan Restoran Rasa Rosz di AEON Big, Wangsa Maju tidak lama lagi.
Bagi mendapatkan kerberkatan daripada Allah SWT, baru-baru ini pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan telah mengadakan majlis doa selamat serta bacaan surah Yasin yang dihadiri oleh kakitangan restoran tersebut serta kenalan rapat.
“Saya herharap majlis doa selamat ini dapat melancarkan lagi operasi restoran kami yang akan dibuka tidak lama lagi.
“Dengan izin Allah, akhirnya impian saya untuk membuka restoran ini menjadi kenyataan. Saya ingin mengucapkan penghargaan penuh kasih sayang serta terima kasih yang tidak terhingga kepada suami saya yang sentiasa memberi kekuatan dan dorongan untuk saya merealisasikan impian ini.
“Tidak lupa juga buat keluarga tersayang yang merupakan tulang belakang di sebalik kejayaan restoran Rasa Rosz ini,” kata Rozita Ramelan bersungguh-sungguh.
Suami tercinta, Datuk Mohd Omar Mustapha turut memberi ucapan khususnya kepada kakitangan yang berkerja di restoran tersebut.
“Saya berharap agar anda semua memberi perkhidmatan yang cemerlang dan ikhlas kepada majikan serta para pelanggan yang singgah ke restoran ini untuk menjamu selera. Kejayaan restoran ini adalah tangungjawab kita bersama,” kata Mohd Omar Mustapha.
Majlis doa selamat dan bacaan Yasin diketui oleh Ustaz Fadhil dalam suasana yang penuh barakah.
Restoran Rasa Rosz bakal beroperasi pada 19 Oktober ini menghidangkan pelbagai menu yang lazat dengan harga yang berpatutan antaranya Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Roti Canai, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang dan banyak lagi menu yang menyelerakan.
Bagi mereka yang membeli belah di AEON Big, Wangsa Maju jangan lepaskan peluang menjamu selera di Restoran Ras Rosz yang pastinya tidak akan mengecewakan anda!
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.