Oleh Nafsiah Jani
Awet muda dengan makan petai! Apa lagi, marilah kita amalkan petai sebagai makanan rutin yang perlu kita makan setiap hari.
Petai yang dulunya hanya dikenali sebagai sayuran hutan hanya dinikmati dan dihargai oleh penduduk luar bandar, kini petai menjadi buruan ramai sebagai makanan ulam yang sangat popular termasuklah masyarakat Cina dan India.
Petai menjadi pilihan kerana sedap dimakan sebagai ulam-ulaman, petai jeruk dan dijadikan perencah dalam pelbagai jenis masakan. Petai juga kaya dengan kalium, kalsium, zat besi, zink, tembaga dan fosfurus. Malah ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin A, B1, Vitamin B6, antioksidan dan folat
Kepekatan asid amino yang tinggi menyebabkan petai kaya dengan aroma dan nutrisi yang menyengat sehingga mengganggu bau pernafasan dan air kencing. Namun disebalik rasa petai yang pahit dan baunya yang busuk tersembunyi banyak khasiat petai untuk wanita.
Dalam setiap perkara yang baik, ada juga kesan buruknya apaila makan petai terlalu banyak. Kandungan Kalium yang tinggi dalam petai, mungkin boleh memberi kesan kepada degupan jantung yang luar biasa serta berisiko membuat ia terhenti secara tiba-tiba sahaja.
Bagi mengelakkan kesan negatif kepada tubuh badan kita kenalah berhati-hati dengan kadar pengambilan petai sehari-hari.
Khasiat petai kepada wanita :-
1.Membantu Awet muda
Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen Antioksidan yang baik untuk kulit, membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan melindungi sel kulit dengan baik agar kesegaran tubuh badan sentiasa terjaga. Jadi tidak hairanlah mereka yang amalkan petai sebagai ulam-ulaman pasti akan sentiasa nampak awet muda.
2.Mengatasi masalah kegemukan
Didapati mereka yang stres akibat tekanan pekerjaan atau mempunyai banyak masalah akan mengambil makanan ringan dengan cara yang berlebihan. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka gemuk. Bagi mengatasi masalah kegemukan ini disarankan individu tersebut mengambil petai setiap dua jam sekali untuk membantu mengatasi masalah kegemukan.
3.Menyihatkan mata
Petai kaya dengan vitamin A dapat membantu mengekalkan kornea mata untuk sihat. Malah kalium yang terdapat didalamnya juga dapat meningkatkan daya tumpuan, kemampuan otak yang sangat baik dan membantu mereka yang menghadapi masalah dalam pelajaran.
4.Membantu menstabilkan tekanan darah
Kandungan potasium yang sangat tinggi namun rendah garam, menjadikan petai makanan yang sangat bagus. Petai dapat membantu menstabilkan tekanan darah dan mengurangkan risiko terkena strok.
5.Membantu proses penghadaman
Petai mempunyai sumber serat yang tinggi dan elok dimakan terutamanya sebagai ulam-ulaman. Pengambilan makanan yang tinggi seratnya dapat membantu proses sistem penghadaman dan mencegah sembelit kepada seseorang individu berbanding individu yang mengambil serat yang rendah.
6. Membantu mengurangkan kolestrol
Petai juga menambahkan rasa kenyang dan mengurangkan kolestrol serta memperlahankan kadar pelepasan gula dari makanan ke dalam saluran darah. Manakala Vitamin B6 yang terdapat dalamnya juga membantu mengawal kandungan gula dalam darah.
7.Mengatasi masalah kemurungan
Petai mengandungi tryptophan iaitu sejenis protin yang membantu menghasilkan hormon serotonin yang mampu membuatkan seseorang itu menjadi gembira, ceria dan dapat mengawal emosi dengan baiknya.
8. Mencegah anemia
Petai mengandungi zat besi yang cukup tinggi, yang dapat membantu dalam merangsang pembentukan hemoglobin dalam darah. Secara tidak langsung ia dapat membantu mencegah terjadinya anemia.
9. Membantu tabiat merokok
Bagi wanita atau lelaki diluar sana yang ingin berhenti merokok, anda disarankan makan petai. Petai adalah bahan semulajadi yang murah dan dapat mengganti tampalan nikotin. Kandungan Vitamin B6 dan B12, bersama dengan potassium dan magnesium yang ada di dalamnya, dapat membantu tubuh untuk melawan ketagihan nikotin.
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.