Bersama suami tercinta

Oleh Nafsiah Jani

SELEPAS beberapa isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi perbualan ramai, pelakon Zarina Zainuddin pula mendedahkan pengalamannya bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Raihan Wan Jaafar selama 29 tahun.

Zarina mendirkan rumah tangga dengan Raihan pada 13 Julai 1993. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

“Saya tengok orang hina mereka yang berpoligami ini, macam kami ini teruk sangat. Sedangkan kami yang hidup bermadu tak ada apa-apa. Orang luar pula yang lebih-lebih. Mereka tak rasa dan jalani hidup bermadu tapi boleh pula mereka cakap macam-macam. Sedangkan perkara ini, Allah dah kata, saya hidup bermadu.

“Walaupun sudah lama bermadu namun saya dan madu tak ada sebarang masalah. Dalam berpoligami ini, kita kena bertolak ansur dan reda. Allah bagi kita pinjam suami tu…kita kena ingat Allah bagi pinjam dan tak perlulah nak rebut-rebut. Sampai masanya Allah akan ambik balik suami kita itu.

“Sebagai isteri kedua, jangan peningkan kepala suami, jangan bagi dia stres dan jangan streskan dia. Saya bersyukur ada orang nak jaga saya dan dikurniakan suami yang baik dan dapat rasa kebahagiaan dalam rumah tangga,’’ kata Zarina.

Zarina, 53, menambah, orang yang kurang iman, fikiran mereka sentiasa bermusuh, sakit dengan diri sendiri dan perasaan sendiri sebenarnya.

Keluarga bahagia Zarina Zainuddin

“Orang yang kurang iman…bukan nak kata saya kuat agama. Tapi saya kena reda sebab ini Allah yang bagi, Allah yang tentukan…kenapa pula saya nak cakap atau komplen macam-macam.

“Bila bermadu ini, kita jangan bermimpi lebih-lebih. Janji kita sihat, hidup tenang dan bahagia. Kita tak ganggu hidup orang dan kita bahagia dengan keluarga masing-masing.”

Sebelum berkahwin dengan suaminya dan bermadu, Zarina terlebih dahulu berjumpa madunya untuk meminta izin berkahwin. Disebabkan itu, sehingga kini hubungan Zarina dengan madunya baik kerana dia sedar akan dirinya.

“Saya tahu letak diri dekat mana sebagai isteri kedua…kita jangan nak letak diri kat atas sangat. Kita juga perlu sedar, dulu suami kita susah senang dengan isteri pertama…apa-apa yang dilalui dengan isteri pertama. Ketika kita hadir, mereka sudah ada segala-galanya dan hidup senang.

“Sebagai isteri kedua, kita kena ingat jangan nak `conquer’ suami tu. Tak boleh. Itu yang saya amalkan. Sebagai isteri kedua, kita kena muhasabah diri. Kita ini manusia tak ada yang sempurna,” ujar Zarina mengenai nasihatnya kepada pasagan yang ingin hidup berpoligami.

Reda punya anak autisme

Seperti semua sedia maklum, Zarina mempunyai dua orang anak lelaki penghidap autism. Azil berusia 26 tahun memiliki seorang lagi kembar lelaki bernama Azal.

Bercerita mengenai anaknya yang akan memukulnya bila mengamuk, kata Zarina yang penuh sifat keibuan, Anak kita kan…nak tak nak kena hadapi juga. Apa lagi yang mampu kita buat nak marahkan anak yang berpenyakit.

Zarina tabah menjaga dua anak autism yang amat disayangi oleh beliau

“Ala bisa tegal biasa…lama-lama dah biasa. Sekarang saya dah tak rasa apa-apa bila Azil pukul saya. Kadang tu, bila anak pukul, saya akan menangis dan Azil akan datang peluk dan cium saya…terus sejuk hati saya sebagai seorang ibu. Saya faham anak saya rasa serba -salah tapi apa boleh buat, Azil tidak pandai mengawal emosinya.

“Sebagai ibu, saya harap dan doakan juga buat ibu bapa yang ada anak autisme ni agar lebih banyak bersabar kerana hanya ibu bapa yang mereka ada di dunia ini untuk mereka lepaskan bicara hati mereka tanpa sebarang suara.

“Jika kita marah sekalipun, lihat mata anak kita. Istighfar banyak-banyak. Ini ujian buat kita sebagai ibu bapa. Saya tak boleh kata ianya berat…itu anak kita yang diberi Allah kepada saya. Mereka adalah amanah dan saya kena jaga elok-elok kerana semuanya kena pikul hingga akhirat nanti. Mungkin Allah nak bagi saya Syurga, jadi saya kenalah jaga mereka dengan sebaik mungkin.”

Dalam kesibukannya berlakon, Zarina masih mengusahakan bisnes pulut kuning dan rendang sebanyak dua ribu pek keluaran syarikatnya yang terletak di Subang Bestari.

Previous articleEksklusif! … Kakak, anak buah dan sahabat rapat cerita rahsia Sudirman!
Next articleSaadiah, seniwati pertama bawa watak ejen perisik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here