Oleh Nafsiah Jani
Bagi yang mencari-cari tempat untuk healing bersama keluarga, apa kata anda membawa keluarga tercinta ke Karnival Healing De’ Masjid pada 27 – 29 Oktober 2023 yang akan berlangsung di Masjid Teras Jernang, Bangi.
Karnival Healing De’ Masjid anjuran bersama Kayangan Holdings Sdn. Bhd. turut
menawarkan pelbagai aktiviti menarik antaranya melawat Replika Rumah Rasulullah, menunggang kuda, memanah dan banyak lagi. Pada Malamnya pula, kita akan bersama Syeikh Abdul Razak Al-Masri, Ustaz Syawal & Kumpulan Ashabul Khidmah.
Saringan Kesihatan juga disediakan untuk pengunjung yang hadir bagi melihat tahap kesihatan mereka. Tidak lupa juga kita ada Kaunter Bergerak MPKJ Cukai Taksiran dan pelbagai gerai makanan turut mengambil bahagian.
Kemunculan Tiktokers Auntie Purple dan Papayen juga ada pada hari kejadian serta Meet & Greet bersama maskot Omar & Hana. Selain itu pertandingan mewarna khat, bengkel seni mempertahankan diri serta pertandingan gubahan bunga turut diadakan.
Podcast Langka studio bersama PU Rahmat dan PU Amin. Penampilan istimewa bersama Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan The Helmis tidak lupa juga dengan Aman Palestin, Ustaz Mohd Fadhil.
Karnival Healing De Masjid akan dirasmikan oleh Y.D.H. Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat Dato’ Rosli Bin Othman dan dihadiri juga YBrs. Dr Ahmad Zaky Bin Ali @ Tahir Pegawai Tadbir Agama. Manakala Fakrul UNIC, Mawi & Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff pula akan tampil dengan program sembang santai.
Malam kemuncak bagi karnival ini ialah Malam Puisi Cinta Allah dan Rasul Bersama Kumpulan Nasyid Raihan, Kumpulan Qasidah Maqari dan Fedtri Yahya. Cabutan bertuah juga akan diumumkan pada malam tersebut untuk pengunjung bertuah. Marilah kita beramai-ramai datang bagi memeriahkan Karnival healing de’ masjid ini.
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.