Cinta...Habsah Hassan pada Restoran Puteri Pencala tetap teguh.

Oleh Syed Wafa

Restoran Puteri Pencala pastinya tidak asing di kalangan peminat masakan Melayu yang begitu terkenal dan terletak di Lot 3074, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Saat paling indah pengunjung setia restoran ini bila menjelangnya bulan Ramadan. Pastinya buffet di bulan Ramadan di Restoran Puteri Pencala akan sentiasa dirindui dengan pelbagai sajian menu yang sunggguh menyelerakan.

Menjamu selera dengan masakan yang enak sambil melihat pemandangan yang indah sekitar restoran ini.

Setelah lebih 17 tahun beroperasi, Restoran Puteri Pencala masih gah dan bertahan sehingga kini. Apa rahsianya?

“Sebenarnya Kak Chah utamakan kualiti dan menu yang sesuai dengan selera pengunjung seperti masakan air tangan ibu kita,” kata Datuk Habsah Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chah yang merupakan pemilik Restoran Puteri Pencala dan juga seorang penulis lirik terkenal tanah air.

Kini Restoran Puteri Pencala beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 6 petang dan buat masa ini tempahan makanan secara ala carte yang menyediakan pelbagai menu yang sungguh menyelerakan.

Laksa Johor antara menu kesukaan pengunjung Restoran Puteri Pencala

“Banyak menu yang disediakan dan yang paling terkenal di sini Laksa Johor, Asam Pedas, Cucur Bawang, Nasi Goreng Kerabu dan banyak lagi,” kata Kak Chah.

Restoran Puteri Pencala juga menyediakan tempat yang selesa untuk pelbagai majlis antaranya majlis persandingan, sambutan hari jadi, seminar dan lain-lain lagi. Ia boleh menerima 400 orang tetamu dalam satu masa.

Asam Pedas juga menu popular di sini.
Antara menu yang sungguh menyelerakan

Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis di sini, tempahan boleh dibuat tiga hari sebelum ianya berlangsung dengan menghubungi Rosina Rashid di talian +6012-3147652

Di samping suasana persekitaran yang indah, terdapat pelbagai lagi keistimewaan jika mengadakan majlis di sini terutamanya kemudahan untuk meletak kereta dan surau juga disediakan untuk mengerjakan solat.

Suasana Restoran Puteri Pencala yang tenang untuk menjamu selera.
Ruang untuk mengadakan majlis yang selesa.

Di sebalik kejayaan Restoran Puteri Pencala masih bertahan, sebenarnya banyak dugaan yang Kak Chah hadapi untuk pertahankn restoran ini yang amat beliau cintai ini.

Menurut Kak Chah, sebelum ini, Restoran Puteri Pencala begitu mendapat sambutan dari pelanggan di sekitarnya. Kini agak pelik pelanggan semakin berkurangan.

“Sebenarnya sudah lama perkara ini berlaku tetapi Kak Chah bersabar, ramai teman yang lalu dan ingin menjamu selera di sini merungut kononya restoran kami tutup sedangkan ketika itu kami beroperasi seperti biasa.

“Kak Chah agak kecewa bila staf mengadu pada waktu malam ada cahaya yang berkeliaran di atap restoran ini,” kata Kak Chah lagi sambil menunjuk vidoe yang dirakam oleh pekerja di restoran tersebut dan jelas ternampak cahaya berkeliaran di atas atap.

“Kak Chah sudah berusaha untuk pulihkan restoran ini dan berharap jika ada yang pandai bolehlah membantu Kak Chah,” kata Kak Chah dengan penuh harapan.

Suami tercinta Mohamed Jusoh banyak bagi semangat pada Kak Chah untuk terus berjaya.

Menurut Kak Chah lagi, dia akan cuba pertahankan Restoran Puteri Pencala ini selagi mampu.

Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada wanita gigih ini untuk mempertahankan Restoran Puteri Pencala yang amat dicintai oleh beliau.

Previous articleAwie kini bergelar pengarah
Next articleHebatnya!…Umi Kalthum digelar ‘The Most Beautiful Woman Of Malaya’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here