Anise aroma aromatic blur
Photo by Pixabay on Pexels

Oleh Nafsiah Jani

Semua sedia maklum bahawa rempah ratus seperti kulit kayu manis banyak digunakan dalam penyediaaan makanan untuk menambahkan lagi kelazatan masakan. Ia juga digunakan dalam pembuatan kuih-muih bagi menambahkan lagi perisa dan keenakkannya.

Rempah ratus kulit kayu manis berasal daripada sejenis pokok Cinnammomum Verum. Selain memberi rasa, kulit kayu manis juga mempunyai banyak rahsia tersembunyi tentang khasiat dan kebaikannya untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Kandungannya begitu berharga kerana terdapat tiga bahan yang sangat bagus didalamnya untuk kesihatan badan iaitu cinnamaldehyde, cinnamyl acetate dan cinnamyl alcohol.

Kulit kayu manis juga mengandungi pelbagai nutrien penting seperti serat, magnesium, kolin, beta karoten, alfa karoten, beta cryptoxanthin, likopen, lutein, zeaxanthin, vitamin B dan K serta mineral.

Lemon tea served on teacup
Photo by Ngô Trọng An on Pexels

Air rebusan kulit kayu manis juga dapat membantu merawat sistem kekebalan badan, melancarkan sistem penghadaman dan membantu menurunkan berat badan.

Namun dalam keghairahan tersebut, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati memilih rempah ratus ini kerana terdapat dua jenis kulit kayu manis iaitu cinnamon dan cassia. Bentuknya serupa namun ia berbeza dari sudut ketebalan dan gulungannya.

Cinnamon lebih lembut dan berbulu, manakala cassia keras seperti kayu. Kandungan bahan kimia semulajadi (coumarin) dalam cinnamon dari Sri Lanka ini lebih rendah dan selamat untuk dimakan. Coumarin dalam cassia dari Indonesia ini terlalu tinggi dan beracun serta boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang boleh merosakkan hati dan buah pinggang. Cassia tidak elok untuk kesihatan kerana ia mengandungi toksid yang biasanya digunakan sebagai racun tikus.

Untuk sihat dan cantik, marilah kita beralih menggunakan kulit kayu manis (cinnamon asli) dan bukannya cassia. Di bawah ini kami sertakan beberapa kebaikan rempah ratus tersebut.

Mencegah pembiakan sel-sel kanser

Sel-sel kanser cepat membiak secara tidak terkawal dan tidak normal dalam tubuh badan seseorang yang dikesan mempunyai kanser. Sel kanser boleh berkembang apabila mekanisma badan
tidak dapat berfungsi dengan baik. Kajian pada tahun 2003
turut mendapati bahawa Cinnamaldehyde boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam tubuh badan manusia.
Kandungan antioksidan yang terdapat dalam kulit kayu manis ini boleh melindungi pertumbuhan kanser secara berterusan dan menggalakkan kematian sel-sel leukemia (kanser darah).

A woman putting cream on her face
Photo by Anna Nekrashevich on Pexels

Mengawal jerawat

Kulit kayu manis juga boleh berfungsi sebagai masker untuk mengurangkan jerawat di muka. Kandungan polifenol yang terdapat didalam kulit kayu manis ini dapat memberi perlindungan wajah daripada kerosakan oksidatif. Hal ini biasa
terjadi akibat radikal bebas dari sinaran UV (sinaran ultraviolet) daripada cahaya matahari dan pencemaran udara yang
menyebabkan kesan penuaan serta jerawat. Sifat antimikrobial dan antiparasit yang terdapat dalam kulit kayu manis ini mampu melawan bakteria penyebab jerawat di muka. Ia juga memiliki sifat penyembuh luka yang boleh mencegah terjadinya
luka bekas jerawat. Caranya, campurkan tiga sudu makan madu dengan satu sudu makan serbuk kulit kayu manis untuk dijadikan masker. Sapukan masker pada wajah yang berjerawat dan tunggu
hingga kering. Setelah itu, bilas wajah sehingga bersih.

Melindungi sel dan saraf otak

Kandungan zat antioksidan di dalam ekstrak kulit kayu manis mampu mengaktifkan protein pelindung saraf bagi melindungi sel-sel otak dari aktiviti mutasi dan kerosakan akibat stres oksidatif.

Ekstrak kulit kayu manis juga membantu melindungi neuron, meningkatkan penghasilan neurotransmitter dan fungsi otak seseorang individu. Secara tidak langsung ia juga bermanfaat dan boleh mencegah penyakit neurodegeneratif (hilangnya struktur atau fungsi sel-sel otak secara progresif) seperti Alzheimer dan Parkinson. Melalui kajian yang dilakukan terhadap haiwan yang menerima ekstrak kulit kayu manis, menunjukkan penurunan ciri-ciri Alzheimer dan berlakunya peningkatan untuk berfikir.

Menurunkan berat badan

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah amalkan diet menggunakan air rebusan kulit kayu manis. Kandungan zat Cinnamaldehyde membantu mempercepatkan
pembakaran lemak di dalam badan. Ia juga dapat membantu pencernaan karbohidrat dan lemak serta menghalang nutrisi
tersebut disimpan menjadi lemak.

Penggunaaan kulit kayu manis dalam makanan dapat mengurangkan penggunaan gula. Efek anti-diabetes yang dimilikinya turut menghalang gula dilepaskan ke dalam aliran darah secara mendadak. Sekaligus, nafsu makan juga dapat dikawal dengan baik. Selain mengawal paras gula, ia juga dapat meningkatkan metabolisma tubuh badan dan fungsi insulin.

Mencegah kardiovaskular

Kulit kayu manis sangat kaya dengan serat, mangan (unsur logam yang rapuh) dan sangat tinggi kandungan kalsiumnya. Kombinasi antara kalsium dan serat di dalam rempah ratus ini
boleh membantu mengawal penyakit yang melibatkan kardiovaskular. Sebatian di dalam kayu manis juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan sekaligus mengurangkan masalah jantung, strok serta meningkatkan kandungan kolesterol baik.

Sentiasa awet muda

Mereka yang ingin kelihatan awet muda amalkan minum air rebusan kulit kayu manis. Ia membantu melancarkan perjalanan darah dan membekalkan oksigen yang secukupnya ke sel kulit serta membuang sel-sel kulit mati.

Bukan itu sahaja, air rebusan ini juga dapat memulihkan kelembapan kulit, melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas yang menyebabkan munculnya garis-garis halus di bawah mata, pigmentasi dan kulit yang kusam menjadi cerah sekata.

Penyelidikan pada tahun 2012 juga menunjukkan kulit kayu manis dapat meningkatkan pembentukan kolagen, hidrasi, sifat elastik kulit dan sekaligus mencegah penuaan. Air rebusan ini juga menjadikan kulit lebih sihat dan segar.

Bersifat antibakteria

Pati kulit kayu manis juga tergolong di dalam makanan yang bersifat antimikrobial. Menurut kajian, ekstrak kulit kayu manis ini dapat membantutkan pertumbuhan bakteria seperti fungus atau yis yang sangat berbahaya. Tambahan pula, bahan aktif utama Cinnamaldehyde yang terdapat dalam kulit kayu manis ini boleh mencegah pelbagai masalah jangkitan. Kajian membuktikan pati minyak kulit kayu manis boleh mencegah beberapa jenis bakteria termasuklah Listeria dan Salmonella. Ia juga membantu
meningkatkan sistem imun badan, melegakan sakit gigi serta menguatkan tulang.

Previous articleKasut tumit tinggi? Cantik tapi derita…(Bahagian 1)
Next articleYana Samsudin bakal timang anak ketiga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here