Masih aktif dalam bidang seni tapi lebih kepada belakang tabir.

Oleh Wawa Najwa

Agak lama juga Yana Samsudin tidak muncul di kaca televisyen dan layar lebar. Adakah beliau sudah tidak aktif dalam bidang seni yang diceburi sejak 2003?

Rasanya Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 39, belum terfikir untuk berhenti daripada bidang seni kerana sejak kebelakangan ini, beliau lebih banyak fokus pada kerja-kerja di belakang tabir.

Jelas Yana, biarpun orang jarang nampak beliau di set penggambaran namun ada dua filemnya yang belum ditayangkan lagi.

“Filem saya ada dua yang belum ditayangkan dan kedua-duanya adalah arahan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nazei iaitu ‘Kak Yong,’ dan satu lagi saya cuma tahu working titlenya ialah ‘Sahak.’

“Sekarang ini orang tak nampak saya buat apa tapi sebenarnya saya banyak buat shooting komersial online sahaja. Walaupun orang minta buat ‘review’ produk saja tapi prosesnya sama macam shooting, kita kena ada pre-pro, siapkan skrip, wardrobe, props dan suntingan. Itulah kerja saya yang orang tak nampak. Boleh dikatakan production ni adalah bidang saya, sebab lebih 20 tahun saya dalam industri.

Mahu mengajak kaum wanita yang berminat untuk menjadi ejen Bagoos.

“Walaupun saya jadi pelakon, tetapi sejak lebih lapan tahun syarikat kami, Prokuya Studio beroperasi saya lebih banyak bekerja di belakang tabir. Apa yang syarikat saya hasilkan, tak semestinya ditayang di pawagam kerana sekarang ini medium itu dah lebih kepada digital dan di sosial media. Selain itu, kita juga urus beberapa media sosial milik klien,” jelasnya.

Selain berlakon, Yana juga pernah mengacarakan beberapa rancangan TV termasuk “Juara Joran” di Astro Mustika HD, rancangan pencarian bakat Qu Puteh “Bintang Mencari Bintang” dan “Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015” bersama penyampai radio AG di TV3 dan rancangan masakan “Lesung Pipit” di Astro Prima.

Hamil anak ketiga

Yana yang sedang hamil anak ketiga dan dijangka bersalin pada hujung Januari atau awal Februari 2024 itu sempat berkongsi cerita tentang pengalamannya berbadan dua kali ini.

Kata Yana, beliau tidak berniat untuk menyembunyikan tentang kehamilannya itu. Baginya kalau ada yang bertanya, beliau akan minta supaya mereka mendoakan keselamatannya.

“Tidak ada niat untuk merahsiakan, siapa nampak tahulah dan saya tidak pernah menafikan. Cuma benda baru, kalau beriya takut juga. Semenjak anak pertama, apabila usia kandungan sudah mencecah lapan bulan dan sembilan bulan baru saya beritahu.

“Saya kan Pcos (polycystic ovary syndrome atau sindrom ovari polisistik), kita tak tahu bila tarikh kita subur dan susah nak dapat anak. Saya pernah kehilangan anak, ada yang sembilan minggu dan 12 minggu. Bagi saya awal-awal tu tak payah cakap. Apabila nak lahir barulah saya beritahu. Alhamdulillah yang penting baby tu kuat dan sihat.

Yana mengeluarkan minuman susu oat untuk perniagaannya.

“Alhamdulillah, sekarang ini kandungan saya sudah enam bulan dan badan dah okey sikit, bolehlah kongsi pasal baby ini. Saya mungkin akan bersalin hujung Januari atau awal Februari tahun depan. Setakat ini saya tak tahu jantina apa, janji baby sihat.

“Anak pertama boy, kedua girl yang ketiga ini saya terima apa saja. Kali ini pun saya tak digalakkan bersalin cara normal sebab dah dua kali pembedahan. Hamil ketiga ini teruk sebab saya tak tahu diri hamil, tengok-tengok dah lima bulan. Sebelum tu pergi event pakai heel, naik kapal terbang dan buat kerja macam biasa. Saya tak ada loya,” katanya yang mahu lima orang anak itu.

Jual produk minuman susu oat

Yana yang mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari pada 2015, biarpun sarat hamil baru saja memperkenalkan produk baharu, minuman susu oat yang berasaskan pati oat.

Jelas Yana, minuman susu oat jenama Bagoos mempunyai lima pilihan perisa tetapi buat masa ini Yana memilih mengeluarkan tiga perisa dahulu iaitu minuman susu oat coklat, oat dengan chia seeds dan oat bersama kurma.

“Pati oat ni baharu di Malaysia, tetapi ia cukup popular di Eropah. Kita biasalah selalu dengan nasi lemak dan sebagainya. Tidak salah tetapi ia adalah altenatif untuk mereka yang ada masalah laktos.

“Ia bukan minuman untuk orang sakit, ia adalah minuman harian. Siapa yang rasa nak minum pagi-pagi, ia produk minuman harian. Kanak-kanak, ibu mengandung, orang tua, lelaki semua boleh minum,” katanya yang mengambil masa selama setahun untuk buat kaji selidik tentang minuman tersebut.

Tambah Yana, beliau mendapatkan pati kurma dari beberapa buah negara dan apabila keluar sampel, ahli keluarga atau sahabat handai akan diminta untuk mencuba.

“Bila keluar sampel, saya minta orang terdekat merasa. Akhirnya dapatlah formula yang sesuai untuk semua. Setiap kali sampel datang, saya rasa dan akan hantar balik.

Bakal bersalin pada hujung Januari 2024.

“Saya ambil risiko besar kerana rakyat Malaysia tidak biasa dengan oat tetapi demi kesihatan benda yang bagus kenapa tidak saya keluarkan. Ia tidak ada bahan pewarna dan bahan pengawet. Kesemua bahan ini adalah dari bahan premier.

“Tentang nama pula, asalnya saya nak guna ‘Yana Oat’ tetapi nanti saya akan keluarkan oat saja. Saya pilih Bagoos sebab ia sesuai dengan konsep saya. Jihad saya sebelum ini saya nak keluarkan semuanya benda sunnah seperti habbatus Sauda tapi mahal sangat,” katanya terus terang

Tambah Yana, sebelum produk ini dilancarkan secara rasmi, beliau terlebih dahulu menjual produk tersebut sewaktu menyertai MIHAS Halal Fest Selangor.

“Adalah beberapa pasaraya yang berminat untuk pasarkan produk ini tapi saya dah buat keputusan untuk permulaan ini saya beri peluang kepada kaum wanita untuk menjadi ejen dan dropships. Saya buka kepada ejen sahaja tidak masuk ke retail tetapi kalau orang nak ambil dan bawa ke luar negara, saya akan hantar.

“Cita-cita saya nak jadi macam Yakult yang ada ejen dan boleh jual di pasaraya. Tetapi saya nak ‘educate’ ejen dulu dan kemudian baru masuk pasaraya,” katanya yang mahu berkongsi rezeki dengan mereka yang berminat.

Previous articleRahsia Kulit Kayu Manis
Next articleRamli Sarip amalkan makanan Sunnah untuk sihat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here