Photo by Victoria Bowers: https://www.pexels.com/photo/close-up-shot-of-black-peppers-on-a-spoon-10487732/

Oleh : Nafsiah Jani

Lada hitam digunakan secara meluas bukan saja sebagai perisa bagi menambah keenakan makanan dan berguna juga untuk perubatan tradisional Melayu. Lada hitam atau nama saintifiknya, piper nigrum, adalah herba yang mempunyai nilai tinggi dalam rawatan kecantikan.

Kebaikan menggunakan herba istimewa ini membuatkan seseorang itu memiliki kecantikan yang paling mudah dan menjimatkan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Ia bukan sekadar rempah biasa kerana ia juga mengandungi pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi serat makanan dengan sejumlah kecil protein dan karbohidrat. Lada hitam juga tinggi dengan mineral termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium.

Berdasarkan Pangkalan Data Nutrien Nasional Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), lada hitam turut mengandungi vitamin B6, E, K, folat, niacin, riboflavin dan thiamin.

Disini kami paparkan beberapa kebaikan dan khasiat lada hitam yang perlu diketahui semua orang demi untuk kesihatan dan kecantikan yang mudah dan menjimatkan.

Photo by Antoni Shkraba: https://www.pexels.com/photo/boiled-eggs-in-half-on-the-table-4397254/
  1. Rempah ini bertindak seperti serat kerana membantu menyingkirkan kolesterol berlebihan pada dinding arteri, mengurangkan risiko terkena aterosklerosis iaitu keadaan berkaitan serangan jantung dan angin ahmar.
  2. Mampu merawat kulit wajah dengan cara ambil beberapa biji lada hitam untuk dijadikan bahan pupur wajah. Cara ini dapat merangsang peredaran darah, sekali gus memberikan banyak oksigen dan nutrisi pada permukaan kulit. Lada hitam juga dapat menanggalkan sel kulit mati sehingga mempercepat pembaharuan sel kulit.
  3. Wajah kita sentiasa terdedah kepada radikal bebas seperti bahan kimia dan racun yang terdapat di persekitaran dan tanpa kita sedari ia boleh merosakkan sel sihat di wajah. Bagi membantu mengurangkan risiko, makan lada hitam yang dicampur dalam makanan. Cara ini membantu membaiki kerosakan dan seterusnya mengurangkan risiko barah dan penyakit lain kerana lada hitam tinggi antioksidan.
  4. Untuk mengatasi masalah kelemumur, ambil satu sudu teh lada hitam dan hancurkan ke dalam mangkuk, sapukan pada kulit kepala anda. Biarkan ia selama 30 minit atau lebih. Kemudian, basuh dengan air tanpa menggunakan syampu. Esoknya barulah di syampu rambut tersebut. Jangan keterlaluan menggunakan lada hitam. Jika berlebihan, bahan ini akan membakar kulit kepala dan menyebabkan ketidakselesaan.
  5. Lada hitam juga membantu merangsang seluruh sistem pencernaan dari kelenjar air liur hingga usus besar termasuk jus pencernaan yang sangat penting seperti hempedu dan asid dalam membantu mencernakan makanan.

    Photo by Rita Lakewood: https://www.pexels.com/photo/black-peppercorns-lying-next-to-brass-grinder-10433518/
  6. Lada hitam mempunyai rasa pedas yang kuat dan bertindak sebagai diuretik, menggalakkan tubuh badan berpeluh dan menyingkirkan toksin yang berbahaya daripada badan. Lada hitam juga membantu tubuh membuang lebihan air melalui air kencing yang mengandungi lemak dan asid urik.
  7. Lada hitam membantu meningkatkan metabolisme kerana ia berupaya membakar kalori yang tidak diperlukan badan. Mereka yang memiliki perut buncit juga tidak perlu risau kerana herba ini juga boleh membantu anda mengurangkan lemak pada bahagian perut dan angin dalam badan.
  8. Lada hitam juga dapat membantu memberi kelegaan kepada mereka yang menghadapi masalah sakit gigi. Apabila sakit gigi, tumbuk sedikit lada hitam dan letakkan pada tempat yang sakit. Insya-Allah sakit gigi akan berkurangan.
  9. Ia juga dapat menyokong fungsi otak dengan merangsang laluan kimia di otak yang membantu meningkatkan daya ingatan, fungsi kognitif dan membantu merawat penyakit Parkinson dan mencegah penyakit Alzheimer. Rangsangan pada otak dapat meningkatkan ingatan dengan menyembuhkan kerosakan saraf di hipokampus.
  10. Lada hitam juga bertindak merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan parut. Namun bahan ini tidak boleh digunakan setiap hari kerana rasanya yang panas dikhuatiri menyebabkan kulit wajah terbakar. Penyelidik dari London melihat Piperine merangsang pengeluaran pigmentasi pada kulit, menyediakan alternatif semula jadi yang selamat berbanding rawatan berasaskan kimia.

 

Previous articleLelah Aqeesh Aleeya terus dihargai
Next articleIngat selsema biasa rupanya radang sinus (resdung)! (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here