crocuses purple, flowers, saffron
Photo by Nowaja on Pixabay

Oleh Nafsiah Jani

Selama ini masyarakat hanya menganggap Saffron hanya sesuai untuk digunakan ketika memasak kerana ia banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan juga Asia Tengah. Ditambah pula harganya yang mahal, membuat ramai yang tidak mampu untuk membelinya.

Disebalik warnanya yang merah tidak ramai yang mengetahui bahawa saffron ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Saffron (Crocus Sativus) yang juga dikenali sebagai ’emas merah’ yang diperoleh daripada bunga Crocus Sativus ini telah digunakan selama beribu-ribu tahun sebagai pewarna, perasa, sebagai ubat dan bagi tujuan kecantikan.

Bunga ini mengandungi beberapa khasiat dan sebatian yang baik untuk kesihatan tubuh dan kulit wajah. Saffron mengandungi beberapa bahan seperti protein, lemak, serat, tenaga, kalsium, zat besi, fosforus, kalium, dan vitamin C.

Red saffron spice on brown wooden spoon
Photo by Victoria Bowers on Pexels

Namun disebalik khasiat dan kebaikannya masyarakat tidak boleh mengambilnya secara berlebihan. Saffron boleh memberikan kesan kepada sistem saraf pusat, maka elakkan pengambilan saffron dua minggu sebelum seseorang itu melakukan pembedahan.

Bagi ibu mengandung pula, saffron didakwa mungkin boleh menyebabkan keguguran jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Sebaik-baiknya untuk kebaikan bersama rujuklah doktor atau pakar sebelum mengambil sesuatu yang dirasakan ragu-ragu akan kandungannya.

Dibawah ini kami nyatakan beberapa kebaikan dan manfaat saffron dan airnya sekali. Selamat mencuba.

1. Selain bertindak sebagai pewarna nasi beriani, saffron juga dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan. Hasil penelitian pakar, mereka yang mengambil supplement saffron selama lapan minggu berturut-turut akan mengalami penurunan nafsu makan menyebabkan berat badan mereka juga turun berbanding mereka yang tidak mengambil supplement tersebut.

2. Untuk tujuan kecantikan pula jadikan saffron sebagai masker kerana ia mampu mencerah serta memperbaiki kulit wajah. Ambil beberapa helai saffron dan rendam dalam air panas selama 15 minit, untuk mengeluarkan senyawa aktifnya. Bila air berubah warna menjadi kekuningan, masukkan yoghurt, madu atau susu untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.Sapukan campuran ini ke serata wajah dan biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilas dengan air suam dan keringkan. Gunakan masker saffron ini seminggu sekali. Anda akan kagum dengan hasilnya.

3. Saffron juga dapat mengatasi masalah jeragat, jerawat dan bintik-bintik hitam di muka. Cuba amal dengan minum air saffron setiap hari. Ambil tiga helai saffron. Rendam dalam air masak selama lima minit. Ianya mampu redakan ruam merah pada muka. Juga elok pudarkan kesan parut. Selamat mencuba

4. Sifat antioksidan yang terkandung dalam saffron dapat memberi kesan positif pada paras kolesterol. Rempah ini juga kaya dengan thiamin dan riboflavin. Bahan ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan cara menguatkan sistem pengaliran darah ke tubuh. Malah kandungan antioksidan yang terdapat di dalam saffron juga boleh mencegah penyumbatan saluran darah dan arteri.

5. Bahagian mata terlalu nipis kulitnya dan ia dengan mudah menunjukkan tanda-tanda penuaan dengan ujudnya garis-garis halus, kedut dan lingkaran hitam di bawah mata. Bagi mereka yang sering tidur lewat juga pasti menghadapi masalah terdapatnya kantung dibawah mata. Untuk mencegah ini terjadi, saffron dapat memberikan perlindungan dengan menyapukan air saffron disekitar kawasan bawah mata. Selain mengurangkan kantung dibawah mata, ia juga dapat menghindarkan berlakunya peradangan disekitar mata. Malah ia juga dapat mengurangkan kedutan dan lingkaran hitam di bawah mata.

I will be grateful ifSend me your analysis on this photo.
Photo by Benyamin Bohlouli on Unsplash

6. Saffron sangat efektif dalam merawat gejala depresi atau kemurungan yang berada di tahap ringan dan sederhana. Zat crocin yang terkandung di dalam saffron boleh menurunkan gejala ini dengan lebih baik daripada ubat antidepresi. Amalkan minum air saffron yang direndam selama lima minit secara konsisten untuk selama dua bulan berturut-turut. Anda pasti teruja dengan hasilnya.

7. Bagi lelaki yang menghadapi masalah kesuburan, eloklah amalkan minum air saffron seminggu sekali yang direndam di dalam air panas. Air saffron didapati efektif dalam meningkatkan kualiti sperma pada lelaki yang tidak subur.

8. Mereka yang ada masalah penyakit asma bolehlah mencuba minum air saffron. Komponen aktif saffron seperti Safranal dan Crocin berfungsi sebagai anti-inflamasi dan antioksidan dapat membantu mengurangi masalah radang di bahagian paru-paru. Ini membolehkan lebih banyak udara memasuki paru-paru bagi memudahkan seseorang itu bernafas dengan baik.

9. Antara kebaikan saffron yang kurang diketahui ramai ialah manfaatnya dalam memperbaiki fungsi otak. Kandungan antioksidan yang terdapat pada saffron berpotensi memperbaiki fungsi kognitif dan memori pesakit yang menghidap penyakit Alzheimer. Ia juga dapat melindungi tubuh badan dari gangguan yang mempengaruhi sistem saraf seseorang.

Previous articleUngu Di Pesta Muzik Kuantan Ditunda 4 Mei Ini Bagi Menghormati Bulan Ramadan Yang Hampir Tiba
Next articleSering Sakit Perut? Mungkin Anda Tak Subur! (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here