YB Menteri , Datuk Seri Hajah Nancy Shukri (tengah) menerima jambangan bunga sebagai tanda majlis sambutan Hari Wanita di Shah Alam, baru- baru ini.

Oleh : Nafsiah Jani

Program Wacana Srikandi yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri di Pusat Konvensyen, Shah Alam menjadi platform yang unggul bagi para wanita di Malaysia untuk bersatu,berinspirasi dan meraikan kehebatan mereka bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini.

Majlis yang julung kalinya dianjurkan oleh SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) menampilkan tiga usahawan berjaya yang berkongsi rahsia kejayaan mereka. Antara panel yang terlibat ialah Aliza Ali, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aleeya Zailan (Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd.) dan Masitah Mohd Affandy ( Penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor).

Ketua Pegawai Eksekutif SCSB, Nor Azlina Amran (kanan) menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada wakil Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia.

Forum yang dihoskan oleh Fedtri Yahya dengan tajuknya ‘Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti’ telah memberikan inspirasi dan suntikan semangat kepada para tetamu yang hadir terutama dalam mengarus perdana gender. Ia juga memberi pencerahan kepada kepada setiap wanita yang hadir mengenai peranan mereka dalam dunia yang kian mencabar.

Dalam forum ini juga panel juga turut berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi mereka sepanjang meniti tangga kejayaan. Sedikit sebanyak pengalaman ketiga-tiga panel dapat dijadikan panduan dan inspirasi untuk wanita mengapai kejayaan seperti mereka.

Jedan (kiri sekali) menerima sijil penghargaan daripada YB Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy ketika ucapan perasmiannya berkata, “Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini dengan tema ‘Wanita Dijulang Negara Gemilang’ yang memberikan penekanan kepada pentingnya membentuk budaya inklusif dan kesaksamaan gender di semua lapisan masyarakat, sebagai usaha untuk memartabatkan wanita di Malaysia.

“ Kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan para wanita untuk sentiasa bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi serta tenaga buruh di mana kedua-dua ini dapat membantu dalam menjana pendapatan untuk diri sendiri, keluarga sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan.”

Fedtri Yahya( selaku panel -kanan sekali) bersama (dari kanan) Aleeya Zailan, Aliza Ali dan Masitah Mohd Affandy ketika berbicara topik Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri yang menyanyikan lagu-lagu bersesuaian dengan Hari Wanita. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan 21 peragaan fesyen daripada House of Jedan Shah Alam dengan temanya ‘Cahaya Di Aidilfitri’.

Program Wacana Srikandi kali ini turut menyampaikan penghargaan kepada tiga buah rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, cawangan Selangor, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Ketiga-tiga rumah kebajikan ini turut menerima sumbangan sebanyak RM10,000.

Persembahan suami isteri, Syamel dan Ernie yang begitu mantap sekali.

Sajian istimewa daripada cef berpengalaman di Pusat Konvensyen Shah Alam, saguhati dan hadiah kepada tetamu bertuah merupakan antara pengalaman dan kenangan manis yang dapat dibawa pulang oleh para tetamu yang hadir.

Program Wacana Srikandi ini disokong oleh KPWKM serta ditaja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama dan para penaja lain iaitu Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Datum Corp International Sdn. Bhd., Johawaki, Argania, Ferraflora, CIMB Bank, Concorde Hotel, Naturel dan House of Jedan Shah Alam dengan kerjasama Thrillerz dan MyTicket Asia.

Anuar Zain turut menghiburkan penonton
Previous articleRamadan Datang Lagi!
Next articleBufet Ramadan Hotel Concorde, KL Tampilkan Menu Kampung Yang Lazat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here