Oleh : Syed Wafa
Foto : Iqbal Zulkurnain ( Pengurus Pemasaran Rasa Rosz )
Walaupun Datuk Ifa Raziah sibuk menguruskan event Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 tidak lama lagi iaitu pada 29 Mac ini, beliau tetap meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama keluarga di Restoran Rasa Rosz.
“Sebenarnya sudah lama Ifa nak datang ke sini untuk menjamu selera kerana banyak komen yang Ifa dengar masakan di sini sungguh enak dan Ifa gembira sangat akhirnya impian Ifa tercapai,” kata Ifa sambil mengukir senyuman.
Pada hari tersebut, Ifa yang disambut dengan penuh kemesraan oleh Pengurus Pemasaran Rasa Rosz iaitu Iqbal Zulkurnain yang begitu berbesar hati kerana beliau sudi datang berbuka puasa di Restoran Rasa Rosz.
Keenakan Ayam Percik Rasa Rosz, Gulai Kawah Tulang, Asam Pedas Tulang, Crispy Buttermilk Chicken dan kueh muih serta pilihan minuman yang menyegarkan air kathira, air jagung dan air keladi yang menjadi hidangan berbuka puasa yang disediakan Restoran Rasa Rosz, nampaknya berjaya menambat cita rasa Ifa Raziah.
“Ifa agak cerewet dalam memilih makanan tetapi menjamu selera di sini betul-berul mengikut selera Ifa dan sungguh tidak mengecewakan,” kata Ifa ikhlas.
Kata Ifa lagi, bagi mereka yang ingin membawa keluarga tercinta untuk berbuka puasa, Restoran Rasa Rosz adalah pilihan yang tepat. ini adalah kerana disamping makanan yang sedap lagi menyelerakan serta lokasi yang santai dan lengkap dengan tempat solat serta kemudahan lain lagi.
Restoran yang terletak di AEON Big, Wangsa Maju ini menawarkan set berbuka puasa yang murah dengan hidangan yang sungguh menyelerakan.
Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, sempena kedatangan bulan yang mulia ini, Restoran Rasa Rosz juga turut menyediakan tiga jenis set hidangan berbuka puasa.
“Sempena jom iftar bersama Rasa Rosz ini kami turut menyediakan beberapa set hidangan yang boleh dipilih pelanggan mengikut cita rasa mereka. Hidangan kami mengandungi set hidangan utama, kuih-muih, pencuci mulut, kurma dan minuman.
“ Nampaknya set hidangan ini begitu mendapat sambutan dan banyak pelanggan yang datang semula bersama keluarga untuk berbuka puasa ke sini,” kata Rozita lagi.
Ifa Raziah juga begitu berpuas hati dengan menu di sini dan berhasrat untuk berkunjung menjamu selera lagi bersama keluarga tercinta.
“Pasti Ifa akan datang ke sini lagi kerana Ifa dah mula rindu dengan keenakan masakannya dan cita rasanya sungguh tersendiri,’ kata Ifa bersungguh-sungguh.
@rasaroszresto Terima kasih Dato’ @MissDivaIfaRaziah kerana sudi meluangkan masa singgah ke Resto kami. Harap Dato’ dan team @Starvendors puas hati dengan hidangan yang kami sediakan. Mari berbuka puasa dengan sajian istimewa Ramadan di Rasa Rosz Resto, Wangsa Maju! Nikmati hidangan seperti Udang Harimau Masak Lemak Nenas, Asam Pedas Tulang, Ayam Percik disertai dengan aneka Kuih-Muih, Cucur Udang dan Tauhu Bergedil Ayam yang pasti menyelerakan anda! #ifaraziah #iftarKL #aeonbigwangsamaju #rasaroszresto #menuiftar #fyp #starvendors ♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.