Image by freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Ramai yang beranggapan strok adalah penyakit yang hanya menyerang orang tua sahaja. Namun ramai yang tak sedar bahawa strok juga boleh terjadi di kalangan golongan muda, seawal 30 tahun. Serangan strok tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh berlaku secara tiba-tiba. Menurut statistik, strok merupakan penyumbang terbesar kepada kematian di Malaysia selepas sakit jantung dan kanser.

Strok yang juga dikenali sebagai angin ahmar boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu Strok Thrombotic dan Strok Haemorrhagic. Strok Thrombotic terjadi apabila saluran darah ke otak sempit atau tersumbat. Pengumpulan sisa kolesterol yang terkumpul di salur darah juga merupakan salah satu sebab berlakunya strok jenis ini. Strok Haemorrhagic pula terjadi apabila saluran darah ke otak pecah dan menyebabkan pendarahan.

Seseorang yang mengalami strok akan kehilangan pelbagai fungsi antaranya kelemahan otot muka, otot badan, kesukaran untuk bertutur, kesukaran untuk melihat dan kesukaran untuk mengingat, sebelah bahagian badan terasa kebas secara tiba-tiba, kaki dan tangan rasa lemah, kebas dan lumpuh. Selain itu seseorang itu akan mengalami sakit kepala yang sangat kuat tanpa sebab, hilang imbangan badan dan sukar menelan.

Image by mann Pradhan from Pixabay

Untuk pulih dari strok bergantung pada banyak faktor yang berbeza, seperti jenis strok yang dialami, faktor usia dan kesihatan pesakit sebelum strok. Antara cara rawatan yang disyorkan kepada anda ialah:-

  1. Rawatan rehabilitasi juga adalah salah satu komponen penting yang perlu dititikberatkan.
  2. Rawatan fisioterapi untuk menguatkan kembali otot yang lemah dan lumpuh. Banyakkan latihan tangan dan kaki untuk membantu otot kembali kuat.
  3. Terapi pertuturan dan bahasa untuk membantu masalah pertuturan dan pemahaman.
  4. Terapi pekerjaan membantu urusan seharian seperti mandi, memakai baju dan makan.
  5. Sokongan keluarga amat penting untuk membantu emosi pesakit strok.
  6. Selain terapi di pusat fisioterapi, tiga kali seminggu pesakit strok juga perlu melakukan senaman berjalan selama sejam di bawah cahaya matahari pagi. Cahaya matahari dari jam lapan hingga 10 pagi itu dapat membekalkan cahaya ultraviolet dan infrared bagi merangsang metabolisme untuk lebih cepat berpeluh, aliran darah laju ke organ-organ, penyembuhan lebih cepat dan pembuangan toksin dalam badan juga lebih cepat.
  7. Pesakit strok perlu berada dalam keadaan yang tenang dan tidak tertekan. Mereka juga tidak boleh dilayan seperti budak kecil yang perlu dimarahi kerana mereka terlalu sensitif dan mudah menangis.
  8. Banyakkan aktiviti terapi minda seperti mendengar muzik, alunan ayat-ayat suci, dan juga melihat gambar-gambar lama. Ini boleh membantu mereka rasa lebih tenang dan menguatkan minda mereka dalam masa yang sama.
  9. Walaupun tidak boleh mengubah umur, jantina dan sejarah keluarga seseorang itu masih mampu menjalani gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko serangan strok.
  10. Mereka yang mengalami strok juga perlu mempunyai semangat yang kuat untuk kembali sembuh. Semangat ini yang akan membantu seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali pulih seperti sedia-kala.

 

Previous articleResdung kronik boleh dihindari dengan udara yang bersih (Bahagian 2)
Next articleSempena Hari Guru…Guru Cerita Rahsia Fahmi Fadzil!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here