Oleh : Asmat Fikri
Bagi permulaan kanser kebanyakan simptom tidak ketara. Namun apabila semakin dibiarkan, sel kanser mula membiak dan berkembang hingga simptomnya menjadi amat teruk.
Mungkin simptom dan tanda ini berbeza mengikut keadaan dan tahap pesakit kanser serviks, namun biasanya ini yang akan mereka alami;
• Pendarahan faraj yang luar biasa
• Sakit pada bahagian bawah belakang atau bahagian bawah abdomen/pelvis
• Sakit atau ketidakselesaan semasa hubungan seksual
• Keputihan berair, berdarah dan berbau busuk
• Simptom ini boleh disebabkan oleh banyak keadaan lain, yang lebih biasa daripada kanser serviks. Oleh itu, anda harus berunding dengan pakar ginekologi jika anda melihat salah satu atau lebih seperti simptom di atas.
Tahap kanser serviks
Seperti yang dikongsi oleh Hospital Gleneagles, Ampang, penentuan tahap menggambarkan lokasi kanser dan tahap penyebaran ke bahagian lain badan. Klasifikasi Federation Internationale de Gynecologie et d’Obstetrique (FIGO) digunakan untuk mengetahui tahap kanser serviks.
Kongsi mereka lagi, penentuan tahap juga dilakukan berdasarkan pemeriksaan fizikal, imbasan dan biopsi. Berkisar dari tahap I hingga IV, di mana tahap yang lebih besar menunjukkan kanser telah merebak dan terdapat prognosis kanser serviks yang lebih buruk.
Persoalan juga, macam mana kita nak tahu jika kita ada penyakit kanser? Bagaimana proses diagnos itu berlaku? Jawapannya: Doktor akan terlebih dahulu memeriksa kesihatan pesakit dan mengenalpasti simptom am sebelum menjalankan pemeriksaan fizikal dan ginekologi yang menyeluruh. Ujian darah dan air kencing juga mungkin akan dilakukan.
Selain itu, diagnosis juga boleh berlaku dengan cara lain iaitu:-
1) Kolposkopi adalah alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik secara terperinci. Kolposkopi ialah kaca pembesar yang digunakan oleh doktor untuk memeriksa penutup serviks seperti kulit. Alat ini juga boleh mengesan perubahan yang terlalu kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Jika kawasan abnormal dikesan semasa kolposkopi, biopsi boleh dilakukan di mana sampel tisu kecil akan diambil dan dihantar ke makmal untuk penilaian.
2) Ujian pengimejan dan imbasan seperti X-ray, imbasan tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnetik (MRI)
Pilihan rawatan untuk kanser serviks
Selepas didiagnos dengan penyakit kanser serviks, doktor akan menasihati pesakit untuk melakukan proses rawatan. Proses rawatan ini juga mempunyai beberapa kategori, pemilihan berdasarkan tahap kanser, unjuran atau syor dari doktor serta beberapa faktor lain lagi. Terapi utama yang digunakan dalam proses rawatan ialah pembedahan, radioterapi dan kemoterapi.
1) Pembedahan
Pembedahan adalah pilihan utama rawatan jika kanser dapat dikesan awal. Terdapat pelbagai pembedahan untuk merawat kanser serviks termasuk:
2) Radioterapi
Radioterapi menggunakan sinaran tenaga tinggi untuk mengecutkan tumor dan memusnahkan sel-sel kanser. Dilakukan untuk melegakan simptom yang berkaitan dengan kanser tahap lanjut. Radioterapi boleh diberikan sebagai kaedah terapi utama jika tumor besar, telah merebak dan selepas pembedahan untuk membunuh sel kanser yang tinggal.
Dua jenis terapi sinaran ialah:
i) Sinaran pancaran luar (EBRT): Menghalakan pancaran sinaran ke kawasan yang terjejas secara luaran.
ii) Brachytherapy: Meletakkan peranti dengan bahan radioaktif di dalam atau berhampiran faraj selama beberapa minit.
iii) Kemoterapi
Kemoterapi ialah rawatan kanser yang menggunakan ubat pembunuh kanser yang mujarab. Boleh diberikan dalam kombinasi dengan radioterapi, sebelum pembedahan untuk mengurangkan saiz tumor atau selepas pembedahan untuk membunuh sel-sel kanser yang tinggal bagi mengurangkan kadar penyebaran kanser.
Penutup
Cara terbaik untuk mencegah kanser serviks adalah dengan mendapatkan vaksin dan menjalani ujian saringan yang kerap serta menjalankan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan kerap bersenam.
Hampir separuh daripada semua kes kanser serviks yang didiagnosis lebih awal, menjadikannya ianya boleh dirawat. Oleh itu, kebanyakan wanita harus menjalani pemeriksaan kanser serviks secara berkala termasuk ujian Pap smear, ujian HPV atau gabungan kedua-dua ujian. Ujian saringan rutin disyorkan untuk wanita pada usia 21 tahun dan perlu diulang sekali setiap beberapa tahun.
Ujian bagi memastikan kanser serviks boleh dilakukan dimana-mana hospital atau klinik antaranya :-
-Di semua klinik dan hospital kerajaan.
-di klinik atau hospital swasta.
-Federation of Family Planning Association of Malaysia (FFPAM).
-Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN).
ASMA Fikri ialah bekas wartawan Majalah Al-Islam.