Haqiem Rusly (empat dari kiri) bersama Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Hizatul Haliza Hashim bergambar kenangan bersama penerima- penerima Anugerah Khas.

Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Afhzahafiez Kamaruddin

Seramai 982 graduan menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-12 Tahun 2024 yang telah disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis konvokesyen ini adalah untuk meraikan para pelatih tahun 2023 yang telah menamatkan pengajian di pusat latihan bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Graduan hari ini terdiri daripada 96 orang graduan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), 482 orang graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), 337 orang graduan Sijil Pertanian, 43 orang graduan Sijil Veterinar Malaysia dan 24 orang graduan Sijil Perikanan.

Haqiem Rusly ketika menghiburkan graduan.

Pada hari ini juga, turut diraikan tujuh penerima Anugerah Khas Bagi Tahun 2023 iaitu Anugerah Khas Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian, Anugerah Khas Ketua Pengarah Perikanan, Anugerah Khas Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Anugerah Khas Ketua Pengarah Pertanian, Anugerah Khas Usahawan Agrobank, Anugerah Khas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Anugerah Khas Pingat Emas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Para graduan ini telah mengikuti 9 bidang persijilan kemahiran iaitu Tanaman, Ternakan Ruminan, Ternakan Poltri, Teknologi Perikanan Tangkapan, Akuakultur Marin, Akuakultur Air Tawar, Pengeluaran Padi, Pemasaran dan Pemprosesan Makanan dan tiga persijilan daripada Jabatan di bawah KPKM iaitu Sijil Pertanian, Sijil Veterinar Malaysia dan Sijil Perikanan. Program-program pengajian ini ditawarkan di 15 pusat bertauliah seluruh negara.

Haqiem Rusly turut di minati graduan-graduan.
Haqiem Rusly bersama Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Hizatul Haliza Hashim.

KPKM telah berjaya mengeluarkan seramai 24,801 orang graduan terlatih sejak program ini bermula pada tahun 1969. Pertambahan jumlah tenaga mahir dalam bidang agromakanan dapat mempertingkatkan lagi daya saing industri agromakanan negara di pasaran global seterusnya menjamin kelangsungan bekalan makanan.

Arthur berkata, Kementeriannya mendokong visi negara ke arah membangun Malaysia Madani di samping memastikan peralihan kepada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) diterapkan melalui pemerkasaan Sistem Pendidikan Teknikal & Vokasional (TVET) yang ditawarkan.

Penerima Anegerah Khas (barisan belakang) bersama barisan dif-dif kehormat.
Bergambar kenangan, Haqiem Rusly bersama (dua dari kiri) Nur Akidah Amirudin,
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian ( BPKLP)
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Hasnul Hadir Jamali dan Aishah Haji Yusoff.

“Oleh yang demikian bagi memastikan semua graduan berkemahiran sentiasa relevan dalam industri pertanian, adalah penting bagi Kerajaan memperkasakan jaringan ekonomi digital di seluruh negara melalui pelaksanaan pelbagai kerangka strategi serta pelan tindakan termasuk juga dalam pembangunan dan pengukuhan program TVET dibawah kawal selia KPKM.”

Hadir sama dalam majlis ini, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Hizatul Haliza Hashim, YBhg Dato’ Adnan Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Puan Shamila Zainol, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan.

Haqiem Rusly bergambar kenangan bersama VIP
Haqiem Rusly gembira dapat hiburkan graduan

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi remaja, Haqiem Rusli, yang menyanyikan tiga buah lagu popularnya, Jatuh Bangun, Mimpi dan Sangkar Derita. Tidak ketinggalan persembahan band dari ASWARA, gamelan dan persembahan koir Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Previous articleSelamat Hari Bapa!
Next article“Kakak” drama pendek tentang Mila Jirin hidup susah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here