Shiera sering dipanggil untuk menjadi pengacara bagi program korporat dan sebagainya.

Oleh: Wawa Najwa
Foto: Ehsan Sharifah Shahirah/Koleksi Syed Wafa

SETIAP Isnin hingga Jumaat bermula jam 3 hingga 6 petang, suara Sharifah Shahirah atau Rara akan kedengaran dalam segmen Suria Petang bersama Chiwan dan Kai Hassan di saluran radio Suria FM.

Cara penyampaian Rara atau nama penuhnya Sharifah Sahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 50, sewaktu ke udara sangat santai dan disebabkan itulah pendengar Suria terasa dekat dengan penyampai radio berkenaan.

Shiera sewaktu menjadi penghias muka depan majalah Hai bersama kakaknya, Lynn dan Linda Rafar.

Sharifah Sahirah atau mesra dengan panggilan Shiera mula menjadi penyampai radio di Suria FM pada 2010 sehingga 2011 dan kemudian meneruskan tugasannya di stesen tersebut sejak 2018 hingga kini.

“Saya terlibat sebagai penyampai radio ni sebab pihak Suria percaya dengan kebolehan saya kot! Waktu itu banyak stesen radio nak pelawak jadi penyampai radio dan mungkin saya dianggap sebagai pelawak juga dan sebab itulah ditawarkan peluang tersebut. Terima kasih Suria.

“Sebenarnya sebelum masuk konti ini saya dah pernah jadi pengacara untuk beberapa program di TV. Tugasan pertama sebagai pengacara yang saya lakukan adalah untuk Anugerah Media Hiburan 2002 di Angkasapuri pada Januari 2003.

Shiera dan Ijoy mendirikan rumah tangga pada 2003.

“Itu tugasan pertama saya jadi pengacara bersama kakak, Lynn. Alhamdulillah, biarpun sekadar pengacara bidan terjun, gandingan kami memuaskan hati orang ramai,” imbasnya kembali.

Bermula dari situlah Shiera sering diberi peluang untuk mengacarakan pelbagai majlis-majlis anugerah di Malaysia seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2005, 2008, 2009, 2010 dan 2011).

Malah Shiera juga pernah mengacarakan siaran langsung Festival Filem Asia Pasifik ke-50 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2005.

Ijoy dan Shiera sama-sama berlakon dalam siri TV Mat Despatch sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Selain itu, antara rancangan TV yang diacarakan oleh Shiera adalah Nasi Lemak Kopi O, Mangkuk Tingkat serta rancangan bual bicara Gedik Santai.

Bercerita lanjut tentang tugasnya di radio, kata Shiera sebelum masuk konti, beliau akan membuat melihat sosial media untuk mencari topik yang sesuai.

“Selalu malam-malam sebelum tidur, saya akan skrol media sosial untuk tengok apa topik yang menjadi bualan ramai. Selain itu, saya juga banyak bercampur dengan orang sekeliling dan bukan satu kelompok saja.

Shiera bersama ibu mentuanya, Datin Maria Arshad.

“Saya bergaul dengan ramai peringkat usia dan sebab itu saya ada ramai kawan. Saya memang suka berborak dengan orang sekeliling dan di waktu yang sama, dapatlah tengok karenah orang dan dari situlah kadang-kadang boleh dijadikan topik untuk dibualkan sewaktu dalam konti,” katanya.

Tambah Shiera, bila beliau ramah dengan orang sekeliling, banyak benda yang dapat dipelajari hasil daripada pergaulan. Begitu juga, kata Shiera, beliau banyak belajar daripada pendengar.

Beliau yang mula mencipta nama sejak 1992 hingga kini dan sezaman dengan Didie Alias, Datin Seri Nina Juren, Dr Ahmad Idham, Azhar Sulaiman, Zamarul Hisham serta Rusdi Ramli masih berharap agar diberi peluang untuk menjadi hos program TV.

“Saya pernah menjadi pengacara program TV dan minat itu tak pernah padam hingga kini. Tapi dalam usia sekarang ini, saya teringin nak buat program yang boleh membantu orang sekeliling.

Bersama rakan setugas yang kendali program Suria Petang, Chiwan dan Kai Hassan.

“Kalau ditawar buat program pasal kehidupan orang setempat, memang saya tak akan menolak. Entahlah, hati saya ni mudah tersentuh kalau tengok orang hidup susah. Saya suka dekati orang yang hidupnya tak sempurna supaya secara tak langsung mengajar diri sendiri untuk lebih menghargai apa yang ada,” katanya yang suka mengambil berat perihal orang sekeliling.

Memandangkan sikapnya yang suka mengambil berat dan membantu orang sekeliling ada juga yang mengambil kesempatan di atas kebaikan Shiera.

“Saya memang suka bantu orang tapi ikut kemampuan, nak bersedekah banyak macam orang lain tu tak mampulah. Apa yang saya lihat, sekarang ini ramai yang minta sedekat dekat DM (direct message), kalau itu saya tak bagi. Saya lebih suka buat kerja baik itu tanpa diketahui ramai,” katanya yang terlibat dalam program Travel With Mommy.

Bercerita tentang program tersebut, Sheira kata, itulah peluang untuknya mengenali anak bujangnya, Airell Zulkifl, 20, secara dekat.

Shiera bersama suami dan anak-anak tercinta.

“Sebenarnya, saya jarang dengan anak saya, lagi-lagi anak lelaki. Mana ada anak lelaki yang mengekor maknya. Kebanyakan anak remaja sekarang dah tak nak dengan mak. Saya banyak keluar dengan suami saya sahaja. Dengan anak-anak keluar makan macam tu saja.

“Bila sertai program Travel With Mommy dapatlah saya duduk satu bilik dengan anak saya dan dia faham maknya macam mana dengan mendalam. Bila tinggal sebilik barulah kita tahu perangai anak kita macam mana, sebab dah mengadap 10 hari. Jadi kita dapatlah memahaminya lebih sikit,” katanya yang turut mempunyai seorang anak bersama bekas suami, Jatt Balck Dog Bone iaitu Allisya.

Dalam pada itu, Shiera tidak membantah jika ada di kalangan anak-anaknya bersama Ijoy atau Zulkifli Azahari iaitu Airell, Airra, 17, Audra, 15, dan Adeena, 8 tahun yang mahu membabitkan diri dalam bidang seni.

Bersama anak bujangnya, Airell yang menjayakan program Travel With Mommy sewaktu rakaman di Korea Selatan.

“Jika ada anak-anak nak ikut jejak dalam bidang seni, saya tak menghalang. Saya kata, kalau kita menjadi seseorang itu kita kena manfaatkan kepada orang lain. Daripada duduk rumah tak buat apa-apa baiklah keluar sebab kita hidup ini kena mempermudahkan kerja orang lain.

“Bagi saya, kalau itu minat mereka (bidang seni), saya sokong dan beri galakan. Biar mereka rasa sendiri bagaimana susah dan senangnya nak mencari wang,” kata Shiera yang senang bersikap terbuka dengan anak-anak.

Shiera yang pertama kali muncul di layar perak menerusi filem Imigran pada 1993, kemudian dalam filem Femina dan beberapa filem lain seperti Soalnya Siapa? serta Buli hingga kini tidak pernah berhenti berlakon.

Namun kata Shiera, selepas bekerja di stesen radio, masa menjadi kekangan untuknya terus aktif dalam bidang lakonan walaupun mendapat tawaran.

Shiera adalah seorang insan yang mudah mesra dengan siapa saja.

“Sebelum kerja sebelah petang ni, memang ada yang tawar berlakon. Sesekali tu saya buat jugalah. Sekarang ini bila asyik kerja petang, orang pun dah tak berani nak tawar saya berlakon, susah. Memang banyak kena berkorban bila buat radio ini.

“Berlakon kalau produksi boleh ikut jadual saya okey la, pukul dua petang kena lepaskan saya. Ada juga tawaran tapi saya tak suka nak susahkan produksi. Berlakon ini perlu ambil kira soal masa dan bajet.

“Takkan kerana saya seorang, jadual orang lain terganggu. Jalan mudah, saya tak ambil tawaran berlakon sebab saya tak dapat bergerak bebas kerana terikat dengan jadual kerja di konti,” katanya yang banyak mendapat tawaran untuk review produk atau makanan.

Previous articleDah menang banyak anugerah, Haqiem Rusly masih impikan gelaran Anugerah Juara Lagu
Next articleDapatkan Notifikasi daripada Pearl Abdul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here