Datuk Sri Rozita Ramelan Kagum dengan perjuangan Putri Ariani.

Oleh : Syed Wafa
Foto : Afhzahafiez Kamaruddin

Sejak penyanyi berbakat besar dari Indonesia, Putri Ariani muncul sebagai peserta di America’s Got Talant musim ke-18, hampir semua penonton di seluruh dunia yang menonton program tersebut mengalirkan air mata.

Mereka amat kagum seorang remaja perempuan yang kurang daya penglihatan boleh bermain piano dengan baik sambil menyanyikan lagu ciptaan beliau sendiri iaitu “Loneliness” dengan suara yang begitu merdu dan mantap sehingga dapat “Standing Ovation” serta paling menakjubkan ketua juri pertandinagm tersebut, Simon Cowell memberi “Golden Buzzer”.

Wakil FOC, Datuk Shariffah Maznee Al-Attas Haji Syed Noor Osmandan (Berdiri Paling Kanan), Megatic Malaysia Ridzuan Mohammad ( Berdiri Paling Kiri) menyampaikan sumbangan sebanyak sepuluh ribu ringgit kepada Nancy Shukri (Dua dari kanan) untuk disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara.

Sejak itu juga nama Putri Ariani terus gah dan menjadi sebutan di seluruh dunia dan berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Malah beliau dijemput oleh pemuzik antarabangsa terkenal, Alan Walker untuk bersama merakamkan lagu “Who I Am” bersama Peder Elias.

Putri Ariani juga seorang yang berhati mulia, ini terbukti walaupun beliau seorang yang kurang upaya dan begitu sibuk dengan kerjaya seninya tetapi tetap meluangkan masa berkunjung ke Malaysia bagi menjayakan majlis amal yang dianjurkan oleh Family Of Charity (FOC) bersama Megatix Malaysia. Dalam majlis amal tersebut, FOC dan Megatix Malaysia telah menyampaikan sumbangan sebanyak sepuluh ribu ringgit kepada Yang Berhormat Datuk Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara.

Nancy Shukri menyampaikan cenderahati kepada Putri Ariani.

Dalam majlis bersejarah ini juga antara tetamu yang turut hadir, Datuk Sri Rozita Ramelan yang merupakan seorang tokoh usahawan berjaya tanah air dan juga merupakan Pengarah Ladybosz. Beliau juga diberi kesempatan untuk bertemu secara eksklusif bersama artis berbakat besar Putri Ariani.

Dalam pertemuan tersebut Rozita Ramelan begitu terharu dan mengalirkan air mata. Pada awal pertemuan Putri Ariani mencium tangan Rozita ketika bersalaman. Putri juga gembira menerima cenderahati dari Rozita yang merupakan produk makanan keluaran beliau iaitu Rasa Rosz Sdn. Bhd.

Dari kanan Wafa (Penulis), Rozita Ramwlan, Putri Ariani dan Reni Alfianty (Ibu Tercinta Putri Ariani) bergambar kenangan.

“Saya amat kagum dengan kekuatan dan kehebatan Putri, awak seorang yang banyak memberi sumber inspirasi untuk saya terus berjaya, awak kekuatan bagi saya,” kata Rozita sambil memeluk Putri dengan linangan air mata.

“Terima kasih dan saya amat hargai dan semoga kita dapat bertemu lagi,” ujar Putri Ariani sambil tersenyum dengan wajah yang sayu.

Tetamu yang hadir bergambar kenangan bersama tetamu VIP dan Putri Ariani.

Rozita Ramelan juga berharap dapat bertemu lagi dengan Putri Arini serta dapat bekerjasama dengan beliau pada masa akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Sri Rozita Ramelan (@ds.rosz)

Previous articleMaiya Melati Bagaikan Puteri Di Majlis Ulang Tahun Keenam!
Next articleTV AlHijrah santuni penonton yang kurang bernasib baik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here