Nama kumpulanJuicy Luicy masih baharu kepada peminat muzik tempatan.

Oleh: Wawa Najwa

KALAU sebut nama Juicy Luicy, pasti ada yang bertanya itu penyanyi solo atau berkumpulan. Ini kerana kumpulan Juicy Luicy yang berasal dari Bandung itu bukanlah satu nama yang biasa didengari oleh peminat muzik tempatan.

Namun siapa sangka kumpulan pop jazz yang dianggotai oleh Julian Kaisar (vokalis), Denis Ligia (gitar elektrik), Zamzam Y.M (saxophone & gitar akustik), Dwi Nugroho (dram) dan Bina Bagja (bass) bakal membuat persembahan bersama beberapa band tempatan sempena Malam Galau Kuala Lumpur pada 8 November ini di Zepp Kuala Lumpur.

Juicy Luicy bakal menjayakan Malam Galau Kuala Lumpur, 8 November ini di Zepp Kuala Lumpur.

Kekuatan utama band ini pastinya kepada komposisi muzik yang segar, lebih dinamik seterusnya menangkap halwa telinga peminat meskipun baru pertama kali mendengarkan naskhah mereka secara langsung di sini.

“Kami bersyukur dengan kesempatan yang diberikan untuk hadir sama menghiburkan peminat di Malaysia sempena Malam Galau Kuala Lumpur. Ini merupakan kesempatan yang tidak mungkin kami lepaskan memandangkan konsert itu nanti akan menjadi permulaan kehadiran Juicy Luicy ke sini.

“Pastinya banyak perancangan yang kami akan buat untuk memberikan yang terbaik kepada peminat. Apa yang paling penting kami bukan sahaja mahu menambahkan bilangan peminat semata-mata tetapi juga mahu karya kami diterima baik oleh pendengar baharu,” kata Julian Kaisar.

Kumpulan dari Bandung ini bakal mengadakan persembahan di pentas yang sama dengan band tempatan.

Nama Juicy Luicy cukup popular di Indonesia kerana setiap tahun nama kumpulan itu tercalon dalam beberapa anugerah utama muzik Indonesia termasuklah Anugerah Musik Indonesia (AMI), Bandung Music Awards dan Billboard Indonesia Music Awards melalui pelbagai karya yang dihasilkan.

Tambah manis apabila mereka berjaya memenangi kategori Duo/Grup of The Year sempena AMI26 (2023) menegenepikan nama-nama besar seperti Yovie & Nuno, Ungu, For Revenge dan Armada selain merangkul Duo/Grup Jazz Terpopular Bandung Music Award pada tahun yang sama.

Malah lagu Lantas dendangan Juicy Luicy yang dikeluarkan pada 2020 banyak menaikkan nama mereka sehinga distim sebanyak 284 juta kali di Spotify. Lagu-lagu lain nyanyi kumpulan tersebut turut mendapat jumlah strim yang tinggi membuktikan karya mereka diterima ramai.

Sejak konsert ini diumumkan secara rasmi kurang sebulan yang lalu, tiket-tiket sudah terjual lebih 60 peratus menandakan maklum balas positif daripada peminat mereka di sini.

Juicy Luicy tidak sabar untuk menghibur peminat mereka di Malaysia.

Menurut penerbit Konsert Malam Galau Kuala Lumpur, Elmi Elmo pula menganggap kehadiran Juicy Luicy begitu istimewa memandangkan mereka sudah mempunyai pengikut tersendiri sejak awal penubuhan.

“Karya-karya yang dihasilkan mereka juga kena dengan selera pendengar yang sentiasa mahukan kelainan dari semasa ke semasa. Rangkaian lagu-lagu mereka kena dengan tema Konsert Malam Galau yang sudah diadakan beberapa kali sebelum ini. Atas dasar itu juga membuatkan kami yakin dengan kemampuan mereka untuk menghiburkan peminat di sini.

“Untuk band lokal pula, kami masih memilih kumpulan mana yang bersesuaian dan kena dengan konsep. Apa yang boleh saya katakan, akan ada empat band lokal yang akan bersama Juicy Luicy pada malam itu nanti,” kata Elmi mewakili HashTag Media.

Selaku penerbit bersama, Willy Dozan yang mewakili Black Sky pula menganggap percaturan membawa band ini sebagai satu langkah berani memandangkan mereka belum pernah muncul secara rasmi di sini.

Juicy Luicy anggap ini peluang keemasan bila dapat mengadakan persembahan di Malaysia.

“Pihak kami bersyukur dengan sambutan hangat yang diberikan oleh penggemar terhadap Juicy Luicy. Sebaik sahaja kami mengumumkan kehadiran mereka, jualan tiket sangat memberangsangkan membuktikan mereka sudah mempunyai peminat tersendiri.

“Sudah pasti itu bukan sahaja memberikan kelegaan tetapi juga menggembiran band itu yang mahu memberikan persembahan terbaik kepada peminat. Kami berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan mereka nanti,” kata Willy.

Konsert Malam Galau Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh HashTag Media bersama Black Sky Enterprise itu turut mendapat sokongandaripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Sebagai info, lagu Lantas yang dikeluarkan pada 2020 banyak menaikkan nama mereka sehinga distim sebanyak 284 juta kali di Spotify. Malah beberapa lagu lain turut mendapat jumlah strim yang tinggi membuktikan karya mereka diterima ramai.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM128 (Teriak), RM 158 (Terpaling), RM 228 (Teresak), RM 288 (Tersendu) dan VIP Royal Box berharga RM 3088 (Tergalau) yang boleh dibeli di www.malamgalau.com

Previous articleFazura lancar tudung koleksi merdeka
Next articleWow…Nikmati Bufet Di Hujung Minggu Di Hotel Concorde Kuala Lumpur Dengan Harga Promosi!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here