Mi Racun Tulang antara menu baru Restoran Rasa Rosz yang mendapat sanbutan pengunjung.

Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Emel Ismail

Anda dah cuba Mi Racun Tulang? Kalau belum, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menikmati hidangan lazat tersebut di Restoran Rasa Rosz di AEON Big, Wangsa Maju. Menu baru ini merupakan menu yang pernah viral di Batu Pahat, Johor.

Antara menu yang lain ialah Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali.

Cef Bob bangga perkenalkan menu baru Restoran Rasa Rosz.

Bagi pengemar yang suka menikmati keenakan Mi Racun Tulang viral ini, datanglah bersama keluarga, rakan-rakan atau orang tersayang ke Restoran Rasa Rosz, yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sekali cuba, pasti nak datang lagi dan lagi. Cuba jangan tak cuba.

Restoran yang terletak di dalam AEON Big ini menawarkan suasana yang tenang, sejuk dan dingin untuk pelanggan bersantai-santai sambil menjamu selera. Selepas makan menu yang berat, pelanggan juga boleh memilih untuk hidangan pencuci mulut yang cukup menyelerakan.

Antara yang mendapat sambutan (Kanan sekali) Cucur Kakiage, bersama Chicken Wing sos buttermilk (kiri) dan Chicken Wing sos sambal madu.
Sungguh menyelerakan Kantonis Kuey Teow yang patut dicuba.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan terharu sejak dilancarkan 22 Julai lalu, menu baru iaitu Mi Racun Tulang dan Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu begitu mendapat sambutan.

“Datanglah beramai-ramai kerana restoran kami ini dibuka setiap hari dari jam dari jam 10 pagi hingga 10 malam.”

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan terharu menu baru begitu mendapat sambutan hangat.

Eksekutif Pemasaran Restoran Rasa Rosz, Mohammad Faris Firdaus Sabri berkata, restoran kami sentiasa terbuka untuk mengetengahkan menu-menu baru sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia yang suka mencuba.

“Jadi kalau nak rasa ala-ala berada di negara tersebut, datanglah ke Rasa Rosz. Restoran kami ada menyediakan pelbagai menu baru untuk dinikmati pelanggan setia kami. Cubalah makan Mi Racun Tulang dan Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu. Sekali rasa pasti anda nak datang dan makan lagi kerana kedua-dua menu ini merupakan `hot selling’ kami.

Tiga menu air dari (kiri) Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate.

“Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang kami ketengahkan selain Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging. Untuk set nasi pula kami ada sediakan Nasi Gulai Kawah Tulang.

“Bagi mereka yang nak makan ringan bolehlah cuba Kantonis Kuey Teow, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.”

Nasi Gulai Kawah (belakang sekali) bersama menu daging dan ayam Skewer.

Menurut Faris lagi, seperti biasa harga yang kami tawarkan cukup berpatutan mengikut harga semasa.

“Kami faham keadaan ekonomi sekarang, itu sebabnya harga yang kami tawarkan begitu berpatutan dan mesra pelanggan bermula dari RM9.00 hingga RM26.

Eksekutif Pemasaran Restoran Rasa Rosz, Mohammad Faris Firdaus berharap menu baru ini akan terus memdapat sambutan.

“Selain menu yang enak, kami juga tampilkan tiga menu air mengikut citarasa rakyat Malaysia. Jenis air yang kami baru perkenalkan ialah Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate. Menu-menu enak dan sedap ini semuanya disediakan cef yang berpengalaman iaitu Cef Bob Azran bersama pembantunya Cef Maher.”

Sementara itu, Cef Bob Azran yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef turut menambah, menu-menu baru yang saya ketengahkan ini merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali begitu bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

(Dari Depan) Fettucini Rendang Daging bersama (kanan) Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu dan Spaghetti Basil Pesto.

“Disamping menu-menu baru ini, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.”

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Cef Bob Azran ( duduk) bersama Cef Maher ( kanan) dan Mohammad Faris Firdaus bersama menu- menu terbaru Restoran Rasa Rosz.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Bagi yang ingin mengetahui hidangan unik dan sedap ini cuba ikuti Instagram @rasarosezresto dan tiktok RasaRosz. Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

Previous articleJulie Sudiro legenda jazz
Next articleKempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay bersama biskut BeCalm

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here