Oleh: Wawa Najwa
DALAM menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini tidak dinafikan ada di antara kita yang terdedah kepada kemurungan. Malah Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan seramai sejuta atau bersamaan 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami isu kemurungan.
Menerusi hasil tinjauan dilakukan, jumlah itu menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun 2019 dengan golongan berusia 16 hingga 29 tahun paling ramai mengalaminya.
Tinjauan juga menunjukkan hampir separuh daripada jumlah itu berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.
Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak pula menyaksikan peningkatan daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus pada 2023.
Dari kiri, Zaza Zainee , Maisarah dan Dr Mohd Redza Abdul Rahman berkongsi pandangan dengan tetamu yang hadir.Sehubungan itu, syarikat pengeluar biskut istimewa, BeCalm Malaysia turut melancarkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm –You Can Be Okay dalam usaha membantu rakyat Malaysia menangani masalah kesihatan mental.
Pengarah Urusan BeCalm Malaysia, Maisarah Abdullah Sani berkata, pihaknya terpanggil untuk melancarkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay selepas menyedari satu petikan yang agak viral iaitu “Its Okay Not To Be Okay” yang berkaitan dengan kesihatan mental tular d alam kalangan golongan muda.
Katanya, majlis itu juga selaras dengan pelancaran produk biskut BeCalm keluaran syarikat pengeluar biskut berkenaan, dengan kerjasama Dr Mohd Redza Abdul Rahman, yang merupakan seorang saintis atau pakar dalam bidang intervensi kesihatan pemakanan.
“Atas rasa prihatin dan memandang serius masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat tempatan, kami melancarkan kempen You Can Be Okay kerana mahu masyarakat tahu dan sedar untuk bangun dan lawan, cari jalan penyelesaian.
“Jangan hidup terlalu lama dalam kesedihan dan kemurungan serta sentiasa hidup dan fikiran yang negatif. Saya bukan bercakap bagi pihak orang lain kerana saya sendiri pernah berada dalam situasi tersebut.
“Agak lama juga saya berada dalam situasi yang tidak okey, sehingga menimbulkan banyak masalah kesihatan mental dan unsur-unsur negatif yang semakin banyak timbul dalam kehidupan saya.
“Saya mahu menyakinkan mereka yang mengalami situasi seperti ini bahawa ada solusi untuk kita kembali okey dan amatlah penting untuk kita jadi okey atau normal dalam menjalani kehidupan sebagai insan di dunia ini,”kongsi Maisarah tentang pengalaman pahitnya pada majlis pelancaran Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Produk berkenaan diusahakan dan dicipta sepenuhnya di Malaysia iaitu di Shah Alam, Selangor.Tambahnya, kerisauan timbul dan bimbang jika individu yang berada dalam masalah kesihatan mental seperti “anxiety”, kemurungan, gangguan stres, trauma dan lain-lain menyalah tafsir petikan “ Its Okay Not to Be Okay” dan mahu kekal selamanya dalam kondisi itu, ia akan membawa kemudaratan kepada individu itu sendiri dan juga ahli keluarga atau masyarakat sekeliling.
Berkongsi pengalaman sendiri bagaimana permulaan beliau berada dalam belenggu kemurungan apabila disahkan mempunyai tumor dalam bahagian otak pada tahun 2007 semasa beliau bekerja di London.
Kata Maisarah, dia mengalami simpton kemurungan seperti susah tidur, berat badan naik mendadak, seperti hilang ingatan,”disorientation” dan kadang kadang turut mengalami masalah penglihatan (kabur/ tidak nampak), malah turut difitnah oleh rakan rakan akibat masalah kemurungan yang membelenggu dirinya hampir 10 tahun.
“Pada tahun 2016 saya sedar dan tidak mahu selamanya hidup dalam kemurungan. Sejak itulah saya mula mencari solusi dengan mengamalkan aswaganda dan mula menampakkan perubahan dalam diri.
“Bertitik tolak dari situ tercetusnya idea untuk saya mencari formula untuk mengeluarkan produk makanan yang mempunyai kandungan aswaganda sebagai “snacking harian”atau makanan tambahan yang mengetengahkan konsep snek sihat,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai biskut tersebut, Maisarah berkata, produk berkenaan diusahakan dan dicipta sepenuhnya di Malaysia iaitu di Shah Alam, Selangor.
Ujarnya, selain rasanya yang sedap, biskut itu juga membantu untuk keseimbangan hormon dengan kewujudan Ashwagandha KSM66 dan pelbagai bahan sihat lain. Secara umumnya, makanan ini menjadikan kehidupan seharian kita berfungsi dengan lebih baik.
“BeCalm Cookie dihasilkan dalam tiga perisa dan fungsi yang berbeza. Kita ada Chocolate Chip Sea Salt (Chillax), Speculoos White Chocolate (Mind Flex) dan Uji Matcha White Chocolate (Vibe On).
“Produk ini juga boleh didapatkan di aplikasi TikTok BeCalm, Shopee BeCalm atau hubungi kami menerusi Instagam kami @becalm.my,” katanya.
Dalam usaha merancakkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm You Can Be Okay supaya sampai kepada masyarakat dengan lebih meluas beberapa rakan selebriti seperti Mark Adam, Irma Hasmie, Sissy Iman, Syed Ali, The Helmis,Ajaq Shiro, Suraya Borhan serta pempengaruh Zaza Zainee sebagai duta pertama BeCalm Cookies diajak untuk bersama-sama menyampaikan mesej kempen ini.
Wawa Najwa adalah seorang wartawan hiburan dan kini penulis undangan di Ladybosz.