Image by photoangel on Freepik

Oleh : Asmat Fikri

Selain sembelit dan kerap meneran, buasir ketika hamil juga dikaitkan dengan batuk berterusan dan terlalu lama mencangkung di tandas serta pelbagai lagi. Sebelum kita melihat risiko buasir selepas bersalin, apa kata kita kenali terlebih dahulu jenis-jenis buasir. Buasir ada dua kategori semuanya, iaitu buasir dalaman dan luaran.

Buasir dalaman ialah buasir terbentuk di bahagian dalam rongga rektum. Manakala buasir luaran pula berlaku di luar atau di pangkal dubur. Selain itu, buasir juga boleh dibahagikan kepada empat gred bergantung kepada teruknya buasir tersebut.

● Buasir gred satu – buasir dalaman ini menonjol tetapi ia tidak menonjol ke dalam saluran dubur. Pendarahan juga mungkin berlaku.
● Buasir gred dua – berlaku apabila buasir akan menonjol keluar semasa membuang air besar, tetapi ia akan masuk semula secara spontan.
● Buasir gred tiga – hampir sama seperti gred dua, tetapi ia perlu dimasukkan semula ke dalam dubur secara manual.
● Buasir gred empat – yang paling teruk di mana apabila ia terkeluar, ia tidak dapat dimasukkan semula ke dalam dubur walaupun ditolak secara manual.

Buasir selepas bersalin

Biasanya buasir yang dialami wanita ketika hamil akan hilang selepas bersalin. Namun begitu, tidak semua yang akan hilang, namun ada beberapa keadaan ibu mengandung buasir yang dialaminya selepas bersalin iaitu:

• Hilang sendiri
• Kekal sebagai masalah kecil untuk tempoh setahun (1 daripada 7 wanita)
• Menjadi masalah utama (1 daripada 40 wanita)

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan daripada dubur, tetapi sebaiknya anda segera berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan. Ini perlu kerana doktor dapat mengesan sama ada berlakunya pengeluaran darah pada bahagian tersebut.

Jangan dibiarkan kerana dikhuatiri nanti keadaan akan menjadi bertambah teruk. Disebabkan tidak peduli dengan keadaan tersebut, pendarahan yang berlaku mungkin memerlukan kepada pembedahan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang perlu diamalkan wanita yang mempunyai buasir selepas bersalin. Mungkin jika bernasib baik, buasir akan hilang terus. Mudah-mudahan.

Image by jcomp on Freepik

Cara mengurangkan risiko dan merawat buasir selepas bersalin:

  1. Tingkatkan Pengambilan Serat: Makan makanan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang untuk membantu mencegah sembelit.
  2.  Minum Banyak Air: Pengambilan air yang mencukupi membantu melembutkan najis dan memudahkan pembuangan air besar, mengurangkan risiko sembelit dan buasir.
  3. Lakukan Senaman Ringan: Selepas mendapat kebenaran daripada doktor, lakukan senaman ringan seperti berjalan untuk membantu merangsang pergerakan usus.
  4. Jangan Tahan Buang Air Besar: Jangan tahan buang air besar apabila terasa hendak melakukannya kerana ia boleh menyebabkan sembelit dan buasir.
  5. Gunakan Rawatan Tempatan: Sekiranya buasir menyebabkan ketidakselesaan, gunakan krim atau suppositori yang disarankan oleh doktor untuk melegakan gejala.
  6. Pakai Pakaian Longgar: Elakkan pakaian yang ketat di bahagian perut dan pelvis, kerana ini boleh meningkatkan tekanan pada kawasan rektum.
  7. Amalkan Posisi Membuang Air Besar yang Betul: Posisi mencangkung semasa membuang air besar boleh membantu mengurangkan ketegangan pada rektum.

Jika buasir selepas bersalin menyebabkan kesakitan yang teruk, berdarah, atau tidak sembuh dalam beberapa minggu, adalah penting untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.

Penutup

Namun begitu, apa yang terpaling penting adalah pastikan dapat rawatan sepenuhnya dari hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan melakukan pemeriksaan dan diagnosis terlebih dahulu samada pendarahan berpunca daripada buasir atau penyakit serius lain sebelum memberi rawatan.

Rawatan pula akan diberikan bagi menangani ketidakselesaan dan menghindari komplikasi yang lebih teruk. Ini kerana harus diketahui buasir ini mungkin membesar dan membahayakan nyawa. Jadi, ingat! Apa-apapun pergi hospital dulu ya!

Previous articleErti kemerdekaan yang sebenar (Bahagian 2)
Next articleKhasiat air kelapa yang perlu anda tahu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here