Oleh : Nafsiah Jani
Foto : Emeil Ismail
Mungkin anda nak tahu bagaimana cef di Restoran Rasa Rosz menyediakan Cantonese Kuey Teow yang begitu enak dan lazat sekali. Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz.
Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia
Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
Bagi yang ingin menikmati hidangan ini, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).
Cantonese Kuey Teow
Bahan-Bahan
Kuey Teow (seorang makan)
4 ekor udang
2 ekor sotong
3 black mussel
Bawang putih
Bawang merah
Stok rebusan
kicap sotong
kicap pekat
Perasa
Garam
Cara penyediaan:
1.Goreng kuey teow bersama kicap terlebih dahulu. Selepas itu angkat dan ketepikan dalam pinggan.
2. Masukkan bawang, bawang putih bersama makanan laut seperti udang, sotong, black mussel dan kacau hingga sebati.
3. Kemudian masukan air stok rebusan, bahan perasa, garam, kicap sotong bagi mendapatkan rasa dan warna yang cantik.
4. Setelah itu masukkan lobak merah dan sawi. Sambil itu, hias hidangan tersebut dengan menyusun cantik black mussel ditengah dan lebihan lauk dan sayur ketepikan dahulu.
5. Tinggalkan sedikit kuah dalam kuali dan masukkan sedikit bancuhan tepung jagung dan sedikit telur yang dah siap dipukul.
6. Bila dah siap, letakkan udang dan sotong termasuk sayur diatasnya. Curah kuah dan hidangan Cantonese Kuey Teow sedia untuk dihidangkan.
View this post on Instagram
Penulis, Nafsiah Jani adalah penyumbang tetap Lady Bosz. Beliau juga adalah juga bekas wartawan hiburan Utusan Malaysia.