Oleh : Nafsiah Jani
Demi masa depan, penyanyi Afee Utopia yang popular dengan lagu Maya Percintaan, Maafkan Aku dan Mithali Cintaku mengorak langkah membuka kafe di kolam pancing GP Templer Saujana milik sahabat baiknya.
“Sebelum ini memang Afee ada fikir nak cari tapak untuk meniaga. Sekurang-kurangnya ada bisnes bila tak menyanyi nanti adalah juga sumber pendapatan. Tak sangka kawan pula ajak buka kafe dekat kawasan kolam sewaannya … memang rezeki kerana rumah Afee pun dekat dengan kawasan ini
“Kolam pancing ini dah bertukar tangan sebanyak lima kali dan kawan Afee ajak sama-sama cari rezeki dengan suruh Afee buka kafe disini. Masa tu Afee tak fikir panjang sebab kalau apa-apa terjadi sekurang-kurangnya ada backup. Ialah bila dah tak larat menyanyi, dah tua nanti adalah tempat untuk cari rezeki lagi,” kata Afee yang membuka kafenya pada 7 Julai 2024.
Menurut Afee, sebelum itu hanya dia dan isterinya saja yang menjaga kafe.
“Mula tu ingat kafe biasa, tak ramai orang…jadi Afee dan isteri boleh jaga berdua. Tak sangka pula, tiba-tiba sambutan masa hari pertama macam orang berebut nak beli tiket nak tengok filem Polis Evo (sambil ketawa). Senang kalau ada pekerja, bila Afee ada show tak ada masalah kepada kafe. Kadang anak nombor tiga membantu dan kadang isteri Afee juga turut memantau.
“Sejak itu kami dah ambil dua pekerja bagi membantu urusan kafe. Specialnya minuman di sini, kami ada Teh Tarik Goyang Maya Percintaan. Manakala makanan pula ada yang kami masak dan ada yang kami ambil dari peniaga luar.
“Kami buka jam 8.30 pagi dan kami jual nasi lemak dan kuih muih. Tengahari kadang nasi ayam, kadang kami tukar nasi ayam berempah, laksa, mi goring, burger, nasi goring dan nasi lemak sambal Tok Ma (nama gelaran isteri saya) kerana orang memang suka sambalnya,.”
Tambah Afee lagi, “Sebelum ini masa PKP kami pernah meniaga di Kabin 8, Santai Celebriti, Batu Cave. Waktu itu kami meniaga chee cheong fun. Disini makanan begitu tidak digemari sangat itu sebabnya isteri saya buat nasi lemak sambal Tok Ma.
“Sejak buka kafe ini, Afee rasa ketenangan yang lain macam. Faham-faham sajalah industri hiburan ini banyak onak, duri dan banyak pancarobanya …itu lah… inilah. Tambah pula kami bersaing sesama rakan artis. Sejak ada dunia baru…buka kafe kat kolam pancing ini tak boleh nak digambarkan perasaan Afee dengan ketenangan dan suasana yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.”
Afee Utopia Café dibuka setiap dari jam 8.00 pagi hingga 12 malam. Manakala kolam pancing pula 8.30 pagi hingga 2 pagi dengan menawarkan ikan siakap dan kaci (macam jenahak merah). Pada hari Jumaat pula kolam dibuka semula lepas solat Jumaat.
Datanglah beramai-ramai ke Afee Utopia Cafe. Hanya taip Kolam Pancing GP Templer Saujana sampailah dekat kawasan perumahan Templer Saujana dan kawasan Afee terletak didalam kawasan tersebut.
@afeeutopia #templerparkrawang #afeeutopiacafe #kolampancingtempler #mayapercintaanutopia ♬ bunyi asal – Afee Utopia
Penulis, Nafsiah Jani adalah penyumbang tetap Lady Bosz. Beliau juga adalah juga bekas wartawan hiburan Utusan Malaysia.